FESYEN

Trend Fesyen Bakal Hot 2020!

[vc_row][vc_column][vc_column_text]Minggu fesyen musim bunga dan panas sudah berakhir. Sudah tentu empat kota utama New York, London, Milan dan Paris menjadi tumpuan warga fesyen seterusnya trend-trend 2020 diramal sebagai kunci utama untuk anda bergelar fesyenista.

Suit Up

Dari Ralph Lauren hinggalah ke Louis Vuiton mahupun Le Smoking di Saint Laurent, helaian sut tidak menunjukkan tanda-tanda akan berakhir, daripada gaya maskulin hinggalah feminin, gaya sut ini menjadi lambang wanita yang perkasa.

Bermuda

Bermuda adalah ‘skirt’ baru buat wanita, dipadankan bersama sut ibarat memberi satu nafas baru untuk gaya yang lebih segar seperti di pentas Max Mara dan Givenchy.[/vc_column_text][thb_gap height=”40″][vc_media_grid grid_id=”vc_gid:1573017432745-158e12db-eb79-3″ include=”10685,10686,10688″][thb_gap height=”40″][vc_column_text]

Colour Clash

Warna-warna terang seperti hijau neon bukan lagi trend terbaru, tetapi nada daring ini akan terus mempelopori arena fesyen pada masa akan datang. Pier Paolo misalnya tahu bagaimana membuat ramuan istemewa agar wanita di Valentino berani bergaya dengan warna-warna girang

Polka Dots

Dikatakan antara print yang paling banyak dilihat dirunway pada musim akan datang, daripada seluar panjang seperti pentas Marc Jacobs atau bergaya lebih ekstrem seperti di Balenciaga.[/vc_column_text][thb_gap height=”40″][vc_media_grid grid_id=”vc_gid:1573018578199-b6630c44-924f-3″ include=”10692,10693,10694″][thb_gap height=”40″][vc_column_text]

Aristokrat

Saya sebenarnya suka melihat helaian wanita Aristokrat kini sudah mula dimodenkan, pereka semakin tahu bagaimana mengubah siluet yang avant garde buat wanita hari ini agar gaya mewah ini seiring peredaran zaman serta praktikal untuk dipakai seharian. Ilham ini sebenarnya sudah dikeluarkan Rizalman pada koleksi raya Zalora 2019, tetapi gaya ini boleh dilihat di pentas seperti Zimmermann, Etro mahupun Dries Van Noten

Jeans Retro

Trend denim mungkin tidak akan pernah berakhir tetapi jeans retro ternyata akan hidup semula ditahun 2020 nanti. Stella Mccartney, Gucci dan Versace antara runway yang menyajikan retro jeans buat pelanggan wanitanya.[/vc_column_text][thb_gap height=”40″][vc_media_grid grid_id=”vc_gid:1573018729352-3b88b759-9ed7-7″ include=”10689,10690,10691″][thb_gap height=”40″][/vc_column][/vc_row]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button