FESYEN

The Big Aidilfitri Fashion Show

Baju penuh sealmari namun baju baru wajib dibeli. Tiada yang lebih menyenangkan hati, berbaju baru di pagi Aidilfitri. Ke rumah mentua, ziarah saudara mara dan kala menyambut tetamu tiba.

Kesibukan yang memanjang melupakan kita untuk merancang. Sedar-sedar Raya hampir menjelang. Namun jangan bimbang, teman-teman ‘designers’ sedia dengan pelbagai rekaan ‘ready to wear’ di butik mahupun di lama sesawang.

Melinda Looi

Dikenali dengan skilnya menggabungkan yang lama dan baru, mencampurkan warna, tekstur dengan cara yang luar biasa, Melinda Looi mereka koleksi Raya yang bermain dengan dua pola klasik, iaitu baju Kedah Labuh dan baju Pahang Kebaya.

Koleksi ini diambil inspirasinya daripada bunga teratai yang punyai banyak simbol. Dan bunga tersebut dipilih bagi menaikkan lagi seri elemen tradisional dalam koleksi ini. Antara lain, Melinda mendekonstruksikan dan menggabungkan teratai, menghasilkan siluet yang megah dan menggunakan butiran unik yang menyatukan geometri berlawanan asimetri, dan feminin berlawanan maskulin.

Untuk fabrik, Melinda kain batik tradisional digabungkan dengan kain antarabangsa yang mewah seperti jacquard, krep sutera dan satin yang berasal dari Itali, Sepanyol dan Perancis.

Menurut Melinda, dia mahu mengenang kembali memori kehidupan di kampung, jadi dia sertakan babak ini dalam sesi penggambaran kempen koleksi Rayanya. “Saya menggabungkan semua warna, tekstur, cetakan dan siluet pakaian tradisional untuk memelihara warisan dengan menjadikannya bergaya dan menyenangkan,” terangnya.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]
ALIA B.

Terkadang dunia boleh menjadi sedikit kelabu. Bosan. Dan bila ia terjadi, kita harus terbuka untuk menerima masuk warna-warna yang memukau di luar sana bagi menyerikan kehidupan kita yang sepertikan pucat tak bermaya. Begitu idea ALIA B. untuk koleksi Raya 2019 yang mengilhami suasana hati yang mengasyikkan.

Sedikit cerita tentangnya, ketika mencipta setiap helaian, Alia membayangkan landskap yang hebat, dihiasi keindahan bak syurgawi, yang mana wanita di dalam ruang itu berpakaian dalam warna berbeza mengikut personaliti mereka. Dia antara lain menterjemahkan kegembiraan dan kasih sayang dengan warna anggerik dan ros yang dilembutkan lagi dengan rona nude. Sentuhan hijau dan biru mencerminkan kehormonian, sementara nuansa ungu mewakili kedamaian dan ketenangan. Putih terang berfungsi sebagai harapan dan tentu saja, hitam yang elegan untuk kekuatan.

Dan walau apa saja warna dan helaian yang dipilih, wanita yang memakai ALIA B. adalah yang sentiasa merendah diri, namun di musim Raya nanti, kehidupannya sepertikan penuh glamor dan fantasi.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]
Bernard Chandran

Dato’ Bernard Chandran mendapat inspirasi daripada wanita abad ke 21 yang intelektual, yang seronok menjalani kehidupan moden, namun di sebaliknya, wanita ini berbangga dengan asal-usul. Jadi dia mereka kurung moden yang mencerminkan kehidupan mereka.

Koleksi tahun ini dikemasi potongan konvensional, unsur-unsur tekstur yang berlebihan dan hiasan-hiasan yang menyerlah. Menjadi kegemaran Bernard yang suka memberi nafas baru pada siluet klasik

Hiasan seperti kancing dan kristal menjadi tarikan. Reka bentuk pula ditambah dengan pelbagai skirt antaranya yang mempunyai sifon beralun (seperti awan), tirai yang well-constructed dan pesak bergaya baru.

Siluetnya adalah pelengkap kepada hiasan yang mana Chandran memperhalusi teknik memadukan kristal pada kain dan membolehkan perincian pada Baju Pesak menjadi tarikan utama. Kain seperti sutera Pimai yang dicetak secara berhemah dicantikkan lagi dengan perincian renda yang bersulaman warna. Hitam dan putih, juga kuning, serbuk merah jambu, biru, hijau, kelabu dan ungu menjadi warna pilihan Bernard Chandran untuk musim Raya ini.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]
Alia Bastamam

Langit malam yang tenang, bermandikan refleksi cahaya bulan di awan dan taburan bintang. Bunga-bunga mekar berderetan di tanah sesekali meliuk ditiup angin malam, menerbangkan kelopaknya entah ke mana pergi. Sedikit tentang inspirasi Alia Bastamam Raya 2019 yang mendapat ilham daripada suasana malam dan bunga-bunga liar.

Malam yang tenang itu ditafsirkan dalam garis reka bentuk yang bersih dan Alia menyerlahkan lagi dengan sentuhan fabrikasi, hiasan dan cetakan yang sesuai untuk musim Raya. Lihat pada cetakan cherry blossom dan wisteria yang sebenar adalah bintang-bintang di galaksi yang dari jauh kelihatan berwarna-warni, sementara kain satin mencerminkan refleksi cahaya yang memukau.

Liquid satin, bahan baru dalam inventori Alia Bastamam menjadi tumpuan dalam koleksi ini – dijadikan kurta minimalis, dress tunic dan gaun petang yang dibentuk dengan sempurna. Unsur-unsur reka bentuk pula dipilih secara langsung dari koleksi Atelier & Bridal 2019/2020.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]
Fiziwoo

Fiziwoo mementaskan dua koleksi, satu di bawah nama Fiziwoo sendiri yang terarah pada koleksi siap pakai mewah. Koleksinya antara lain menggunakan perhiasan rumit dan menyerlah yang biasa digunakan mereka, yang mana memerlukan proses buatan tangan seperti teknik membordir ‘Tambour’ dan teknik sulaman tangan. Lagi satu yang dipentaskan adalah WOO/FIZIWOO. Yang ini harganya agak berpatutan untuk crowd mereka, RM1,000.00 untuk setiap helaian. Koleksinya adalah gabungan siluet tradisional; Kurung Kedah, Kurung Pahang dan Kebaya antara lain, yang sesuai dipakai walau badan tidak selampai Nasha dan Azura.

Yang best tentang show ini, selain dihadiri klien besar mereka, Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, ia dipersembahkan dalam gaya seakan pertunjukan Chanel Cruise 2020 iaitu dengan suasana stesen keretapi. Hemm… i guess great minds think alike?

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]
Salikin Sidek

Salikin Sidek tidak ketinggalan mementaskan koleksi lebaran tahun ini. Dan Salikin seperti biasa menggunakan forte-nya dalam mereka busana Melayu klasik. Buah tangan Salikin untuk Aidilfitri 2019 antaranya kebaya Riau dengan sarong songket bunga tabur dan berselendang songket, kebaya Pahang sedondon dipadankan bersama sarong songket bunga tabur dan berselendang manik jurai, selain baju kurung Johor bersongket penuh dan berselendang songket penuh.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Related posts

Bigger and better dUCk Store

adminwm

The Fashion Journal di Setia City Mall

adminwm

Celebrities in Valentino

adminwm

Leave a Comment