GAYA HIDUP

Majlis Meraikan Pengantin

Gemalai kuntum melentuk di ranting

Tempua bicara irama syahdu

Mempelai tersenyum duduk bersanding

Mentua gembira terima menantu

Mohamed Ihtisham Hisham bin Mohamed Hisham. Nurjanna Syaqira binti Ahmad Norhisham. Mereka selamat disatukan pada tarikh 31 Disember 2017. Majlis akad nikah dan bersanding diadakan di kediaman pengantin perempuan di Alam Impian Shah Alam.

Bermula dengan istiadat bertukar dulang hantaran. Tujuh dulang daripada pihak lelaki berbalas sembilan. Melengkapkan hantaran sebentuk cincin bertahta berlian ilham daripada Janna sendiri. “Janna inginkan sesuatu yang istimewa, yang Janna ilhamkan sendiri,” katanya pabila ditanya mengenai cincinnya itu. Ringkas tetapi tidak sama dengan yang ada di gendung barang kemas yang terkenal itu. “I always treasure my own design,” katanya. Begitu juga dengan baju nikahnya. “Mama suka membeli, setiap kali mengerjakan umrah mama juga pulang dengan beberapa pilihan kain renda (lace). Dulu Janna bertanya, mama ni beli untuk apa, bukan Janna nak kahwin lagi? Tetapi yalah, Janna ada dua lagi adik perempuan, mungkin mereka dulu. Sesiapa yang berminat hendak melawa, kata mama boleh tempah.”

“Menghampiri tarikh perkahwinan, Janna tidak fikir banyak, buka almari dan pilih. Warna putih untuk majlis akad nikah, dan warna keperangan untuk majlis persandingan. And I started to design… with lots of reference from some of the well known designers in the world. Janna minat Vera Wang, Elie Saab, Carolina Herrera antaranya… yes I can’t afford Vera Wang dan tidak juga mampu terbang ke Paris untuk mendapat rekaan Elie Saab, jadi Janna satukan idea mereka untuk baju Janna. And how I wish I can do my own sewing. But no, it’s not okay to sew my own wedding dress? Kalau silap potong bagaimana? Janna tidak mahu Janna menangis di hari pernikahan Janna kerana sehelai baju. Biarlah airmata yang mengalir itu air mata kebahagiaan sebaik dirasmikan Janna sebagai isteri.

Pencarian gadis bernama Nurjanna Syaqira mendapatkan pembuat baju pengantin yang cantik berhenti setelah dia ditemukan dengan pereka fesyen bernama Shanel. “Oh what a name, kataku sebaik diperkenalkan. Besar nama tu,” Janna berlawak. Dan setelah melihat baju-baju tempahan yang bergantungan di butik jejaka ini, yakinlah Janna yang dia mahu menggunakan khidmat Shanel, dengan kerjatangan yang halus lagi mewah. Dengan harga tempahan amat berpatutan, Janna percaya baju untuk kedua-dua majlis seperti yang diangan-angannya.

Merealisasikan hajat bonda

Sebaik tamat majlis nikah, bergambar dan majlis kenduri kendara diteruskan. Kedua pengantin sekali lagi bersiap untuk persandingan pada hari itu.

Merealisikan impian ibunda Janna, Puan Suzlina Datuk Kusnen, kedua mempelai diarak ke singgahsana lengkap dengan iringan kompang dan kasidah. Kali ini mereka memilih pakaian tradisional. Pengantin lelaki lengkap berbaju Melayu songket bersampin dan bertanjak sementara pengantin perempuan memilih kebaya songket sedondon kebiruan. Janna juga yang memberikan idea untuk kebaya ini. “Sebenarnya dalam pakej perkahwinan disediakan sepersalinan baju pengantin kedua pihak, dan kami boleh pilih apa sahaja fesyen berserta dengan fabriknya. Cantik sangatlah… sebab kami tiada memperuntukkan bajet untuk pakaian tradisional.”

Majlis menjadi lebih berseri bilamana pihak pengantin lelaki memilih tema songket; lelaki kacak menyarungkan sampin songket manakala kesemua tetamu perempuan memilih songket untuk menyesuaikan dengan tema tradisional hari ini.

