GAYA HIDUPkesihatan

Oktober Bulan Kesedaran Kesihatan

Payudara

Kanser payudara dan Kanser Ovari mempunyai simptom dan faktor risiko berbeza,
oleh itu, para wanita perlu mengetahui cara mengenalpasti kedua-dua kanser ini
kerana risiko boleh meningkat seiring peningkatan usia.

Perkataan ‘kanser’ sememangnya digeruni ramai, namun peningkatan kes kanser di negara kita amatlah membimbangkan – seramai 49,000 rakyat Malaysia dianggarkan telah menghidap kanser pada tahun 2020, dan angka ini dijangka akan terus meningkat ke 66,000 setahun menjelang 2030.

1 . Kes kanser payudara juga dijangka akan melonjak sehingga ke 49 peratus dari tahun 2012 ke 2025 2 , dan Malaysia mempunyai kadar kelangsungan hidup lima tahun (five year survival rate) yang rendah iaitu sebanyak 63% jika dibandingkan dengan Korea Selatan yang mempunyai kadar kelangsungan hidup lima tahun sebanyak 92% dan Singapura sebanyak 80%, menjadikan perkara ini sesuatu yang perlu diketengahkan dan diberi lebih perhatian.

Dalam komuniti kesihatan, bulan Oktober dikenali sebagai bulan kesedaran kesihatan payudara, dan Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV) mengambil peluang untuk menyertai kempen ini serta meningkatkan kesedaran mengenai kanser ovari yang juga diketahui sebagai sejenis kanser yang sukar untuk dikesan awal. Melalui pendekatan ini, SMCV berharap untuk membantu para wanita untuk memahami kesihatan payudara dan ginekologi mereka dengan lebih baik dan seterusnya dapat mengesan sebarang kemungkinan masalah kesihatan dan mendapatkan rawatan yang diperlukan seawal mungkin.

Peka terhadap sebarang perubahan pada tubuh anda Dr Suziah Mokhtar, Pakar Perunding Pembedahan Am, Payudara, dan Endokrin dari SMCV berkongsi bahawa satu daripada 27 orang wanita dewasa berisiko untuk mendapat kanser payudara sepanjang hidupnya – dan kemungkinan ini semakin meningkat jika wanita tersebut mempunyai seorang ahli keluarga terdekat (ibu, adik-beradik, anak perempuan) atau beberapa orang ahli keluarga yang pernah mempunyai kanser payudara atau kanser Ovari.

“Kebanyakan kanser payudara bersifat sporadik di mana kanser berlaku daripada kerosakan gen yang terjadi secara kebetulan semasa dewasa. Namun, tiada risiko untuk anak-anak pesakit kanser mewarisi gen tersebut. Kanser yang diwarisi hanya merangkumi 5-10% daripada kesemua kanser payudara dan terjadi apabila berlakunya mutasi yang melibatkan gen BRCA1, BRCA2 dan PALB2 yang diwariskan daripada ibu bapa kepada anaknya. Terdapat pelbagai faktor yang dikaitkan sebagai penyebab kanser payudara termasuklah Kanser payudara yang kerap berlaku adalah daripada jenis invasif (berupaya untuk merebak) dan in-situ (tiada keupayaan untuk merebak). Kebanyakan kanser payudara berlaku di dalam saluran susu (milk duct) dengan invasive ductal carcinoma merangkumi 70-80% daripada kes kanser payudara. “Gejala kanser payudara yang biasanya dialami oleh pesakit adalah ketulan di payudara, perubahan pada puting dan sakit di payudara. Antara simptom lain yang kurang diketahui termasuk lah ketulan di ketiak (selalunya dianggap sebagai bengkak nodus limpa biasa), perubahan pada kulit payudara (selalunya dianggap sebagai ekzema atau alergi) atau simptom yang diakibatkan oleh perebakan sel kanser ke organ-organ lain seperti merebak ke paru-paru menyebabkan batuk dan sukar bernafas, merebak ke hati menyebabkan penyakit kuning dan busung (ascites) dan merebak ke otak menyebabkan sakit kepala berterusan,” tambah Dr Suziah.

Namun begitu, pengesanan awal kanser payudara boleh membawa kepada hasil rawatan yang lebih baik. Mammogram, ujian saringan yang paling utama digunakan untuk mengesan kanser payudara di kalangan wanita berusia lebih 40 tahun telah membawa kepada pengurangan kes kematian sebanyak hampir 20%. Bagi wanita yang berusia lebih muda, ujian saringan ultrasound boleh dilakukan. Mereka yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat kanser payudara, digalakkan untuk menjalani ujian saringan seawal usia 30 tahun. Rawatan kanser payudara terdiri daripada pembedahan, kemoterapi, radioterapi, terapi endokrin dan terapi bersasar (targeted therapy). Walaupun begitu, Dr. Suziah menekankan bahawa setiap pesakit mungkin diberikan kombinasi rawatan yang berlainan bergantung kepada tahap kanser pesakit.

“Apabila kanser payudara dapat dikesan awal, peluang pesakit untuk sembuh dan mencapai bebas kanser selepas tamat semua rawatan adalah tinggi. Oleh itu, amat penting untuk anda memeriksa payudara anda secara berkala. Anda lebih mudah mengesan sebarang kelainan pada payudara anda jika anda tahu bagaimana bentuk dan rasa asal payudara anda,” tekan Dr Suziah.

Sumber SMCVV

Related posts

OPPO A96’s 3D

adminwm

Done, Seen & Heard: COVID-19 Buka Pekung Manusia!

admin

National Geographic Asia Launches Inaugural Planet Possible Day

admin

Leave a Comment