COVER STORY

Nur Izzati Zainal Ariffin

Lockdown After Lockdown After Lockdown After Lockdown

Nur Izzati Zainal Ariffin, orangnya cantik  mature, dan aktif sekali (lawati laman Instagram @flyproject.co untuk melihat tugasnya sebagai instructor kesihatan) dan memiliki berpengalaman luas dalam menghasilkan kandungan media sosial. Musim PKP dan terpaksa menghabiskan banyak masa di rumah (selain kerja sepenuh masanya), Izzati tidak duduk diam. Dia menggunakan masa yang berharga untuk melakukan sesuatu, bukan saja demi mencantikkan dirinya sahaja, tetapi untuk sihat sambil menjana pendapatan. Dia memilih spinning, ditambah minat suami juga sama, pasangan muda ini banyak menghabiskan masa di studio khas mereka. Suami juga seorang jurugambar dan videographer profesional, cantik sangatlah kerana dengan merakamkan mereka cepat belajar, dan kini Izzati punya kelayakan untuk menjadi instructor?

“What can be locked is just our movement If we lock our lives it would be our own decision “Our feelings, expression, creativity, spirit, enthusiasm, and care can never be locked.”  

Siapa Izzati?

“Nickname atau nama manja saya Tatty. Ibu bapa memanggil dengan nama ini semenjak saya masih bayi hinggalah sekarang di usia 30 tahun, tetap juga memanggil saya dengan nama ini. Saya lahir di Pulau Penang pada 8 November 1991, yang bongsu juga satu-satunya anak perempuan dalam keluarga saya. Saya membesar dalam keluarga kecil, bersama ibu bapa dan seorang abang. Saya belajar di SAE Institute dalam bidang Teknologi Media. Kini bekerja sepenuh masa sebagai pengurus operasi di sebuah agensi pencipta kandungan. Selain itu, saya juga seorang Spin Instructor di Flyproject.”

Dengan PKP sekarang, lockdown after lockdown after lockdown dan anda masih punya kerja, apa yang hendak anda katakan?

“Saya bersyukur dan merasakan diri saya sungguh diberkati. Dah tentu ada harinya saya menjadi paranoid kerana ada ketika insiden menerpa tanpa amaran. Sekiranya syarikat tempat anda bekerja mengalami masalah kewangan, jadi mereka tiada pilihan melainkan menyingkirkan anda. Jadi satu-satunya yang dapat saya katakan, saya bersyukur dengan apa yang saya miliki ketika ini dan saya cuba melakukan yang terbaik untuk kedua-dua kerja saya.”

Keadaan semasa amat tidak menentu bukan, anytime you can be out of job and even if you are the most hardworking staff, majikan can just remove you. Apa pandangan anda, dan persediaan menghadapinya?

“Saya rasa saya faham mengapa ia berlaku. Ibu saya bertugas dalam lapangan HR dan ibu banyak berkongsi kes yang dikendalikannya di tempat kerja dan ini menjadikan saya memahami situasi yang terjadi. Tetapi bagaimana jika perkara sepertinya berlaku kepada saya? Mungkin akan jadi sukar, apatah lagi sekarang saya sudah berkahwin.

“Susah membayangkan apa yang akan saya lakukan tetapi mungkin yang pertama saya buat adalah mencari kerja baru secepat mungkin dan memeriksa kondisi kewangan bagi mengetahui berapa lama saya boleh bertahan sepanjang tempoh pengangguran saya. Saya yakin suami dan keluarga dapat membantu tetapi sebolehnya saya tidak mahu membebankan mereka terlalu lama.”

Sebagai pengurus operasi barangkali anda juga terpaksa atas arahan syarikat untuk memberhentikan sesetengah pekerja. Soalan saya pekerja yang bagaimana yang anda fikir patut diberhentikan dan yang mana akan stay

“Saya cukup bersyukur kerana belum mengalaminya, namun jika ia terjadi pilihan terbaik adalah menyimpan seorang yang memiliki kualiti team player

“Saya rasa dalam masa-masa seperti ini, semangat untuk bekerja mungkin sedikit merosot. Oleh itu, apabila ada seseorang yang ingin menolong dan selalu memberi bantuan hanya untuk memastikan perniagaan terus beroperasi, ia sangat baik bukan sahaja kepada syarikat tetapi juga rakan sepasukan. Ini memancarkan kerja berpasukan dan siapa yang tidak suka rakan sekerja seperti ini kan?”

Perlukah diteruskan lockdown atau anda rasa semua orang boleh back to work atas alasan ekonomi yang teruk sekarang ini. Dan rakyat negara ini semakin dalam keperitan hidup?

“Dengan jumlah kes yang semakin meninggi, lebih baik sahaja duduk di rumah supaya diri tidak terdedah dengan virus. Walau bagaimana pun, jumlah rakyat yang divaksinasi harus dipertingkatkan dan ia perlu dilakukan secepat mungkin memandangkan kita sudah melepasi pertengahan tahun dan masih menghadap isu yang sama, sementara negara lain seperti AS dan UK sudah kembali ke kehidupan normal mereka.

