AGAMA

Ilmu Metafizik Hukum Mengamalkan

Metafizik ialah salah satu daripada cabang utama ilmu falsafah. Ia membincangkan mengenai hakikat realiti, kewujudan dan dunia yang sebenarnya yang di luar alam biasa atau yang tidak kelihatan. Konsep ini mendapat namanya daripada perkataan Greek μετά (metá) (bermaksud “selepas”) dan φυσικά (physiká) (bermaksud “yang mengenai alam”), “yang mengenai alam” merujuk kepada karya purba mengenai alam oleh Aristotle. Metafizik menumpukan pada persoalan seperti:

  • Apakah sifat realiti?
  • Di manakah tempat manusia di dunia?
  • Adakah warna objektif atau subjektif?
  • Adakah dunia wujud di luar minda?
  • Apakah sifat objek, peristiwa, tempat?

Metafizik ialah perbahasan ontologi, kosmologi dan psikologi. Ontologi ialah pengajian mengenai realiti, kejadian (being) dan kewujudan (existence).

Kosmologi ialah pengajian mengenai alam semulajadi (tabiah) termasuk perbincangan mengenai unsur (matter), ruang (space) dan masa (time) sesuatu evolusi, sains serta pengetahuan mengenai dunia. Psikologi pula ialah penelitian mengenai masalah jiwa (soul) dan jasad (body) serta kesan metafiziknya kepada moral, etika dan agama.

Jika mengikut tradisi Islam, pengkajian metafizik perlu meluas merangkumi perbahasan ahli falsafah, ahli sufi dan ahli lalam.

Menurut Tan Sri Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas dalam karyanya, Prolegomena to the Metaphysics of Islam memerikan pengkajian metafizik sebagai pengkajian pandangan mengenai kewujudan yang hak dan realiti menurut Islam.

Ia mesti merangkumi kehidupan di dunia ini dan juga di akhirat (inilah dikatakan hal ghaib atau as- Sam’iyyat seperti syurga dan neraka).

Pengkajian metafizik dalam Islam mesti menjawab persoalan (1) Hakikat Ketuhanan; (2) Hakikat Wahyu; (3) Hakikat Penciptaan (Creation); (4) Hakikat Manusia; (5) Hakikat Jiwa (Soul); (6) Hakikat Ilmu; (7) Hakikat Agama; (8) Hakikat Kebebasan (Freedom); (9) Hakikat Nilai dan Kebaikan (Values and Virtues) serta (10) Hakikat Kebahagiaan.

Kendatipun begitu, pengkajian metafizik mesti berdasarkan tauhid yakni Tuhan Yang Maha Esa sebagai tunjang dan titik tengah perbahasan. Pengkajian metafizik tidak boleh hanya melalui perspektif falsafi atau hanya dengan perspektif kalam atau hanya menerusi perspektif sufi.

Dengan pengkajian berpecah-pecah ini pengkaji Muslim terbelenggu oleh polemik tiada kesudahan ratusan tahun berkenaan isu sebab-akibat (causality); keterlibatan Tuhan dalam menentukan sesuatu (occasionalism) dan kewujudan konsep tertentu di alam metafizik (universalisme) mengakibatkan kesan negatif kepada umat Islam antaranya isu kafir-mengkafir dan ekstremisme.

Pengkajian metafizik mestilah bersepadu melihat semua kekayaan khazanah intelektual Islam dalam hal metafizik dan membawa kepada suatu bentuk kesatuan serta keluasan pandangan alam (worldview) dalam Islam.

Dalam hal ini, semua tokoh Islam dalam tradisi falsafah, sufi dan kalam mesti dibaca, dikaji serta dihadam. Tokoh seperti Ibnu Sina, al-Farabi, al-Ghazali, Fakhrudin al-Razi, al-Iji, hatta Mulla Sadra, Suhrawardi, Rumi serta Ibnu Arabi perlu diteliti dan dikaji supaya berlakunya kesatuan pandangan dalam hal metafizik bagi membentuk pandangan Islam tuntas dalam hal metafizik.

Semua tokoh ini Muslim dan percaya kepada Tuhan Yang Maha Esa dan sudah tentu ahli dan berautoriti dalam tradisi masing-masing kerana idea mereka masih dirujuk ilmuwan hingga ratusan tahun.

Mengapa pengkajian metafizik penting terutama dalam zaman edan sekarang? Pengkajian Metafizik penting dalam Islam kerana metafizik bukan hanya ditaakul melalui akal dan pengalaman pancaindera tetapi menaakul perbahasan di dalam agama mengenai realiti dan kebenaran seperti dinyatakan dalam al-Quran.

Ini termasuklah persoalan Lauhul Mahfuz, qada’ dan qadar, Arasy dan Qalam yang dinyatakan dalam al-Quran. Adakah kita tidak berfikir mengapa ianya dinyatakan dalam al-Quran?

