GAYA HIDUPkesihatan

Kanser Ovari Kanser Tetiga Tinggi dihadapi Wanita

Bersempena dengan Bulan Kesedaran Kanser Payudara pada bulan Oktober ini, SMCV menyediakan ujian saringan kanser payudara dan ujian saringan kesihatan wanita. Selain daripada menyediakan pakej-pakej ini, SMCV turut mengambil bahagian dalam kempen Sunway Healthcare Group dalam menyediakan ujian mamogram percuma untuk pesakit yang layak, pemberian goodies kepada pesakit serta berkolaborasi dengan sebuah jenama wanita untuk menjayakan sebuah acara komuniti dengan harapan bahawa segala inisiatif ini dapat mencetuskan kesedaran yang lebih tinggi di kalangan wanita untuk bertindak segera demi kesihatan mereka.

Agensi Antarabangsa untuk Penyelidikan Kanser (IARC) pada tahun 2020 telah
memaklumkan bahawa terdapat 1836 kes kanser ovari terbaru di Malaysia 3 , menjadikan ia kanser ketiga yang selalu dihadapi wanita di Malaysia selepas kanser payudara dan kanser usus. Kanser ovari lebih kerap berlaku di kalangan wanita berusia di kalangan 60-65 tahun dengan lebih 50% pesakit didiagnos di tahap 3 atau 4 kanser tersebut.

Dr Wong Yen Shi, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan dari SMCV menjelaskan bahawa
hanya 20% daripada kes kanser ovari dikesan pada tahap awal kerana masih belum ada saringan atau ujian dicipta untuk rawatan awal kanser ini. “Buat masa ini, imbasan transvaginal dan ujian penanda tumor CA 125 digunakan untuk mengesan kanser ovari tetapi dengan limitasi. Imbasan transvaginal boleh mengesan sebarang tisu bermasalah tetapi terdapat sedikit kesukaran untuk membezakan tumor benigna (sel tidak berkanser) daripada tumor malignan (sel berkanser), manakala ujian penanda tumor CA 125 adalah sejenis ujian yang bagus digunakan untuk memantau rawatan tetapi ia tidak bertujuan untuk mengesan kanser.

“Simptom kanser ovari ialah kembung perut, ketidakselesaan perut, kekerapan membuang air kecil, sembelit, rasa cepat kenyang, penurunan berat badan, keletihan dan sakit belakang. Kanser ini juga boleh disalah anggap sebagai benigna tumor ovari, uterine fibroid, endometriosis dan sindrom pra-haid.

Walaupun ia adalah satu cabaran untuk mengesan kanser ovari, pakar daripada Dr Wong berkongsi bahawa terdapat faktor risiko yang menyebabkan seseorang wanita boleh berwaspada, dan ini termasuklah sejarah ahli keluarga yang mempunyai kanser payudara, ovari atau usus, sindrom kanser yang boleh diwarisi keluarga seperti gen BRCA dan sindrom Lynch seperti peningkatan usia dan keadaan berat badan berlebihan atau obesiti. Faktor risiko lain termasuklah merokok, pendedahan kepada asbestos, wanita yang menjalani terapi penggantian hormon (HRT), wanita yang tidak pernah melahirkan anak, wanita yang melahirkan anak pada usia lewat, datang haid awal dan lambat menopaus.

“Jadikan ujian saringan kesihatan serta saringan diabetes, kolesterol, kesihatan jantung, payudara dan serviks sebagai rutin supaya anda tahu keadaan diri anda. Amalkan pemakanan sihat dan selalulah bersenam – jaga kesihatan mental, dapatkan tidur secukupnya dan kawal tekanan untuk menjaga kesihatan anda secara menyeluruh,” kata Dr Wong.

Peningkatan statistik kanser adalah petanda penting bahawa wanita harus mengambil berat dan mengutamakan kesihatan mereka di samping keluarga. Kesihatan adalah aspek terpenting dalam kehidupan seseorang dan mereka yang memerlukan rawatan boleh berhubung dengan klinik atau hospital terdekat untuk mendapatkan maklumat dan rawatan yang sewajarnya.

Bersempena dengan Bulan Kesedaran Kanser Payudara pada bulan Oktober ini, SMCV menyediakan ujian saringan kanser payudara dan ujian saringan kesihatan wanita. Selain daripada menyediakan pakej-pakej ini, SMCV turut mengambil bahagian dalam kempen Sunway Healthcare Group dalam menyediakan ujian mamogram percuma untuk pesakit yang layak, pemberian goodies kepada pesakit serta berkolaborasi dengan sebuah jenama wanita untuk menjayakan sebuah acara komuniti dengan harapan bahawa segala inisiatif ini dapat mencetuskan kesedaran yang lebih tinggi di kalangan wanita untuk bertindak segera demi kesihatan mereka.

Sumber SMCV

Related posts

VIVO Y33s

admin

Gelagat

admin

Stay Home We Are Happy

admin

Leave a Comment