Berjalan di Publika, terserempak Spa Ceylon, satu jenama Ayuverda dari Sri Lanka.
Dibawa ke Kuala Lumpur oleh Jeevah Nadraj, Spa Ceylon menawarkan rangkaian produk kesihatan dari hujung rambut hingga hujung kaki seperti gel mandi, losyen, syampu, perapi rambut, krim tangan, balm dan minyak pati. Produk ini dirumuskan dengan formula Ayurveda – sistem penyembuhan holistik dunia, yang memberi tumpuan untuk membantu menyelesaikan punca masalah.
Melangkah masuk, saya dengan serta-merta jatuh cinta dengan barisan produk dengan pembungkusannya menggunakan botol berwarna serta kotak hadiah yang dihiasi dengan seni istana tradisional, berwarna warni.
Menghadapi masalah rambut (mungkin faktor usia dan bertudung) saya memilih untuk mencuba ‘Virgin Coconut Scalp dan Hair Care Oil’
‘Virgin Coconut Scalp and Hair Caring Oil’ – menggunakan 100% minyak kelapa dara asli dan kristal kelapa dara secara semulajadi diekstrak dari sumber kelapa segar yang terbaik dari taman tropika yang subur di Ceylon. Komposisi vitamin dan sifat antioksidan dalam minyak membantu menguatkan kulit kepala dan rambut. Minyak itu begitu ringan sehingga kulit kepala tidak berasa berminyak selepas disapu dan diurut.
Untuk terapi diri, sapu dan urut kulit kepala dan rambut, selama 5- 15 minit, sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu. Hasilnya rambut tidak kering dan berpecah. Ia juga boleh digunakan setiap hari untuk gaya harian. Paling saya suka, baunya harum seperti kandi kelapa.
Tergerak hati mencuba salah satu rangkaian harumannya, saya memilih Ylang Tuberose Crème Perfume. Gabungan ylang-ylang dan minyak tuberose menjadikan ia satu wangian bunga yang sangat eksotik.
Minyak wangi Ylang Tuberose Creme adalah 100% minyak semula jadi dari ylang-ylang dan tuberose dan bebas alkohol. Minyak wangi ini sesuai dipakai setiap waktu, berbentuk krim yang hanya perlu di gosok dengan jari dan disapu pada titik nadi. Bau wanginya semerbak sepanjang hari.
Pada kadar yang berpatutan supaya semua dapat menikmati manfaat formula Ayurveda, teruskan ke salah satu cawangan Spa Ceylon dan nikmati pelbagai jenis produk dari RM33 untuk produk individu hingga RM400 untuk set hadiah. Selamat mencuba.