GAYA HIDUPSIHAT

Khasiat Pistachio – Berita Baik Bagi Pesakit Kanser

Pistachio adalah salah satu tumbuhan tertua di bumi. Dikatakan kemungkinan tempat kelahirannya di Iran mahupun di salah sebuah negara di Timur Tengah dan Asia Tenggara kerana di negara-negara ini pistachio di tanam berabad lamanya. Tidak hanya spesis ini ditanam tetapi juga tumbuh liar secara meluas di zon iklim sub tropikal, dan jarang didapati di iklim gersang seperti Afrika, California, Mexico, dan sangat jarang di Utara China.

Pistachio secara komersial ditanam sejak sekian lama di Turki, Sepanyol dan Syria. Pistachio boleh hidup lama, selalunya lebih 600 tahun dan pokoknya mekar daripada Mac hingga April. Bunganya berwarna merah kekuningan, menjadi panjang tujuh sentimeter. Dan masak daripada bulan September hingga November. Tumbuh dengan perlahan dan hanya berbuah pada tahun ke lapan kehidupan, jika pemotongan digunakan ia sebagai bahan penanaman dan tahun ke 12 hidup digunakan jika benih digunakan untuk menanam.

Khasiat Pistachio

Pistachio adalah salah satu kacang berkalori rendah. Satu auns pistachio mengandungi 159 kalori. Ini jauh lebih rendah berbanding kacang kenari yang memiliki 185 kalori dan kacang pecan yang memiliki 193 kalori. Meski rendah kalori, pistachio berprotien tinggi dan 20 peratus daripada pistachio terdiri daripada protein sihat juga memiliki asam amino essential yang lebih tinggi.

Berita baik kepada penghidap kanser usus khasnya, kacang pistachio dikatakan dapat memerangi risiko beberapa kanser seperti kanser usus besar. Ini kerana kandungan seratnya yang tinggi selain manfaat antioksidan yang mampu melawan radikal bebas yang menjadi pemacu kanser ini. Selain itu:

Baik Untuk Minda

Kacang pistachio adalah antara sumber pemakanan yang baik untuk minda. Kandungan vitamin B6 yang terkandung mampu meningkatkan kadar penghasilan hemoglobin dalam darah. Oleh itu, peredaran darah dan oksigen dapat dibekalkan ke seluruh anggota badan termasuk otak.

Tinggi Serat dan Protein

Pistachio kaya dengan protein dan lemak sihat. Ia juga pilihan snek yang baik kerana kandungan serat dan proteinnya yang tinggi membuatkan seseorang rasa kenyang dengan lebih cepat.

Meningkat Kesihatan Mata

Pistachio adalah antara kekacang yang mempunyai kandungan antioksidan yang tertinggi. Istimewanya pistachio ini ialah ia mengandungi antoksidan jenis lutein dan zaexanthin yang berfungsi dalam mengekalkan kesihatan mata.

Dua jenis antioksidan ini melindungi mata daripada rosak akibat pendedahan cahaya biru atau ‘blue light’ dan sekaligus mengurangkan risiko seseorang untuk terkena penyakit ‘age-related macular degeneration (ARMD)’ iaitu pereputan makular yang mengakibatkan penglihatan pusat yang tajam merosot apabila usia semakin meningkat.

Bagus untuk Rambut

Pertumbuhan rambut yang sihat memerlukan pengamalan diet yang kaya vitamin dan mineral terutamanya vitamin E dan biotin.

Pistachio adalah makanan tambahan yang amat baik kerana ia mengandungi kedua-dua mineral penting ini termasuk protein asid amino L-arginin yang melancarkan peredaran darah. Ada juga orang yang mengamalkan mask rambut menggunakan pistachio dan nampak keberkesanannya dalam melawan rambut gugur, hujung rambut bercabang dan memberi kelembapan pada rambut.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]
[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”13114″]
[thb_gap height=”40″]
Nilai Rendah

Kacang pistachio mengandungi kadar karbohidrat yang agak tinggi, tetapi ia mempunyai nilai GI (glycemic index) yang rendah. Jadi, ia baik diamalkan walaupun bagi pesakit diabetes.

