Joan: Who’s doing your gown?
Gerry: My gown? I hadn’t really thought about my gown.
Joan: Well, of course, you have many fine options out there in New York. But you want to be fitted here the day off. May i suggest Edith Head? Really, there is no one better, dear. I could speak to her for you and then, if you like i could personally help you select your jewels.
Gerry: That is awfully generous of you Miss Crawford, really, but i think i’m gonna try and keep it simple.
Joan: Don’t forget Gerry, you’re representing Hollywood. I mean, this broadcast (Academy Awards) will be seen all over the world. People depend on us, to brighten their ordinary lives with a little glamour.
Panjang perbualannya. Patut saya terjemah? Nope. Saya mahu anda fahami babak lakonan semula tersebut; pelakon legenda paling cantik, paling bergaya pernah dilihat di Hollywood, Joan Crawford (dimainkan oleh Jessica Lange) menelefon Geraldine Page (Sarah Paulson), pelakon muda yang tercalon dalam kategori Best Actress di Oscar (1963) atas tujuan mahu mewakili Page ke pentas jika dia memenangi pencalonan tersebut (tonton lebih lanjut dalam Feud: Bette and Joan).
Subjeknya di sini bukan Geraldine Page, bukan juga Joan Crawford yang sensasi, sebaliknya seperti yang disebut Joan di atas, Edith Head. Dan hakikat yang mana bintang besar seperti Joan mencadangkan Edith Head kepada Page untuk membuat pakaiannya cukup memberi alasan kuat, kenapa Head dianggap sebagai pereka yang mengubah sisi glamor dunia perfileman Hollywood.
Lakaran Edith Head untuk Joan Crawford
Edith Head, pereka kostum luar biasa, lahir pada 1897, membuat rekaan kostum untuk beratus filem dan dipakai barisan nama besar di Hollywood termasuk Audrey Hepburn, Grace Kelly, Sophia Loren, Elizabeth Taylor, Marlene Dietrich, juga Crawford antara lain. Selama lebih 50 tahun kerjayanya, Head mendapat 35 pencalonan di Academy Awards, dan menerima lapan daripadanya.
Sewaktu kanak-kanak, Head suka memakaikan haiwan peliharaan dan anak patungnya dengan jahitan kain perca. Pernah dia berkata, sebagai galakan kepada diri sendiri, “Anyone who can dress a horn toad can dress anything.” Dia juga belajar bahasa Sepanyol, kemahiran yang terbukti berguna sepanjang kariernya.
Di usia remaja, Head dan ibunya menetap di Los Angeles. Di situ dia menerima ijazah sarjana muda dari Universiti Berkeley dan ijazah sarjana dalam bahasa Romania di Universiti Standford. Meletakkan kemahiran berbahasa asing sebagai aset utama, Head memperoleh jawatan mengajar subjek bahasa dan melukis di sekolah tinggi Los Angeles. Pada petang, dia mengambil kelas lukisan di Otis Art Institute dan Chouinard Art Institute. Pada 1923 atau sekitar 1924, Head memohon jawatan pelukis kostum, bekerja di bawah Howard Greer di Famous Players-Lasky Studio (kini Paramount). Tidak yakin dengan kebolehannya, dia ‘meminjam’ lakaran daripada rakan sekelas di Chouinard untuk dibawa menghadiri interview. Walaupun Head mengaku menipu, Greer tetap mengambil bekerja, sebahagiannya Head percaya kerana kemahiran bertutur dalam bahasa asing.
