WANITA WAJIB MENYOKONG WANITA, JIKA TIDAK SIAPA LAGI?
“ I am easygoing and easy to fit in with anybody,” kata Datin Norliza Mohd Salleh Khan,63.
Pemegang Master of Business Administration dari Ohio University, Athens, Amerika Syarikat dan Bachelor of Science (Hons.) dari University Malaya. Datin Norliza bersama pasangannya Datuk Rossley bin Ahmad, seorang peguam dan rakan kongsi firma Guaman RosleyZechariah dikurniakan tiga anak yang masing-masing berjaya di dalam akademik. Anak sulungnya Dr. Muhamad Farqhan pakar perubatan di Gold Coast Australia, anak kedua Nur Syazana, adalah Penolong Pengarah di Malaysia Communications and Multimedia Commission (MCMC) dan Nurul Amelia, Chartered Accountant dan auditor di Ernst and Young Auckland New Zealand.
Dikenali sebagai Datin Liza di kalangan rakan-rakan beliau mempunyai syarikat sendiri dalam bidang lombongan granite, mix housing development dan perundingan. Sebelum ini dalam latihan ICT, kecantikan dan wellness.
Sebagai seorang wanita, mengapa Datin rasa setiap wanita wajib menjadi anggota Koperasi Wanita Berhad?
Wanita wajib menyokong wanita, jika tidak siapa lagi? Koperasi Wanita ini adalah satu satunya yang kursus kepada wanita untuk memperkasakan wanita dalam pelbagai aspek.
Jawatan Datin dalam koperasi. Ceritakan sedikit tentang tugas di WCB
Saya telah diberi portfolio sebagai Pengurusi Pembangunan Perniagaan bersama Puan Hajjah Fatimah. Kami sedang merangka bisnes-bisnes yang WCB perlu menceburi. Antaranya consumer financing dalam produk emas dan pakej umrah dan haji. Kami masih lagi bercambah minda mencari dan memilih bidang-bidang bisnes yang WCB harus ceburi.
How do you ensure that your team members feel valued and supported?
Pertama, dengan memberi hormat kepada setiap cadangan mereka. Kedua, memberi teguran yang positif dan constructive. Secara amnya, kita harus mempunyai “a deep sense and understanding of character” dalam setiap individu team kita.
Bagaimana Datin menyampai misi dan visi dengan berkesan kepada anggota WCB?
Pertama-tama, kita mesti memahami apakah visi, misi WCB serta hala tuju WCB. Kedua, dengan susun atur buah fikiran yang jelas serta perancangan yang teratur, team juga harus berdiskusi untuk menghasilkan perancangan selari dengan hala tuju WCB. Team juga perlu mengikuti prosedur polisi dan SOP WCB untuk melaksanakan perancangan dan misi WCB.
Sebagai ketua, sama ada dalam koperasi mahupun dalam kerjaya bagaimana Datin tangani masalah di tempat kerja atau ketika membuat keputusan yang kritikal?
Pertama-tama adalah mengetahui pemasalahannya, kadang kadang tiada masalah pun, cuma ‘a different understanding of things’. Jadi tugas kita adalah untuk membuat kedua dua pihak memahami.
Bagaimana Datin cuba mengimbangi kehendak anggota dan kehendak organisasi?
Kehendak organasisai harus selari dengan visi misi WCB. Kehendak anggota juga seharus selari dengan hala tuju WCB. Jadi anggota Lembaga Koperasi (ALK) WCB harus bertanggungjawab untuk mengimbangi hal ini dan memberi pencerahan yang jelas kepada anggota supaya mereka memahami.
Bagaimana menangani konflik bersama anggota?
Sekiranya ada konflik, kita harus menanganinya dengan jangan memperbesarkan isu itu. Kedua, kita jangan memihak kepada mana mana individu tetapi dengan fikiran yang positif dan terbuka memahami apakah isunya. Ketiga, dengan kebijaksanaan, selesaikan masalah itu dengan mengambil kira ke semua aspek.
Pada pandangan Datin, ‘what is the biggest challenges’ bagi koperasi-koperasi yang ada di Malaysia?
The biggest challenge ialah untuk membuat anggota mengenali dan memahami satu sama lain. Adalah penting untuk mengadakan sesi-sesi ‘team building untuk bridge the differences’. Kedua, dana dan kewangan serta aliran tunai.
