Gabungan Lagu Terbaik dan Hidangan Pilihan foodpanda untuk Menyempurnakan Hujung Tahun Anda
Raikan detik-detik terakhir tahun ini dengan gabungan terbaik antara muzik dan makanan kegemaran rakyat Malaysia! Daripada lagu-lagu rancak yang menguasai carta dan lagu balada yang menyentuh jiwa, kami padankan lagu-lagu popular tahun ini dengan hidangan paling laris di foodpanda.
Espresso – Sabrina Carpenter
Fakta menarik: Tahukah anda bahawa Spanish Latte dari Zus Coffee merupakan minuman kopi paling kerap dipesan tahun ini? Kopi yang penuh rasa krim dan aroma yang harum menjadikan minuman ini pilihan terbaik untuk mereka yang ingin memulakan hari dengan lebih bertenaga.
Birds of a Feather – Billie Eilish
Ayam Gepuk Pak Gembus menjadi pilihan utama bagi peminat makanan pedas tahun ini. Combo Tak Kisah, ayam goreng rangup yang dipadankan dengan kubis segar dan sambal pedas, adalah pilihan tepat untuk dinikmati bersama rakan-rakan. Seperti lirik nyanyian Billie Eilish , “Birds of a feather flock together” — Kawan baik yang menikmati Ayam Gepuk bersama, kekal rapat selamanya!
Good Luck Babe – Chappell Roan
Merancang percutianke Sabah? Gandakan ‘luck’ (nasib baik) anda dengan memesan hidangan dari Restoran Double Luck yang terletak di Keningau. Ayam bahagian kepak dan disaluti bawang putih menjadi kegemaran pelanggan foodpanda, sesuai untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan.
We Can’t Be Friends – Ariana Grande
Ada kalanya kita lebih suka menikmati hidangan bersendirian. Pilihan Meal for One dari foodpanda memang sesuai dan Nasi Goreng Pattaya dari Restoran Idaman adalah kegemaran ramai. Nasi goreng yang dibalut dengan telur dadar, disajikan bersama minuman, cukup untuk mengenyangkan dan memuaskan selera anda..
Too Sweet – Hozier
Pencinta manisan pasti menyukai Mixue! O-Crispy Sundae menjadi pilihan utama tahun ini. Gabungan biskut rangup dan ais krim sundae yang lembut memberikan keasyikan rasa yang sempurna untuk menceriakan hari anda.
APT – Rose feat. Bruno Mars
Untuk pecinta makanan Korea, Restoran Seoul Chicken adalah pilihan utama di foodpanda. Selain Ayam Goreng Korea dan Bibimbap, mereka turut menawarkan hidangan tempatan seperti Nasi Ayam Penyet dan Kari Ayam. Gabungan citarasa Korea dan tempatan ini menjadikan setiap suapan begitu memuaskan.
Muzik dan makanan, kombinasi yang sempurna untuk mencipta memori yang lebih bermakna. Dapatkan semuanya dengan mudah di foodpanda hari ini.