Warna kulit:
Rasulullah saw dikatakan berkulit putih dan juga putih kemerahan. Abu Hurairah berkata: Rasulullah saw berkulit putih seolah olah terbentuk daripada perak.
Rupa paras:
Dikatakan bahawa Rasulullah saw seorang yang tampan.. sederhana fizikalnya dan menarik perhatian.
Mata:
Dikatakan bahawa Rasulullah saw mempunyai mata yang jelas putihnya dan hitamnya. Di samping itu matanya lebar di mana belahan matanya panjang. Dikatakan alisnya nipis dan lentik serta keningnya bersambung. Baginda saw banyak memandang ke bawah.. menunduk kepala dan menatap bumi lebih lama dari memandang langit.
Rambut:
Rasulullah saw mempunyai rambut yang lebat dan dibelah dua serta menyelusur ke belakang sampai ke bahunya di mana sifat rambutnya ikal mayang. Menurut Anas bin Malik ra rambut Baginda saw tidak kerinting dan tidak lurus.
Dahi:
Dikatakan Rasulullah saw mempunyai dahi yang luas menunjukkan watak kecerdikan dan pemikir yang unggul.
Wajah:
Dikatakan muka Rasulullah saw yang bersifat bulat dan penuh. Tidak cengkung atau tembam dan raut wajahnya seolah olah memikirkan sesuatu dan banyak berdiam. Apa yang dikiaskan oleh Hindun bahawa wajah baginda saw cerah berseri bagaikan rembulan yang bersinar pada malam hari.
Mulut:
Mengikut riwayat Jabir bin Samurah ra bahawa Rasulullah saw mempunyai mulut yang lebar. Bila ditanya kepada Sammak maksud mulut lebar.. jawabnya: Bentuk mulutnya besar.. seimbang dengan bentuk wajahnya.
Gigi:
Putih berseri dan bersifat jarang di hadapan serta sentiasa bersugi.
Suara:
Dikatakan bahawa Rasulullah saw mempunyai suara yang serak basah dan percakapannya mudah difahami.
Leher:
Dikatakan Rasulullah saw mempunyai leher yang jenjang. Daripada pangkal leher sampai ke pusat bulu yang tebal tumbuh seperti garisan.
Tubuh badan:
Dikatakan dadanya bidang dan sama tinggi dengan perutnya yang melambangkan tidak buncit. Badannya tidak terlalu berbulu kecuali segaris bulu halus dari dada ke pusat.
Tanda khatamul nubuwah:
Di antara dua tulang belikatnya ada tanda kenabian sebesar telur merpati.
Anggota tangan dan kaki:
Kedua dua ruas tulang tangannya panjang.. telapak kakinya lebar. Kedua dua telapak tangan dan kakinya terasa tebal.. jari jarinya panjang.. lekukan telapak kakinya (bahagian tengah) tidak menyentuh tanah. Kedua dua kakinya halus sehingga air tidak melekat di kulit kakinya.
Peluh:
Peluh baginda saw dikatakan lebih wangi daripada kasturi.
Cara berjalan:
Apabila Rasulullah saw berjalan.. kakinya diangkat dengan kesungguhan. Baginda melangkah dengan mantap dan berjalan dengan tenang serta tawaduk. Jika baginda berjalan.. pergerakannya cepat seolah olah Nabi saw sedang turun ke tempat yang rendah.
Di akhirat nanti.. setiap orang beriman yang berselawat akan berpeluang untuk melihat dan berdekatan Rasulullah saw.. ia tidak terhad kepada yang menerima syafaat saja.
Oleh itu.. sama samalah kita berusaha memperbanyakkan ibadah kepada Allah swt serta berselawat dan menyantuni segala ajaran baginda saw agar dapat tergolong dalam kalangan orang yang beriman.