“Lebih ramai yang terkesan dek MCO 3.0 dan kadar bunuh diri juga meningkat. Ia perlu diberi perhatian atau angkanya akan terus bertambah. Semakin ramai kehilangan pekerjaan dan mengakibatkan kewangan mereka semakin menipis dan akhirnya langsung tidak mampu menyediakan makanan di meja. Bahkan bil internet untuk urusan pendidikan anak-anak juga tidak mampu dibayar. Saya sangat berharap dan inginkan agar kerajaan melakukan lebih lagi kerana teramat ramai yang terjejas kali ini.”

Sebagai isteri bagaimana agaknya kita boleh membantu berjimat dalam perbelanjaan seharian?

“Saya dan suami masak sendiri di rumah dan ini satu langkah yang bagus dalam menjimatkan perbelanjaan. Ada juga membeli makanan dari luar tetapi kebanyakan masanya saya akan memasak beberapa hidangan sederhana di rumah.”

Selain daripada kerjaya tetap anda juga aktif dalam sosial media? Apa peranan anda di sini?

“Pada awalnya saya menggunakan platform ini sebagai medium penghubung dengan keluarga dan kawan-kawan sahaja. Sekadar berkongsi gambar dan video. Langsung tidak pernah terfikir saya akan menghasilkan kandungan untuk sebarang jenama atau berkongsi passion saya dengan orang ramai. Sekarang saya berkongsi kandungan tentang spinning dan saya terkejut juga bila ramai yang suka dengan content saya. I started getting messages from people asking how they can start spinning, where to get a bike dan termasuk juga yang menanyakan petua menurunkan berat badan atau menjalani gaya hidup sihat.

“I try to keep my content as personal as I can. Berkongsi benda yang saya suka dan jika ada yang bertanyakan apa-apa, saya akan cuba membantu dan memberikan pendapat yang jujur. My intention is just to make other women feel beautiful about themselves. Media sosial memang hebat namun ia juga boleh membuat kita merasa insecure dan saya juga mengalaminya. So I want my content to be something that everyone can relate to and I want to be seen as someone that is approachable.”

Kita tahu sosial media memainkan peranan dalam kehidupan masa kini. Apa seharusnya setiap individu lakukan untuk sama-sama menjayakannya?

“Having a successful social media platform for me means 2 things :-

  • You have a platform that would benefit you financially. Meaning brands work with you and pay you to create content for them. 
  • You have a platform that is influential. A space where all your opinion matters. It is so powerful that people follow.

“Bergantung kepada apa yang kita mahukan. Ada yang bernasib baik kerana memiliki kedua-duanya sementara ada juga yang pandai salah satu daripanya sahaja.

“For me being able to get paid for a job is a blessing and I would be thankful to work with a brand and get paid but I also care about what people think about my content. I want people to feel good and be happy when they see my content. Sebab itu saya cuba menjadikan content saya as personal as possible. Pastikan saya menjadi diri sendiri dan membuat wanita lain merasa seronok dengan diri mereka sendiri. Making them feel less insecure and just love themselves more. 

“Jadi media sosial yang berjaya sangat subjektif, bergantung kepada niat anda.”

Social media has a huge impact. Impak positif yang bagaimana yang anda rasakan dan impak yang negatif yang bagaimana pula?

“My take on a positive impact would be content that makes me feel good about myself. Something that tells me I’m enough and what I have is enough. Kandungan yang meraikan saya sebagai individu, bukan yang mendorong kepada membandingkan diri dengan orang lain kerana content seperti ini menjadikan kita lebih fokus pada diri kita sendiri. Focus on being better and being successful!

“There’s definitely a lot of content which I find negative but generally negative impact contents would be those that would make me feel insecure and just not enough.” 

Influence of social media on youth?

“Kini media sosial menjadi sumber rujukan bagi belia, untuk pelbagai topik, Berita dan trend terkini, you name it, kids these days will tell you they probably got that info on social media.

“Dalam beberapa segi, bagus kerana ia platform mendapatkan berita dengan pantas, selain terdedah dengan isu-isu yang saya sendiri tidak sedari sudah ada ketika saya masih muda. The youngsters these days are much smarter because they have quick access to information within minutes and we have really great and mature conversations with them. 

“Namun ada juga sisi buruk, salah satunya ada potensi mereka menganggap diri mereka sudah matang dan cukup unggul untuk melawan perdebatan. Jadi ini boleh menimbulkan perbalahan di antara anak-anak dan ibu bapanya. So I think as much as it is the 21st century, harus ada kawalan atau ibu bapa harus memerhatikan anak-anak mereka dan selalu berkomunikasi dengan mereka untuk memastikan hubungan terjaga dan ibu bapa mendapat hormat sebagaimana yang seharusnya.”

Hari ini dikatakan influencer amat penting dalam menjayakan sebarang produk atau kerjaya dan tujuan perniagaan umpamanya. Apa pandangan dalam hal ini?

“Yes, having influencers promoting your brand is ideal but this also boils down to how you strategize your campaign. Mesti pastikan influencer yang diupah memiliki pengikut yang berada dalam sasaran target audience. Tak kisah jumlah pengikut yang tinggi atau tidak, yang penting influencer tersebut dapat menyampai atau mewakili jenama anda dengan baik dan content yang dibuat sampai kepada pengikutnya.”

