AGAMA

10 Sahabat Nabi Muhammad SAW Yang Dijamin Masuk Syurga

[vc_row][vc_column][vc_column_text]“Dan orang-orang yang terdahulu lagi yang petama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridho kepada mereka dengan mereka dan mereka ridho kepada Allah. Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang agung.” (Qs At-Taubah : 100)

Berikut adalah 10 nama sahabat Nabi Muhammad SAW yang dijamin masuk syurga berikut berbagai kelebihannya. Mereka disebut sebagai Al-Asyaratul Al-Mubasysyaruna bil Jannati, ertinya 10 orang yang dijanjikan masuk syurga.

“Dan (di dalam surga terdapat) buah-buahan daripada apa yang mereka pilih. Dan daging burung daripada apa yang mereka inginkan. Dan (di dalam surga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata indah. Laksana mutiara yang tersimpan baik. Sebagai balasan atas apa yang mereka kerjakan (di dunia). ” (QS. Al Waqiah: 20-24)

Allah SWT menjelaskan gambaran syurga dalam al-Quran surat Al-Waqi’ah ayat 20 sampai 24.

  1. Abu Bakar Siddiq ra.

Beliau adalah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah SAW. Selain itu, Abu bakar juga merupakan lelaki pertama yang masuk Islam. Pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga di dalam al-Quran (Surah At-Taubah ayat ke-40) sebagaimana berikut: “Jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (iaitu) ketika orang kafir (musyrikin Makkah) mengeluarkannya (dari Makkah) sedang dia salah seseorang daripada dua orang (Rasulullah dan Abu Bakar) ketika keduanya berada dalam gua, diwaktu dia berkata kepada temannya: ”Janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama kita.” Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” Abu Bakar Siddiq meninggal pada umur 63 tahun. Darinya diriwayatkan 142 hadis.

  1. Umar Bin Khatab ra.

Beliau adalah khalifah kedua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad SAW semasa hidupnya. Sebelum memeluk Islam, beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin, namun semenjak ia bersyahadat di hadapan Rasulullah SAW (tahun keenam sesudah Muhammad diangkat sebagai Nabi Allah), ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum Quraish terhadap Nabi SAW dan sahabat. Di zamannya, Islam berkembang seluas-luasnya dari Timur hingga ke Barat, kerajaan Parsi dan Romawi Timur dapat ditaklukkinya dalam waktu hanya satu tahun. Meninggal pada umur 64 tahun kerana dibunuh, dikuburkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah SAW di bekas rumah Aisyah yang sekarang terletak dalam masjid Nabawi di Madinah.

  1. Usman Bin Affan ra.

Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar ra. Sewaktu pemerintahannya seluruh tulisan-tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh sahabat semasa hayat Rasulullah SAW dikumpulkan, kemudian disusun menurut susunan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah SAW sehingga menjadi sebuah kitab (suci) sebagaimana yang kita dapati sekarang. Meninggal pada umur 82 tahun (ada yang meriwayatkan 88 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

  1. Ali Bin Abi Thalib ra.

Merupakan khalifah keempat, beliau terkenal dengan siasatan perang dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain Umar bin Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal dengan keberaniannya dalam peperangan. Beliau sudah mengikuti Rasulullah SAW sejak kecil dan hidup bersama baginda hingga baginda diangkat menjadi Nabi hinggalah wafatnya. Ali Bin Abi Thalib meninggal pada umur 64 tahun dan dikuburkan di Koufah (Iraq).

  1. Thalhah Bin Abdullah ra.

Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq ra. Menyertai setiap peperangan selain Perang Badar. Ketika perang Uhud, beliau mempertahankan Rasulullah SAW daripada terkena mata pedang musuh, sehingga putus jari-jari beliau. Thalhah Bin Abdullah gugur dalam Perang Jamal sewaktu pemerintahan Ali Bin Abi Thalib pada usia 64 tahun, dan dimakamkan di Basrah.

  1. Zubair Bin Awaam

Memeluk Islam juga kerana Abu Bakar Siddiq ra. Ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habasyah dan mengikuti semua peperangan. Beliau gugur dalam perang Jamal dan dikuburkan di Basrah pada umur 64 tahun.

  1. Sa’ad bin Abi Waqqas

Memeluki Islam sejak umur 17 tahun dan menyertai semua peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah SAW dengan kedua ibu bapanya sendiri sewaktu perang Uhud. Meninggal pada usia 70 (ada yang meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

  1. Sa’id Bin Zaid

Sudah Islam sejak kecilnya, mengikuti semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah pernah diperintahkan oleh Rasulullah SAW untuk mengintip gerakan musuh (Quraish). Meninggal pada usia 70 tahun dikuburkan di Baqi’.

  1. Abdurrahman Bin Auf

Memeluk Islam sejak kecil melalui Abu Bakar Siddiq dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah SAW. Turut berhijrah ke Habasyah sebanyak dua kali. Meninggal pada umur 72 tahun (ada yang meriwayatkan 75 tahun), dimakamkan di Baqi’.

  1. Abu Ubaidillah Bin Jarrah

Masuk Islam bersama Usman bin Math’uun, turut berhijrah ke Habasyah pada tahun kedua dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah SAW. Meninggal pada tahun 18H di Urdun (Syam) kerana wabak dan dimakamkan di Urdun yang sampai saat ini masih sering diziarahi oleh kaum Muslimin.

 

Sumber: https://www.dakwatuna.com/
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button