Seseorang yang narsistik biasanya terlihat memiliki rasa percaya diri yang sangat kuat, tetapi apabila narsisme yang dimilikinya sudah mengarah pada kelainan yang bersifat patologi, maka rasa percaya diri yang kuat tersebut dapat digolongkan sebagai bentuk rasa percaya diri yang tidak sihat kerana hanya memandang dirinya sebagai yang paling hebat daripada orang lain tanpa mampu menghargai orang lain. Selain itu, seseorang dengan sifat narsis yang berlebihan memiliki kecenderungan untuk meninggikan dirinya di hadapan orang lain, menjaga harga dirinya dengan merendahkan orang lain saat orang lain memiliki kemampuan atau hal yang lebih baik darinya, bahkan tidak segan untuk mengasingkan orang lain untuk memperoleh kemenangan.
Sifat narsisisme sudah lazim ada dalam setiap orang manusia sejak lahir, bahkan Andrew Morrison berpendapat bahawa dimilikinya sifat narsisisme dalam jumlah yang cukup akan membuat seseorang memiliki persepsi yang seimbang antara keperluan dalam hubungannya dengan orang lain. Narsisisme memiliki sebuah peranan yang sihat dalam erti membiasakan seseorang untuk berhenti bergantung pada standard dan prestasi orang lain untuk membuat dirinya bahagia.
Meskipun begitu, apabila sifat perasaan ini berlebihan melepasi tahap yang dibenarkan, perasaan ini dapat menjadi suatu kelainan keperibadian yang bersifat patologi. Kelainan keperibadian atau disebut juga sebagai penyimpangan keperibadian merupakan istilah umum bagi sejenis penyakit mental seseorang, yakni apabila cara memahami situasi dan kemampuan berhubungan dengan orang lain tidak lagi berfungsi secara normal. Keadaan ini itu membuat seseorang memiliki sifat yang menyebabkan diri merasa atau berperilaku dengan cara-cara yang menyedihkan, membatasi kemampuannya agar dapat berperanan dalam suatu hubungan.
Beberapa teori yang berlaku saat ini menyatakan bahawa penyebab sifat narsis dipengaruhi beberapa hal seperti faktor biologi, genetik, dan sosial serta juga keadaan psikologi dihadapi seseorang.
Apakah maksud narsisistik atau gangguan personaliti narsistik?
Gangguan personaliti narsistik adalah sejenis gangguan personaliti di mana seseorang individu itu mempunyai rasa kepentingan terhadap dirinya sendiri.
Mereka mahukan perhatian yang mendalam terhadap diri mereka selain kurang berasa empati terhadap diri orang lain.
Jadi, maksud narsisistik boleh dikatakan mereka ini mempunyai sifat keyakinan yang terlalu ekstrem.
Namun, di sebaliknya, mereka mempunyai harga diri yang sangat mudah terlerai hanya disebabkan sedikit kritikan daripada orang lain. Orang ramai akan melihat individu narsisistik ini seperti seorang yang mementingkan diri sendiri sahaja dan biasanya tidak ramai orang yang gemar bersama mereka.
Kelemahan narsistik juga hanya mengambil tahu mengenai dirinya sahaja dan tidak jemu-jemu mahukan pujian daripada orang lain.
Faktor risiko
Terdapat beberapa faktor risiko yang membolehkan seseorang itu mengalami bahaya narsistik. Menurut kajian, orang lelaki lebih mudah mengalami gangguan personaliti ini berbanding wanita. Gangguan ini juga mudah berlaku seawal umur kanak-kanak.
Walaupun ada kanak-kanak yang mungkin menunjukkan ciri atau gaya seseorang narsisistik, namun tidak semestinya ia akan berterusan sehingga mereka dewasa.
Ini kerana ciri itu kadangkala adalah sifat yang biasa wujud sewaktu zaman kanak-kanak sahaja.
Selain itu, ibu bapa yang bersifat terlalu melindungi anak-anak atau mengabaikannya juga boleh menyebabkan seseorang itu menjadi individu narsis.
Seseorang individu yang mempunyai maksud narsisistik ini amat mudah untuk dikenali. Ini kerana, terdapat beberapa perkara atau ciri yang sangat jelas, yang membezakan dirinya dengan orang lain.
Berikut adalah beberapa ciri utama yang menunjukkan seseorang itu adalah individu narsis.
Berasa diri sendiri lebih penting
Kerap berasa bahawa diri sendiri adalah lebih baik daripada orang lain. Sebagai contoh, kerap berasa lebih pandai, lebih cantik, lebih kacak, lebih berjaya dan lebih berkuasa daripada orang lain.
Rasa bahawa diri sendiri adalah seperti golongan atasan dan hanya layak bergaul dengan golongan tersebut sahaja.
Memerlukan pujian setiap masa daripada orang lain.
Rasa mempunyai hak walaupun tidak mempunyai hak ke atas sesuatu.
Sanggup untuk mengambil kesempatan ke atas orang lain demi mencapai tujuan dan matlamat peribadi.
Kurang memahami individu lain atau kurang bersifat empati dalam memahami perasaan atau apa yang dilalui individu lain.
Bersikap sombong atau memandang rendah kepada orang lain. Ingin diiktiraf atau dikenali ramai.
Kerap menyatakan mengenai pencapaian dan bakatnya kepada orang lain.
Mengawal perbualan dan seringkali perbualan tersebut hanya berkenaan pencapaian dan kehebatan dirinya.
Boleh dikatakan, segala apa yang berlaku dalam hidup individu narsisistik adalah hanya mengenai dirinya sahaja. Namun, ada juga beberapa kelemahan mengenai individu yang mempunyai gangguan ini. Antaranya ialah:
Mudah berasa tersinggung jika tidak melibatkan dirinya dalam sesuatu perkara.
Sukar mengawal emosi dan perasaan.
Sukar menerima kritikan daripada orang lain mengenai dirinya.
Kerap berasa tidak selamat atau insecure terhadap sebarang perkara yang boleh merendahkan dirinya.
Kesan yang boleh dialami
Terdapat beberapa kesan atau komplikasi yang boleh berlaku sekiranya seseorang itu terus mempunyai ciri orang narsistik:
Kurang mendapat rakan kerana rakan-rakan akan semakin menjauh.
Mempunyai masalah dalam perhubungan bersama pasangan.
Mengalami tekanan, kemurungan, keresahan atau panik.
Mempunyai masalah di tempat kerja.
Penyalahgunaan dadah atau masalah berkaitan alkohol.
Perlukah berjumpa doktor jika mengalami gangguan ini?
Kebanyakan individu narsisistik tidak menganggap bahawa diri mereka sedang mempunyai masalah atau gangguan.
Sumber Internet