AGAMA

Kahwin Antara Wajib, Sunat, Harus dan Makruh

Seseorang yang sudah mempunyai keupayaan untuk berkahwin dari segi kewangan, mampu menyediakan nafkah pasangan zahir dan batin. Mampu membayar mahar atau mas kahwin selain daripada menyediakan keperluan isteri dan keluarga. Bukan itu sahaja, pihak lelaki berkahwin tanpa niat untuk menganiaya pasangan. Kepada lelaki yang mampu menyediakan semuanya dan berniat untuk mengelak daripada berzina, korang wajib berkahwin. Selamat berumah tangga!

Sunat Kahwin

Ini adalah paling mudah. Individu yang tidak mahu terlibat dengan maksiat dan zina hukumnya adalah sunat untuk berkahwin. Tapi, jangan gunakan alasan ini untuk kahwin tanpa restu!

Harus Kahwin

Individu yang tidak mahu melakukan zina atau maksiat dan mampu untuk memberi nafkah zahir dan batin kepada pasangan.

Makruh Kahwin

Mampu memberi nafkah zahir seperti kewangan, penyediaan keperluan tetapi mempunyai kelemahan fizikal iaitu tidak mampu memberi nafkah batin kepada isteri. Selain itu, makruh juga jika individu mempunyai kebimbangan jika berlaku zalim terhadap isteri. Untuk pengetahuan anda juga, hukum makruh jika berkahwin pada waktu menghadapi peperangan. Jangan kahwin masa perang ye!

Haram Kahwin

Ini adalah paling mudah difahami. Haram berkahwin jika seorang lelaki tidak mampu menunaikan semua kewajipan terhadap pasangan. Tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin, berniat untuk menzalimi pasangan dan anak-anak. Belajar dan fahami dahulu erti perkahwinan.

Related posts

Musibah Bukan Bahan Gurauan

admin

Balasan Menyeru Tetapi Tidak Beramal

admin

Surah Yang Mampu Membuatkan Rezeki Mengalir Deras

admin

Leave a Comment