FESYEN

Runway Stage di Malaysia

Perkembangan fesyen di Malaysia mengalami satu revolusi yang baru. Pereka tempatan hari ini sudah mula mengorak langkah lebih ke depan dengan mengadakan pertunjukan fesyen yang lengkap dengan pentas diolah dengan gah agar efeknya lebih meninggalkan kesan kepada tetamu.

Jika di lapangan fesyen global sudah tentu kita sudah biasa melihat pentas yang hebat seperti di Chanel misalnya. Mendiang Karl Kagerfeld sewaktu hayatnya seringkali mengubah Grand Palais 360 darjah mengikut tema dan inspirasi berbeza bagi setiap koleksi yang dipersembahkan.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Katakan apa sahaja, hutan, laut, mahupun supermarket, semuanya sudah dihasilkan oleh pereka ini agar pertunjukan fesyen Chanel lebih memukau. Maka tidak hairanlah pada setiap pertunjukan rumah fesyen ini, ia sentiasa menjadi bualan hangat seluruh warga fesyen terutamanya buat tetamu yang hadir mahupun yang menonton secara live dan melalui Youtube.

Satu perkembangan yang positif apabila hari ini beberapa pereka tempatan melangsungkan pertunjukan fesyen lebaran dengan all out. Fiziwoo misalnya menjadikan set pentas ibarat stesen kereta api lama lengkap dengan gerabak dan kereta apinya sekali. Nah semua terkesima kagum melihatnya. Begitu juga dengan Rizalman Ibrahim yang sentiasa hadir dengan elemen kejutan, dari India hinggalah ke Royal British Aristokrat, jelas beliau mahu menyampaikan bahawa dia adalah Raja Fesyen di Malaysia. Untuk persembahan fesyen edisi lebaran tahun depan yang bertema Kesuma Jiwa, dikatakan pereka ini berani mengeluarkan belanja yang lebih besar, dianggarkan berhabis lebih satu juta dan dikhabarkan ia kalobrasi terakhirnya bersama Zalora. Rizalman juga mencipta sejarah apabila berjaya menjual kesemua tiket pertunjukan fesyennya dalam masa 15 minit. Tak sabar menonton Kesuma Jiwa di Istana Budaya 20.02.2020 nanti. Saya sudah mendapatkan tiket, mahu menyaksikan bagaimana hebatnya kolaborasi Rizalman dengan Dayang NurFaizah sebagai muse.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”10679″][thb_gap height=”40″]

Related posts

Lokasi Minggu Fesyen Dunia Lengang…

admin

Sun Li Brand Ambassador Maison Valentino For Greater China

adminwm

FIRST-EVER MELINDA LOOI CONCEPT STORE

adminwm

Leave a Comment