[thb_gap height=”20″][thb_image animation=”animation bottom-to-top” alignment=”center” lightbox=”true” img_size=”large” image=”5051″][thb_gap height=”20″]

Majlis Mehndi (berinai)

1.2. 2018. Majlis yang dinanti-nantikan oleh keluarga sebelah lelaki, terutama sebelah bapa kepada pengantin lelaki, Encik Mohamed Hisham. Berketurunan Pakistan, majlis Mehndi sebagai adat turun temurun.

Tema merah menghidupkan suasana malam penuh kemeriahan di kediaman keluarga Ihtisham. Pelamin indah menanti kedua mempelai untuk disandingkan. Malam itu pengantin akan dipakaikan inai, keluarga dan kawan-kawan pengantin juga mengambil peluang berinai sekali. Selain hidangan istimewa seperti capati, kurma kambing, nasi beraini, ayam tikka dan gulai dhal, juga pelbagai kuih muih dan buah-buahan. Dan tiada yang lebih menyeronokan apabila dendangan lagu-lagu Hisdustan disertai dengan majlis tari menari.

Ya, tetamu-tetamunya hadir dengan tema. Jika kebiasaan majlis Mehndi hanya untuk sebelah pihak tetapi memandangkan keduanya sudah diijabkabulkan, pihak lelaki menjemput keluarga dan teman-teman sebelah perempuan untuk meraikan bersama. Waktu sama, ia juga sebagai majlis menyambut menantu dan ahli keluarganya.

Jam 8.30malam. Janna yang jelita diarak masuk ke perkarangan kediaman Tisham. Beras kunyit ditabur dan kedua pengantin menuju ke pelamin. Ringkas tetapi cantik sekali, hasil tangan Puan Azliny Ahmad, dia juga yang menghias bekas-bekas hantaran. (Terima kasih kerana ramai memuji.)

Kejelitaan Janna terserlah. Seperti seorang pelakon Bollywood rupanya. Dengan pakaian Lengha berwarna merah keperangan dengan taburan perincian dan bunga-bunga, sementara Tisham pula mengenakan kurta warna keemasan. Kelihatan ibunda kedua belah pihak serta keluarga masing-masing mengikut tema berpakaian menjadikan majlis bertambah seri

[thb_gap height=”20″]
[thb_image animation=”animation bottom-to-top” alignment=”center” lightbox=”true” img_size=”large” image=”5053″]
[thb_image animation=”animation bottom-to-top” alignment=”center” lightbox=”true” img_size=”large” image=”5054″]
[thb_image animation=”animation bottom-to-top” alignment=”center” lightbox=”true” img_size=”large” image=”5055″]
[thb_gap height=”20″]
[thb_image animation=”animation bottom-to-top” alignment=”center” lightbox=”true” img_size=”large” image=”5056″]
[thb_image animation=”animation bottom-to-top” alignment=”center” lightbox=”true” img_size=”large” image=”5057″]
[thb_image animation=”animation bottom-to-top” alignment=”center” lightbox=”true” img_size=”large” image=”5058″]
[thb_gap height=”20″]

Resepsi 3.2.2018 – inilah tarikh yang amat dinantikan oleh keluarga kedua-dua famili Hisham; majlis resepsi Ihtisham Hisham dan Nurjanna Syaqira Ahmad Norhisham.

Dewan Perdana, Hotel Blue Waves, Shah Alam dipilih oleh upacara majlis menyambut menantu. Terlalu cantik hiasan singgahsana. Tepat jam 11 pagi, tetamu mulai mendapatkan tempat duduk masing-masing. Kata ibu pengantin perempuan. “Kami datang daripada keluarga yang besar. Sepuluh adik beradik, cuma seorang sahaja yang belum bekeluarga, dan ada yang sudah pun bercucu. Sementara itu sepupu sepapat pun ramai, saudara mara di kampong juga boleh tahan ramai, dan ibu pengantin juga terlalu ramai kenalan. Begitu juga dengan bapa pengantin lelaki. Walaupun dia anak tunggal tetapi ramai sepupu dan saudara mara. “Kalau boleh kami mahu menjemput semua. Ini adalah majlis perkahwinan yang pertama, sudah tentu ramai yang mahu hadir. Dengan jemputan lebih seribu, inshaAllah kedua ruang Dewan Perdana, atas dan bawah dapat digunakan sepenuhnya.