Datin juga mungkin terlibat dalam kerja sosial, mengapa dan kenapa masih ingin membabitkan diri dalam aktiviti amal ini?
Ada pepatah yang mengatakan ‘when you are prepared and ready and at the right time, things will happen’. Dengan itu saya rasa masanya sudah sampai untuk give back to the society kerana dalam fasa terakhir kehidupan saya ini, saya telah pun mencapai impian kerjaya saya. Jadi tumpuan saya kini beralih kepada giving back, lagipun masa mengizinkan.
Sama ada dalam koperasi atau urusan tugasan harian, bagaimana Datin ‘stay motivated’?
I think to stay motivated, kita harus mengamalkan beberapa prinsip kehidupan. Satu, redha dan bersyukur. Dua, menerima takdir seadanya. Tiga, cuba memahami kenapa Allah mencipta (kita). Keempat, kita sentiasa berfikiran positif dengan niat dengan apa yang kita lakukan selain untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain ia nya adalah juga demi agama, bangsa dan negara.
How has your leadership style evolved?
Secara semulajadinya, sekiranya kita sentiasa belajar dan menambah ilmu dan pengalaman, kita akan ‘evolve’, dalam masa yang sama juga dan gaya kepimpinan kita berubah. Dengan pengalaman dan ilmu pengetahuan, we grow and with a growth mindset, we naturally become a better leader.
Bagaimana Datin mengimbangi kerja-kehidupan?
Dengan memahami erti kehidupan kita tanya diri apakah yang diperlukan untuk menjalani kehidupan yang seimbang dan mengimbangi elemen fizikal, spirit, mental dan emosi. Jadi secara tidak langsung dengan mudah kita dapat merealisasikan satu kehidupan yang seimbang.
Bagaimana pula ‘to stay updated in your industry?
Setiap industri ada juga berkait rapat dengan industri lain, maka dengan menjadi seorang yang holistic, dengan membaca dan pendedahan melalui interaksi “like-minded people” untuk mendapat ilmu pengetahuan dan pengalaman yang merangkumi pelbagai aspek, secara tidak langsung kita juga akan meningkatkan pengetahuan kepada sesuatu industri itu. Kita mesti yakin yang dengan pengembangan ilmu pengetahuan dan pengalaman kita dapat menangani cabaran dari semua segi aspek kehidupan. Jadi, menimba ilmu pengetahuan melalui membaca dan berinteraksi adalah satu tuntutan untuk kita keep updated.
How do you cultivate a growth mindset within your team?
A growth mindset adalah satu keperluan untuk kita evolve, maka team wajib yakin yang kita perlu grow our mindset and consciousness. WCB harus mengadakan beberapa sesi latihan team building dan seakatannya untuk mecapai misi ini.
Malam 1000 Kebaya bakal diadakan pada tahun hadapan, apa yang Datin harapkan?
Saya harap, Malam 1000 Kebaya ini dapat mengetengahkan dan menyerlahkan kembali keindahan berpakaian kebaya. Juga untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia khususnya wanita, yang unsur-unsur kecantikan orang ‘lama’ dapat menunjukkan dan menonjolkan 1000 keindahan dan kemanisan.
Sedikit tentang gaya hidup anda, bila tidak bertugas, apa yang anda suka buat?
Membaca dan berkongsi ilmu.
Tempat bepergian yang paling disenangi bersama keluarga bila bercuti? Dan kenapa?
Dulu-dulu saya suka ke tempat percutian yang sejuk, tetapi bila usia meningkat dan melalui pengalamanan, cita rasa juga bertukar. Sekarang saya memilih tempat-tempat yang cuaca sekitar 18 – 25 degree Celsius; Tempat pilihan saya adalah tempat-tempat dapat melihat keindahan alam semula jadi.
Kredit
Coverstory Disember 2024
Gambar Syarief Nurlette
Solekan dan Penata Gaya Rossa Talip dan Eleena
menggunakan produk Farmasi Turki
Penyelaras Nora Muhammad dan Shameen Ashraf
Pengarah Seni Wirda Adnan
Terima Kasih HOTEL WYNDHAM ACMER HOTEL, KELANG