GAYA HIDUP

Khasiat dan Kegunaan Halba

Halba sejenis herba yang rasanya pahit sekiranya dimakan mentah. Namun bila ditambah di dalam masakan ia memberi bau yang enak dan rasa sedap. Biji halba digunakan secara menyeluruh di mana-mana di dunia. Mudah diperolehi terutama di India, Mesir dan Timur Tengah. Mengikut kajian yang diterbitkan di dalam buku ‘Essential Oil in Food  Preservation, Flavor and Safety’, esktrak halba mengandungi sikat antimikrob, antioksidan, antidiabetic dan juga antitumor.

Rasulullah saw bersabda :

‘Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas.”  (Books of Sufi Healing m.s.58)

Pada suatu hari Rasulullah SAW menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah SAW menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa’. Dengan izin Allah Saad pun sembuh daripada sakitnya.

Rasulullah SAW kemudiannya bersabda :

‘Gunakanlah Halba sebagai ubat'( Qamus Al-Tibb ? Ahad Qodamah-Mesir)

Kegunaan Halba

  1. Diminum sebagai teh untuk:
    Melancarkan haid
    Menghilangkan kembung,sebu dan senak
    Pencuci perut
    Menguatkan jantung
    Menghilangkan lender tekak
    Melegakan sakit kepala/ migraine
    Membuang angin
    Menyembuhkan buasir
    Senggugut
    Merangsang rahim
    Kegemukan
    Kurang berat badan
    Mengawal kencing manis
    Radang kulit dan Bisul
  2. Teh Halba + Madu
    Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
    Anemia
  3. Untuk anak-anak yang baligh
    Kecergasan
    Kekuatan badan
    Tumbesaran
  4. Untuk ibu menyusu
    Banyakkan air susu
  5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.
  6. Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan.
  7. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk. Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.
  8. Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan yang digunakan dalam adunan nasi dagang.

Halba boleh dibeli di mana –mana, di kedai mamak dan di pasaraya.  Ia juga dikenali sebagai Kelabet. 

Dikenali sebagai:
Cina: Hu Lu Ba
Inggeris : Fenugreek (Trigonella foenum-graecum L.)
Tamil : Vendayam

Boleh digunakan untuk memasak asam pedas cara orang Melaka. Juga untuk stamina, kecergasan dan menstabilkan gula dalam darah, sesiapa yang ada masalah diabetis boleh mengguna  cara ini:

Cara-caranya :-

Goreng halba tanpa minyak – elak daripada hangus. Masukkan dalam bekas. Campurkaan air panas, biarkan sehingga suam-suam kuku dan bolehlah diminum . Jika diamalkan selalu, InsyaAllah dapat membantu.

Related posts

Beza Israel dan Yahudi?

admin

The ZALORA Lifestyle Festival

admin

HABIB Lancar Kempen “THE ONE THING”

admin

Leave a Comment