Let’s talk about your side job as an instructor, how did that start?


“So it started in 2019, I went to a friend’s class. Walaupun saya tidak buat dengan baik, tetapi ada sesuatu mengenainya yang membuatkan saya tertarik untuk menyertainya lagi. Jadi itulah yang saya buat, saya teruskan selama hampir setahun dan pada pertengahan 2020, sebaik gimnasium boleh dibuka semula, saya ambil peluang menjalani audition menjadi tenaga pengajar. I was super nervous and as much as I did not have high expectations, I wanted to get it so badly. I got through auditions and started training a week after.

“The training was honestly super brutal. Ada hari-hari yang mana kulit saya terkelupas dan ada darah dalam kuku saya tetapi saya tetap teruskan sebab sudah minat. We then had exams to pass and thankfully I passed although I failed once in the end I got through. So now I’m teaching classes as an instructor and I love every bit of it!” 

About you, that would be your perfect day?

“Hari yang sempurna pada saya adalah sesi brunch dan kemudian ke kelas spinning di studio. I did this during my birthday last year. Took a couple of days off from work. Had brunch with my mother and my husband and then I went to spinning classes with my friends. It was such a good day!”

How would you like to be comforted when you’re sad or upset?

“I love getting hugs and letting me cry for a few minutes. After that I want that same person to cheer me and hype me up just to make me laugh and smile again. I think having a good cry is healthy once in a while, haha!”

What do you look up to the most, and what qualities do you love about a person?

“I love someone who takes life with a pinch of humour. Mereka menetapkan gol tetapi banyak tertawa sepanjang perjalanan mencapai matlamat mereka. Orang seperti ini menjalani kehidupan mereka dengan cara yang mereka inginkan dan ini menunjukkan mereka bahagia dan membuat orang sekelilingnya juga bahagia. It shows confidence and I feel like people like this are easily drawn to for their great and positive aura that they give out.” 

If you could change one thing about your personality, what would it be?

“I wish I was less of an overthinker. When I worry too much, I forget to enjoy what I have now and the moment I’m given at that time. I always have the need to think ahead to prepare for the worst-case scenario but I really cannot help myself.”

How did you meet your husband? 

We met at work, hehe! We were friends for a year and we only started dating after that as I was with someone else at that time. He told me he was already interested in me since the first day he joined and I thought he was quite cute from the very beginning. Was it love at first sight? Yes but we could not do much at that time. Luckily we both managed to get together a year after and we got engaged six months after dating and six months after that we got married! Now, we’re in our 2nd year of marriage and we have 4 cats!” 

Pernahkah anda memberikan komen negatif terhadap hasil kerja suami dan apa jawapannya?

“Saya tidak suka memberi komen pada kerja orang, tidak kisahlah pada suami atau sesiapa terutama jika ia berkaitan kreativiti kerana definisi dia dan saya berbeza, jadi saya harus mengambil kira hal itu.

“Jika dia meminta pendapat, saya biasanya akan beritahu yang positif dan kemudian akan memberi pandangan saya dan alasan bagi pandangan sedemikian.”

Pernah rasa cemburu dengan kerjaya suami yang mungkin mengambil gambar  wanita seksi umpamanya?

“Not at all. We’re married and at the end of the day, he comes home to me. But of course, once he’s home I’ll tease him about it.”

Where do you want to travel the most?

“Because of this pandemic, I would really like to go visit my aunty in the UK and then from there, we will go to Japan! Hehe :)”

Apakah wanita harus berhenti kerja bila sudah punya anak and spent that precious time membesar dan mendidik mereka?

“If you are financially stable or your family is able to take care of you and support you, sure! Saya rasa jika seorang anak dibesarkan oleh ibunya lebih baik.


“Namun jika kewangan adalah isunya, mungkin kita tiada pilihan melainkan bekerja. Pun begitu seorang ibu semampunya harus mencari masa untuk bersama anak mereka. And to be able to have that, fathers need to do their part too. 

Finally, andai anda Menteri Kebajikan Wanita dan Kekeluargaan apa perkara utama yang anda mahu lakukan?
“Saya akan menghentikan perkahwinan bawah umur. It’s not okay and it needs to be addressed. Kita harus memberikan sistem pendidikan yang lebih baik kepada generasi muda untuk memastikan mereka tahu apa yang betul dan membiarkan mereka membesar menjadi manusia yang lebih baik. Ini bukan hanya untuk belajar subjek tertentu tetapi juga mengajar mereka tentang moral, harga diri dan keyakinan.”

Gambar                             Adam Zakaria

Solekan dan Dandanan   Siti Khadijah Ismail

Penulis                              Shaufik Yunos

Penyelaras & Pengarah Seni               Wirda Adnan

Related posts

Ziana Zain Start Fresh, Think Big

admin

Wani Kayrie “Kahwin? Tunggu dulu. Nak bahagiakan mak…”

admin

ASMARA INI SEMERBAK CINTA

admin

Leave a Comment