“Semua makanan sedap-sedap belaka; nasi beriani bersama ayam masak merah, daging berempah dan yang lainnya. Selain itu pada yang menggemari laksa, pihak tuan rumah memilih Laksa Thai, so yummy dan pada yang tidak menggemari nasi, sup kambing dan roti sebagai pilihan. Dan wow… I love the dessert spread,” kata Aishah dan Kina. Pelbagai kuih muih disediakan… melekakan tetamu sementara menunggu majlis bersanding bermula.

Kampong dipalu menandakan pengantin akan diarak masuk ke dewan Perdana. Salma, cucu kepada bapa saudara pengantin lelaki membawa bakul sambil menaburkan bunga-bunga dan potpori diikuti lelaki berkemeja putih lengkap dengan ‘suspender’ dan perempuan top putih dipadankan dengan skirt labuh biru. Berhenti seketika memperdengarkan selawat daripada kumpulan ASH- almaulid Seri Haqqani. Lampu suluh mengiringi pengantin naik ke pentas. Majlis doa selamat oleh Tuan Haji Abdul Rahman Adnan (bapa saudara kepada pengantin lelaki) memulakan upacara bersanding. ASH almaulid terus melayani tetamu sehingga tamat majlis.

[thb_gap height=”20″]
[thb_image animation=”animation bottom-to-top” alignment=”center” lightbox=”true” img_size=”large” image=”5061″]
[thb_image animation=”animation bottom-to-top” alignment=”center” lightbox=”true” img_size=”large” image=”5062″]
[thb_image animation=”animation bottom-to-top” alignment=”center” lightbox=”true” img_size=”large” image=”5063″]
[thb_gap height=”20″]
[thb_image animation=”animation bottom-to-top” alignment=”center” lightbox=”true” img_size=”large” image=”5064″]
[thb_image animation=”animation bottom-to-top” alignment=”center” lightbox=”true” img_size=”large” image=”5065″]
[thb_gap height=”20″]

Majlis tidak lengkap tanpa restu kedua belah pihak. Dan makan beradap menyusuri selepas majlis merengis.

Tanpa bersedia untuk memberi sepatah dua kata, ibu dan bapa pengantin dijemput ke pentas. Walaupun ‘unprepared’ ibu dan bapa pengantin sempat menasihat anak dan menantu… diiringi dengan tepukan gemuruh. Tiba giliran ibu pengantin… dengan lembut dia memberikan sepatah dua kata (juga katanya tidak sempat menyediakan teks, tetapi amat terkesan kepada kedua pengantin).

Pengantin turun dari pentas untuk bertukar pakaian. Gaun kembang meleret ilham Janna dan semestinya menarik perhatian sebaik mereka masuk berjalan ke singgahsana untuk bersanding dan kini mereka ke bilik persandingan bertukar kepada yang lebih
ringkas.Pengantin lelaki mengenakan kot keduanya, very stylish and elegance juga daripada Bon Zainal, sementara pengantin perempuan memperlihat sepenuhnya hasil ciptaannya. Sebenarnya baju yang sama tetapi ditanggalkan ‘dress bustle’ yes, such a great idea from the bride herself.”

Selamat Pengantin Baru Tisham dan Janna. Kedua pasangan memilih untuk mengerjakan umrah dahulu dan akan mencari tarikh lain untuk berbulan madu, itupun jika ada lagi cuti. Destinasinya? Entah, baik Ihtisham mahupun Janna tidak merancang apa-apa setakat ini, hanya looking forward untuk mengerjakan sunat umrah. Mahu berdoa untuk cepat mendapat anak barangkali.

Gambar oleh Khairul, Republic of Memori

Pakaian Bon Zainal (pengantin lelaki) dan Shanel Harun (pengantin perempuan)

Terima kasih kepada kumpulan ASH – ALMAULID Seri Haqqani

[thb_gap height=”20″]

[evp_embed_video url=”https://majalahwm.com/wp-content/uploads/2018/02/SDE-akad-janna_x264-video.mp4″ poster=”https://majalahwm.com/wp-content/uploads/2018/02/ROM_6167.jpg”]

[thb_gap height=”40″]

Related posts

vivo X90 Series, The King of Flagship Photography Smartphone

admin

AuraEmas ke Langkawi

admin

Platform Pelancongan Digital Agoda, Beli Sekarang Bayar Kemudian

admin

Leave a Comment