Edith Head dan Grace Kelly melihat lautan lakaran fesyen. Head membuat kostum untuk Kelly dalam filem Rear Window 1954
Di Famous Players-Lasky, Head bekerja sebagai pereka kostum untuk pelakon tambahan. Pada 1938, apabila Travis Banton meninggalkan posisi sebagai pereka utama, Head yang waktu itu bergelar pembantu dipilih mengisi jawatan tersebut. Pada 1940-an dan 50-an, dia memiliki 300 pelukis kostum, pekerja tekstil, tukang potong dan penyiap pakaian, bekerja di bawahnya untuk menghasilkan pelbagai reka bentuk kostum. Pekerjanya banyak, bertepatan dengan bajet besar yang dikhaskan untuk penghasilan kostum untuk filem-filem besar zaman itu. Head mereka kostum berdasarkan naluri dan tanggapannya tentang apa yang dimahukan industri perfileman, juga kecekapan dan kehalusan seni yang dimiliki. Dia cuba menonjolkan ciri-ciri terbaik tubuh setiap aktres yang menyarung rekaannya, dalam masa sama mengambil kira karakter yang dimainkan. Skil itu juga membolehkan dia mendapat peranan sebagai pengulas yang dipercayai; kerap ditemuramah berkaitan fesyen dan namanya digunakan untuk mempromosi kasut, sarung kaki juga koleksi pakaian siap pakai.
Salah satu aspek yang menggembirakan tentang kostum terletak pada kekuatan transformatif. Head salah seorang penentu fesyen kepada transformasi karakter wanita di layar perak; menukar watak (wanita) yang nampak pelik dengan pakaian yang ill-fitting kepada individu yang membawa diri dengan berkeyakinan, seperti Olivia de Havilland dalam The Heiress (1949), juga mereka gaun indah yang menjadi igauan seperti gaun tisu emas dan sifon beralun lembut dalam filem To Catch a Thief (1955).
Head seronok berkerjasama dan menentukan perincian kostum dengan pelakonnya, namun tidak dia membenarkan rekaannya diubah. Banyak ciptaannya yang bukan saja sesuai dengan karakter dan jalan cerita, tetapi juga membuatkan aktres yang menyarung kelihatan teramat cantik. Menjelang abad ke-20, permintaan terhadap kostum yang meticulous, yang elegan dan sophisticated semakin berkurangan. Head terus berkarya, tetap membuat rekaan untuk karakter-karakter filem dan menganjurkan pertunjukan fesyen yang menayangkan koleksi kostumnya, juga memberi nasihat fesyen kepada rakyat Amerika.
Grace Kelly untuk gambar promosi filem Hitchock’s To Catch a Thief, 1955. Gaun rekaan Edith Head
Sebagai ketua bahagian reka bentuk, pengalaman dan tanggungjawab industrinya sangat besar, dan dia bertanggungjawab memberi kata akhir dalam apa saja persetujuan dan rancangan. Head merupakan pereka kostum yang dipandang seperti seorang selebriti, dan dia menjaga pesona diri sebagai pakar reka bentuk yang mahir dan miliki kedudukan profesional yang tinggi, yang sentiasa tergugat sepanjang kariernya. Pun begitu, reka bentuk adalah satu usaha berkumpulan. Ada kes yang mana rakan sekerjanya merasakan dia gagal mengiktiraf atau memberi kredit terhadap kakitangan wardrobe yang sama bekerja dengannya – atau mengiktiraf hasil kerja pereka lain.
Rekaan yang dia cipta, juga yang dia reka semula daripada karya asal, berterusan memberi kejutan kepada industri perfileman dan fesyen. Dia sering menyatakan, kostum yang dihasilkan dengan baik dengan sendirinya boleh menyampaikan jalan cerita, boleh berbicara dengan penonton. Paling penting, kostum-kostum ini mengingatkan kita bahawa pakaian boleh bertindak sebagai potensi untuk kemungkinan yang luar biasa (rekaan yang selamanya menjadi inspirasi kepada rekaan baru), bukan hanya satu lapisan kain yang kita pertonton kepada dunia.
Edith Head meninggal dunia pada 1981, selepas menyiapkan kostum untuk Dead Men Don’t Wear Plaid, parodi Steve Martin daripada filem noir klasik.