AGAMA

Fadilat-Fadilat Maulid Sayyidina Maulana Nabi ﷺ

  1. Telah berkata Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq رضي الله تعالى عنه, “Sesiapa yang menafkahkan satu dirham (wang perak) bagi menggalakkan bacaan maulid Sayyidina Maulana Nabi ﷺ, maka dia akan menjadi temanku di syurga.”

 

  1. Telah berkata Sayyidina Umar رضي الله تعالى عنه, “Sesiapa yang mentakzimkan (memuliakan) majlis maulid Sayyidina Maulana Nabi ﷺ, maka sesungguhnya dia telah menghidupkan Islam.”

 

  1. Telah berkata Sayyidina Usman رضي الله تعالى عنه, “Sesiapa yang menafkahkan satu dirham untuk majlis membaca maulid Sayyidina Maulana Nabi ﷺ, maka seolah-olah dia menyaksikan peperangan Badar dan Hunain.”

 

  1. Telah berkata Sayyidina Ali رضي الله تعالى عنه, “Sesiapa yang mentakzimkan majlis maulid Sayyidina Maulana Nabi ﷺ dan kerananya diadakan majlis membaca maulid, maka dia tidak akan keluar dari dunia melainkan dengan keimanan dan akan masuk ke dalam syurga tanpa hisab.”

 

  1. Telah berkata Hadrat Hasan al-Basri رحمه الله تعالى, “Aku suka sekiranya aku mempunyai emas setinggi gunung Uhud, maka aku akan membelanjakannya untuk membaca maulid Sayyidina Maulana Nabi ﷺ.”

 

  1. Telah berkata Hadrat Junaid al-Baghdadi رحمه الله تعالى, “Sesiapa yang menghadiri majlis maulid Sayyidina Maulana Nabi ﷺ dan mentakzimkan kedudukannya, maka sesungguhnya dia telah mencapai kejayaan iman.”

 

  1. Telah berkata Syeikh Makruf al-Karkhi رحمه الله تعالى, “Sesiapa yang menyediakan makanan sempena majlis membaca maulid Sayyidina Maulana Nabi ﷺ, mengumpulkan saudaranya, menyalakan lampu, memakai pakaian yang baru, membakar gaharu dan memakai wangi-wangian kerana mentakzimkan kelahiran sidna Nabi ﷺ, nescaya ALLAH akan mengumpulkannya pada hari kiamat bersama kumpulan yang pertama di kalangan nabi-nabi dan adalah dia berada di syurga yang tertinggi (Illiyyin).”

 

  1. Telah berkata Imam Fakhruddin ar-Razi رحمه الله تعالى, “Tidaklah seseorang yang membaca maulid Sayyidina Maulana Nabi ﷺ ke atas garam atau gandum atau makanan yang lain, melainkan akan zahir keberkatan padanya, dan setiap sesuatu yang sampai kepadanya (dimasuki) dari makanan tersebut, maka makanan tersebut akan bergoncang dan tidak akan berhenti bergoncang sehinggalah ALLAH سبحانه وتعالى mengampunkan orang yang memakannya.”
  • “Sekiranya dibacakan maulid Sayyidina Maulana Nabi ﷺ ke atas air, maka orang yang meminum seteguk air tersebut akan masuk ke dalam hatinya seribu cahaya dan rahmat, akan keluar daripadanya seribu sifat dengki, penyakit dan tidak mati hati tersebut pada hari dimatikan hati-hati.”
  • “Sesiapa yang membaca maulid Sayyidina Maulana Nabi ﷺ pada suatu dinar atau dirham dan dicampurkan dinar atau dirham tersebut dengan yang lainnya, maka akan jatuh ke atas dinar atau dirham tersebut keberkatan, pemiliknya tidak akan fakir dan tidak akan kosong tangannya dengan keberkatan sidna Nabi ﷺ.”

 

  1. Telah berkata Imam asy-Syafiʿi رحمه الله تعالى, “Sesiapa yang menghimpunkan saudaranya (sesama Islam) untuk mengadakan majlis maulid Sayyidina Maulana Nabi ﷺ, menyediakan makanan dan tempat serta melakukan kebaikan, dan dia menjadi sebab dibaca maulid Sayyidina Maulana Nabi ﷺ itu, maka dia akan dibangkitkan oleh ALLAH سبحانه وتعالى pada hari kiamat bersama ahli siddiqin, syuhada dan solihin serta berada di dalam syurga Naim.”

 

  1. Telah berkata Hadrat Sirri Saqti رحمه الله تعالى, “Sesiapa yang pergi ke suatu tempat yang dibacakan di dalamnya maulid Sayyidina Maulana Nabi ﷺ, maka sesungguhnya dia telah pergi ke satu taman dari taman-taman syurga, kerana tidaklah dia menuju ke tempat-tempat tersebut melainkan lantaran kerana kasihnya kepada Sidna Nabi ﷺ. Sesungguhnya sidna Rasulullah ﷺ telah bersabda, “Sesiapa yang mengasihiku, maka dia akan bersamaku di dalam syurga”.”

Related posts

Bila Nak Kahwin, Siapa Jodoh Kamu?

admin

SEKUFU DALAM PERKAHWINAN

adminwm

Apakah Hukumnya Mengunyah 40 Kali dan Menjilat Jari Selepas Makan?

adminwm

Leave a Comment