Kandungan protein, lemak sihat dan serat yang tinggi dapat memerlahankan proses penyerapan gula dalam darah. Kadar antioksidannya yang tinggi pula membantu dalam mengekalkan fungsi sel dalam pankreas yang menghasilkan insulin.

Awet Muda

Pistachio amat baik untuk diamalkan kerana dapat membekalkan kesihatan dalam dan luaran. Ia memberi banyak manfaat kepada kesihatan kulit. Pengambilan pistachio secara kerap mampu membekalkan antoksidan yang dapat meneutralkan radikal bebas yang sering menyebabkan penuaan pada kulit.

Kadar asid lemaknya juga membantu dalam menghasilkan kulit yang sihat dan ‘glowing’. Kandungan vitamin E pula dalam pistachio pula dapat mengekalkan kesihatan kulit serta melindungi kulit daripada rosak akibat cahaya matahari.

Meningkatkan Penghasilan Darah Merah

Kacang ini juga mampu mengurangkan risiko anemia. Kandungan zat besinya dapat meningkatkan penghasilan sel darah merah, manakala mineral kuprum pula dapat membantu penyerapan zat besi secara berkesan dalam badan. Penghasilan darah merah yang baik bermakna aliran darah dalam badan juga makin baik. Sesuai ibu mengandung untuk menaikkan bacaan hB.

Memperbaiki Sistem Penghadaman

Sebagai sumber serat yang baik, 30 gram hidangan pistachio mampu membekalkan tiga g serat, iaitu kadar yang lebih daripada mencukupi dalam memastikan sistem penghadaman berfungsi dengan baik. Kandungan seratnya juga memainkan peranan penting dalam penghasilan bakteria baik dalam usus. Ini dapat mengurangkan risiko sembelit atau penyakit berkaitan seperti gastrik ulser.

Menyumbang Kepada Kesihatan Jantung

Elok untuk kesihatan jantung. Antara kandungan penting yang dimiliki pistachio ialah antoksidan dan asid lemak tidak tepu. Asid amino L-arginin juga dapat mengelakkan salur darah tersumbat sehingga menghasilkan darah beku.

Banyak kajian membuktikan pistachio menyumbang dalam mengurangkan paras kolesterol tidak baik (LDL) dan meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL) dalam badan. Paras kolesterol yang baik dan terkawal dapat mengurangkan risiko seseorang daripada mengalami penyakit jantung.

Sumber Vitamin B6

Pistachio adalah antara makanan yang mengandungi vitamin B6 yang tertinggi yang demikian dapat membina sistem pertahanan badan yang tinggi serta melindungi badan daripada jangkitan dan kanser. Vitamin B6 juga membantu penghasilan asid amino yang berfungsi dalam membina sistem saraf yang sihat.

Elakkan Pistachio Bergaram dan Berperisa

Pistachio bukan saja sedap tetapi amat bagus untuk dinikmati oleh orang yang mementingkan kesihatan. Ia juga boleh ditambah dalam hidangan seperti salad, yogurt dan buah-buahan. Namun harus diingat, seperti makanan lain, pistachio perlulah diamalkan sebagai snek sampingan dan perlu dimakan dengan kadar yang terkawal.

Elakkan makan pistachio yang sudah diperasakan dengan garam atau yang sudah diproses supaya tidak memberi kesan kepada tekanan darah atau paras gula dalam badan.

Related posts

Ayam Belanda Tinggi Protein

admin

Resipi Bubur Oat Untuk Pesakit Diabetes

admin

dUCk Meraikan Ulang Tahun ke-8 dengan Pameran Pop-up dan Koleksi Baharu di Bukit Bintang

adminwm

Leave a Comment