GAYA HIDUP

Pelancong dari China dan Malaysia Teruja dengan Perjalanan Tanpa Visa, Lapor Agoda

Sejak perjalanan tanpa visa dua hala di antara China dan Malaysia diperkenalkan pada 1 Disember 2023, platform pelancongan digital Agoda telah menyaksikan peningkatan carian untuk perjalanan antara kedua-dua pasaran tersebut. Pada bulan berikutan pengecualian visa dimulakan, Agoda mendapati jumlah carian dari China ke Malaysia telah meningkat sebanyak lima kali ganda berbanding bulan sebelumnya, dan lebih tiga kali ganda carian dari Malaysia ke tanah besar China.

Trend ini berterusan sehingga Januari 2024 dengan carian antara kedua-dua negara terus meningkat. Destinasi utama di Malaysia yang menarik perhatian pelancong China ialah Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Pulau Pinang, Johor Bahru, dan Langkawi.

Trend yang sama turut disaksikan dalam data carian pelancong Malaysia yang menunjukkan minat mereka untuk menerokai China. Guangzhou mendahului senarai destinasi China tertinggi pada bulan Januari, diikuti rapat oleh Shanghai, Shenzhen, dan Beijing. Chengdu, habitat kepada panda gergasi yang mengagumkan, mendapat tempat kelima.

Enric Casals, Naib Presiden Bersekutu Asia Tenggara di Agoda, mengulas “Peningkatan aktiviti carian dan kepelbagaian destinasi di kedua-dua pasaran ini mencerminkan keterujaan dalam kalangan pelancong dari Malaysia dan China untuk meneroka keajaiban  masing-masing. Kami merasa gembira kerana perjalanan dua hala antara Malaysia dan China telah menjadi lebih lancar. Sama ada visa diperlukan atau tidak, Agoda tetap komited untuk membantu pelancong mengembara di serata dunia dengan kos yang lebih rendah melalui tawaran bernilai hebat kami.”

Destinasi Utama 
China ke Malaysia Malaysia ke China
Kuala LumpurGuangzhou
Kota KinabaluShanghai
Pulau PinangShenzhen
Johor BahruBeijing
LangkawiChengdu 

Untuk membantu warga Malaysia memanfaatkan sepenuhnya tempoh perjalanan tanpa visa, Agoda berkongsikan lima bandar teratas di China yang menarik minat pengembara Malaysia: 

Guangzhou

Kredit gambar: Wally Yang (Unsplash)

Digelar sebagai ‘Bandar Bunga’ berikutan bermandikan bunga-bungaan yang mekar sepanjang tahun, Guangzhou merupakan sebuah bandar bersejarah yang terkenal dengan warisan budaya dan masakan Kantonis yang lazat. Para pelancong boleh mengunjungi mercu tanda ikonik seperti Menara Canton, menerokai jalan-jalan bersejarah di Pulau Shamian dan membeli-belah di pasar yang sibuk seperti Jalan Pejalan Kaki Shangxiajiu.

Shanghai

Kredit gambar: Edward He (Unsplash)

Shanghai merupakan bandar raya terbesar di China dan hab kewangan global yang terkenal dengan bangunan pencakar langit yang menawan, kawasan kejiranan bersejarah dan tarikan budaya yang meriah. Bandar ini menawarkan peluang penerokaan yang tidak terbatas dengan pelbagai tempat menarik termasuk latar langit kawasan Pudong yang ikonik dan juga lorong-lorong Konsesi Perancis yang menawan. Para pelawat boleh mengagumi kehebatan seni bina seperti Menara Oriental Pearl, bersiar-siar di sepanjang dermaga Bund yang bersejarah, dan menikmati suasana Jalan Nanjing yang meriah.


Shenzhen

Kredit gambar kepada Joe Macpherson (Unsplash)

Terletak di wilayah Guangdong di selatan China, Shenzhen terkenal dengan semangat inovatif dan pembangunan yang pesat. Dari sebuah perkampungan nelayan kecil, bandar ini kini menjadi sebuah bandaraya kosmopolitan yang dinamik. Para pelancong boleh meneroka tarikan seperti Pasar Elektronik Huaqiangbei yang meriah, bersantai di Taman Lianhuashan yang indah, dan menikmati karya seni kontemporari di Taman Budaya Kreatif OCT-LOFT.

Beijing

Kredit gambar: Victor He (Unsplash)

Ibu negara China ini kaya dengan khazanah sejarah, budaya dan keajaiban seni bina. Dengan adanya tempat-tempat ikonik seperti Kota Larangan, Temple of Heaven (Kuil Syurga) dan Tembok Besar China yang berdekatan, pengunjung Beijing boleh menyingkap sejarah zaman silam empayar China. Para pelancong juga boleh menerokai lorong-lorong bersejarah hutong, mencuba masakan asli Beijing termasuk itik Peking, dan menikmati suasana pasar yang sibuk seperti di Jalan Wangfujing.

Chengdu

Kredit gambar: Zain Lee (Unsplash)

Chengdu terkenal dengan suasana santai, masakan pedas serta, yang paling penting, sebagai habitat panda gergasi yang comel. Para pelancong boleh melawati Pusat Penyelidikan Pembiakan Panda Gergasi Chengdu untuk melihat gelagat haiwan kesayangan ramai ini di habitat semula jadinya. Selain itu, terdapat banyak aktiviti yang boleh dinikmati di pusat bandar ini, seperti menerokai Jalan Jinli yang bersejarah, bersantai di People’s Park (Taman Rakyat) dan menikmati hidangan kulinari yang terkenal di wilayah Sichuan.

Dengan tersedianya rangkaian hotel dan tempat penginapan yang meluas serta tawaran tiket penerbangan dan aktiviti percutian yang hebat, Agoda merupakan sebuah platform yang ideal untuk merancang dan menempah percutian di China, Asia dan banyak lagi. Sama ada untuk menerokai jalan-jalan sibuk di Shanghai atau kawasan bersejarah di Beijing, Agoda menyediakan pelbagai pilihan untuk setiap jenis pelancong dan membantu mereka mengembara dunia dengan harga yang lebih rendah. 

Related posts

Kisah Cinta Dr. Kam dan Hazmi

admin

5 Perkara Yang Dinanti-nantikan di IKEA 2025 Ini

adminwm

Baby Shima To Perform Her First Mini Concert on Bigo Live

admin

Leave a Comment