FESYEN

Yans Creation Jenama Tempatan Yang Aggresive Mengembangkan Jenama

Fesyen sama saja seperti muzik. Dalam bidang muzik ada dua cara untuk mengenali bakat. Penerangan secara ringkas; sama ada anda hasilkan muzik yang familiar dan mengubahnya menjadi teramat bagus, atau mencipta sesuatu yang berbeza dan baru. Begitu juga konsepnya dengan rekaan pakaian. 

Tidaklah saya mahu bercakap tentang siapa pioneer atau designer mana yang merupakan trendsetter, sebaliknya mahu menyebut tentang seorang pemilik jenama pakaian yang sudah bertahan 20 berapa tahun dalam industri. Sejak kebelakangan ini saya study koleksinya dan saya lihat dia bukan mencipta trend yang baru kerana koleksi yang dihasilkan sudah biasa dilihat, namun yang istimewa dia mencipta koleksi berpandukan citarasa dan identitinya. Dan yang sebenar saya menyebut tentang Yans Creation. 

[thb_gap height=”20″]
[thb_gap height=”20″]
Sasha Saidin memperaga dua koleksi Yans Creation ketika di Cannes, manakala gaun petang warna putih digayakan Mrs. Harine Suress di pertandingan Mrs. International Global World Final
[thb_gap height=”20″]

If you know your ideas aren’t truly original, at least own that and find a different selling point. Yans Creation memahami apa yang digemari wanita kebanyakannya; potongan longgar, wearable, boleh suai padan dan esklusif. Saya percaya ini antara selling points Yans Creation sebab itu koleksinya boleh jual. Bukan itu saja, sekali pandang kita boleh tahu itu koleksi Yans Creation – yang ini kita bercakap tentang identiti dan saya melihat kualiti ini biasa dikaitkan dengan pereka terkenal seperti Bernard Chandran, Rizalman dan Radzuan. Selain itu, setiap helaian Yans Creation tidak ada duanya, malah warna yang dipilih sesuai dengan rekaan pakaian Melayu klasik. Perekanya Yani Bakhtiar juga seorang yang cepat dapat idea, seperti kata Sharifah Shawati dalam satu temuramah di Youtube, Kak Yan ada energy level yang tinggi. Berlaku ketika sama-sama menyertai show di New York, “Tali pinggang tak cukup, jadi dia ambil stokin dia potong dan jahit untuk jadikan tali pinggang.”

[thb_gap height=”20″]
[thb_gap height=”20″]
Koleksi Yans Creation diperaga model di Kanada manakala gambar berkumpulan, koleksi dari pementasan acara Royal Hightea di Sofitel Kuala Lumpur
[thb_gap height=”20″]

Yans Creation sangat aggressive dalam penjenamaan – menyertai banyak pertunjukan fesyen, kalau di sini antara jenama tetap yang menyertai Malaysia Fashion Week dan Pertunjukan Fesyen BDA dan kerap sangat mereka ke Indonesia (yang latest di Indonesia Modest Fashion Week 2019 dan menerima anugerah Modest Fashion Designer Award) selain rajin terbang ke Brunei dan Singapura. Yans juga menjengah pasaran benua di seberang sana, antara lain mereka mementaskan koleksi dan menyertai pameran bisnes fesyen di London, Australia, Cannes, New York dan Kanada. Dan semua ini tidak tercapai jika tidak ada bantuan yang umumnya, dari Matrade.

Koleksi Yans Creation boleh didapati di Metrojaya cawangan Mid Valley, The Curve, Kota Kinabalu, Plaza City One Kuching dan Metrojaya Pelangi Johor, juga di Kenanga Wholesale City manakala pembelian atas talian melalui Zalora.

[thb_gap height=”20″] [thb_gap height=”20″]
Yans Creation bekerjasama dengan Pak Su Lan mencipta helaian batik istimewa bertema Nautical Archipelago dan koleksi ini dipentaskan di Indonesia Modest Fashion Week 2019
[thb_gap height=”20″]

Related posts

“It All Started with Mom…”

adminwm

Demi Moore Buka Akaun Instagram Untuk Berkongsi Moment Glamor Di Majlis Perkahwinan Diraja England

admin

Holiday Plans

adminwm

Leave a Comment