Nah, apabila ia dinyatakan dalam al-Quran, maka ia harus dikaji dan ini membuktikan pengkajian metafizik mesti selari dengan al-Quran.

Faham metafizik yang betul penting kerana tindakan betul (right action) hanya dapat dicapai jika ia selari, sepadan dan disahkan dengan realiti ontologi dan logik kebenaran.

Ontologi di sini bermaksud realiti setiap sesuatu (haqa’iq al-ashya’) yang ditetapkan setegap-tegapnya dalam ilmu Tuhan dikenali sebagai al-ayan al-thabitah. Tindakan betul (right action) itu nanti akan memastikan kita sentiasa beradab.

Adab ialah kebolehan meletakkan sesuatu pada tempatnya berdasarkan hakikat sesuatu. Dengan adanya adab dalam diri manusia, maka hikmah akan timbul. Melalui hikmah ini nantilah, seseorang manusia dapat melaksanakan keadilan pada dirinya dan dalam masyarakat.

Pendek kata, peri pentingnya memugarkan semula pengkajian metafizik kerana ilmu inilah nanti berupaya untuk memberikan kebahagiaan sebenar kepada manusia. Ia memberikan keyakinan kepada manusia kepada makna sebenar mengenai kehidupan. (Penulis adalah Pengerusi, Yayasan Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE)

Apa Hukum Mempercayai Ramalan Nombor

Metafizik disalahertikan sebagai pengiraan nombor atau numerologi tarikh lahir mahupun “mencungkil” rahsia diri melalui nombor yang dibuat pengiraan.

Apakah hukum mempercayai ramalan nombor, money magnet atau tarikh tertentu melalui ilmu metafizik?

Jawapan:

Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan metafizik sebagai falsafah mengenai segala yang di luar alam biasa. Di dalam Bahasa Arab, ilmu metafizik dikenali sebagai ilm ma ba’da al-ṭabīʿah. Metafizik adalah satu cabang falsafah yang mengkaji tentang perkara-perkara seperti sifat realiti, apa yang wujud di dunia ini dan susun aturnya. Antara ilmuwan Islam yang membahaskan perihal metafizik adalah Al-Kindi dalam Kitab fi Falsafat al-Ula, Risalah fi al-Ibanah ‘an Sujud al-Jirm al-Aqsa wa Ta’atihi Lillah dan Risalah fi Kammiyyat Kutub Aristatalis wama Yuḥtaju ilayhi fi Taḥsil al-Falsafah. Begitu Ibn Rushd dalam Tafsir Ma’ Ba’d Tabi’at.

Metafizik juga adalah kajian tentang alam ghaib, fenomenanya yang dicerap di alam nyata (secara langsung atau tidak) dan kaitannya dengan hukum-hukum tabi’e alam fizikal. Metafizik mengutarakan soalan-soalan seperti:

  • Apa itu kebenaran?
  • Adakah Tuhan wujud?
  • Siapa itu manusia?
  • Apakah itu kebebasan manusia?
  • Adakah dunia ini semata-mata terdiri daripada jisim sahaja?
  • Adakah manusia mempunyai akal? Apakah hubungan antara akal dan tubuh?

Justeru, secara khususnya metafizik tidaklah hanya membahaskan tentang nombor dan huruf bagi tujuan ramalan sebagaimana kefahaman segelintir masyarakat kita. Ia satu ilmu yang sangat luas mencakupi perbahasan ghaibiyyat dan alam tabi’e dan bukan semata-mata berkaitan ramalan masa depan. Ilmu penggunaan nombor dan huruf bagi tujuan ramalan lebih dikenali sebagai numerologi.

Tanpa menafikan ada sebahagian ulama’ yang menggunakan ilmu abjad/huruf/nombor ini untuk ikhtiar rawatan, ia sebenarnya boleh juga membawa kemudaratan bagi orang awam jika disalahfahami ilmu abjad/huruf/nombor ini sebagai musabbib al-asbab sekiranya terjadi kesembuhan.

Masa depan seseorang adalah termasuk dalam hal ghaib yang tidak diketahui oleh sesiapa pun melainkan Allah SWT. Firman Allah SWT:

قُلْ لَا أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلَا ضَرًّا إِلَّا مَا شَاءَ اللَّهُ وَلَوْ كُنْتُ أَعْلَمُ الْغَيْبَ لَاسْتَكْثَرْتُ مِنَ الْخَيْرِ وَمَا مَسَّنِيَ السُّوءُ إِنْ أَنَا إِلَّا نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman”.

(Surah al-A’raf: 188)

 Kami amat khuatir perbuatan tersebut menghampiri amaran Nabi SAW dalam sabdanya:

مَنْ أَتَى كَاهِنًا، أَوْ عَرَّافًا، فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ، فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ

Maksudnya: “Sesiapa yang datang menemui penilik atau peramal nasib lalu mempercayai apa yang diberitahu olehnya, maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad”

(Riwayat Ahmad, no. 406)

Sabda Nabi SAW:

مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْءٍ ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلَاةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً

Maksudnya: “Sesiapa yang datang kepada bomoh, lalu bertanya kepadanya sesuatu, maka solatnya tidak akan diterima selama 40 hari.”

(Riwayat Muslim, no. 4144)

Menurut Imam al-Nawawi: “Adapun maksud tidak diterima solatnya adalah orang tersebut tidak mendapatkan pahala. Namun solat yang ia lakukan tetap dianggap dapat menggugurkan kewajiban solatnya dan dia tidak perlu untuk mengulangi solatnya.” (Lihat Syarh Shahih Muslim, 14/227)

Kesimpulan

Firman Allah SWT:

قُلْ لَا يَعْلَمُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ

Maksudnya: “Katakanlah: “Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah. ”

(Surah al-Naml: 65).

Kami cenderung untuk menyatakan bahawa mempercayai ramalan nombor, money magnet, amalan “cium duit”, sifat seseorang melalui tarikh atau nombor tertentu melalui ilmu numerologi adalah berdosa di sisi Islam. Begitu juga tidak ada nombor-nombor tertentu yang memberi aura berbeza sebagaimana yang dinyatakan oleh segelintir masyarakat kita dalam program-program motivasi.

Dalam masa yang sama, larangan ini juga dimasukkan dalam Garis Panduan Program Motivasi Berunsur Islam yang dikeluarkan oleh  JAKIM iaitu: Tidak menggunakan apa jua bentuk atau kaedah yang mempunyai unsur-unsur meramal nasib atau masa hadapan seperti kaedah numerologi, rahsia tarikh lahir, matrix code, rahsia abjad, rahsia tahi lalat,rahsia tulisan tangan, ilmu astrologi dan seumpama dengannya.

Contoh Yang dilarang Mempercayainya

*KENALI KEHEBATAN WARNA AURA PELARIS ANDA*

Tahukah anda, bahawa *Energi Warna Aura Manusia* bertindak selari memberi frekuensi getaran dengan Energi Alam akan ubah anda menjadi lebih *WOW* & *FANTASTIC*

Warna Aura ini terbahagi kepada 3 kategori. Setiap kategori ada fungsi tersendiri yang akan *membantu* anda secara langsung & tak langsung.

Kesimpulannya, Warna aura ini blh diguna tuk:-

  • ✔ Profile Pict FB/WA/Telegram
  • ✔ Logo syarikat
  • ✔ Name card
  • ✔ Produk
  • ✔ Jumpa *Potential Client*
  • ✔ Mesyuarat
  • ✔ Kenduri @ Majlis Keramaian
  • Anda perlu kenal pasti No asas anda terdahulu.
  • *Cth* : – Tarikh Lahir 25.06.1982
  • = 2+5+0+6+1+9+8+2
  • = 33
  • = 6
  • Maka, No asas Anda 6.
  • Terima kasih semua!
  • Penting ke warna aura ni?
  • Tahu kah terdapat biznes penyembuhan menggunakan Terapi Warna Aura & Pengurusan Personaliti Imej yang berharga ratusan ringgit.
  • So anda beruntung sekarang belajar ilmu mahal secara percuma siap free coaching mlm ini tuk warna diri
  • Da tahu No Asas Anda
  • Seperti mana cikgu maklum td, setiap individu ada 3 kategori Warna Aura.
  • Kategori 1st : Warna *WOW* (Pelaris)
  • Kategori 2nd : Warna Pesona
  • Kategori 3rd: Warna Pengawal
  • ===================
  • Jika ansa Asas 1⃣ & 6⃣
  • 1st : Hijau
  • 2nd: Coklat, Kuning, Beige
  • 3rd: Perak, Emas, Putih
  • ====================
  • Jika Anda Asas 2⃣ & 7⃣
  • 1st : merah ungu oren
  • 2nd: Perak, Emas, Putih
  • 3rd : Biru & Hitam
  • ====================
  • Asas 3⃣& 8⃣
  • 1st: Perak, Emas, Putih
  • 2nd: Hijau
  • 3rd: Merah, Ungu, Oren
  • ====================
  • Asas 4⃣ & 9⃣
  • 1st kuning coklat beige
  • 2nd: Biru & Hitam
  • 3rd : Hijau
  • ====================
  • Asas 5⃣
  • 1st:  biru & hitam
  • 2nd : Merah, Oren, Ungu
  • 3rd : Coklat, kuning, beige
  • Bingkar Rahsia Warna Aura Anda
  • Ada Rahsia DiSebalik Warna
  • https://chat.whatsapp.com/13wuUR4Mhoo97fMjanrzFq

Related posts

Pakaian Diharamkan Islam

adminwm

Surah-Surah Rujukan Perintah Allah Yang Terdapat Dalam Al-Quran

admin

Hikmah di Sebalik Virus Covid-19

admin

Leave a Comment