COVER STORY

DATO’ SHAKE

PULANGLAH..

Tunggu di Zepp KL 16 Disember

Dato’ Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad, 73, lebih dikenali Dato’ Shake, (saya masuk dulu ke websitenya);The anthology 1976-1993. A true world icon with 60 million records sold. For the first time, 44 songs from 1976 to1983 have been remastered from the original soundtrack! An unprecedented event that will delight its countless admirers! Dato’s Shake is an essential singing story in your music library.’

Penerangan ini sahaja sudah cukup memberitahu betapa hebatnya beliau dalam industri ini, dan mencapai jumlah 60 juta rekod terjual, bukan calang-calang orang boleh mendapatkannya. Bangga anak Melayu kelahiran Johor ini berjaya menembusi pasaran dunia, yang sehingga kini pun belum ada seorang pun di Malaysia boleh kita namakan berjaya ke tahap ini. 

Flashback, bagaimana saya mengenali Shake secara pribadi?  Semesti sebagai orang majalah saya tidak mahu terlepas peluang menghadirkan diri…saat beliau kembali ke tanah air setelah bertahun-tahun merantau di bumi orang putih. Secara peribadi saya peminatnya, pasti tidak mahu melepaskan peluang hadir di sidang akhbar. Hem bagi menarik perhatiannya, saya ingat saya melontarkan pelbagai soalan, lantas saya disapa secara pribadi setelah tamat majlis, dan sejak itulah kami berkawan.
Jujur saya kata, berpuluh-puluh tahun dalam dunia kewartawanan hanyalah seorang insan sahaja yakni Dato’ Shake yang nomber telefon peribadinya saya perolehi dan tidak perlu melalui PA atau siapa sahaja sekiranya mahu bercakap atau menemuramah. Upp selebriti kita, oh ya kena call PA dulu, kena itu kena ini, barulah dapat merancang shooting dan sesi temuramah.) Untuk saya ceritakan, bagi seorang yang bertaraf world class, insan bernama Shake ini tidak sombong, tidak menyusahkan ketika shooting dan sebagainya… tidak mengecewakan seperti bertukar tarikh dan sebagainya. Ya dia meletakkan standard antarabangsa tapi mudah diuruskan dan satu lagi saya kagum dengan anak Melayu ini kerana kekal tidak pelat bila bercakap Melayu,dan tulis BM pun sedap dibaca.

Dan sesekali, sehingga kini Dato’ Shake akan menghubungi, bersembang santai tentang apa saja atau sesekali beliau akan menghantar kata-kata Mutiara daripada tokoh-tokoh Islam terkenal, mahupun pelbagai doa untuk amalan harian. Begitulah bila Dato dan isteri Datin Milena Shake pulang ke tanahair, bila berkesempatan kami bertemu santai, makan-makan. Pasangan sejoli ini saya lihat daripada muda dan sehingga kini, sungguh keduanya tidak dapat dipisahkan, they both need each other. Dan saya dapat rasakan keteguhan cinta keduanya… saya juga berkesempatan mengenali dua anak lelakinya, Nicolas Shake dan Amaro Shake, bila keduanya turut serta dalam sesi pulang ke tanah air beberapa tahun yang lalu.

Dato’ Shake akan pulang ke tanah air lagi. Pulangnya membawa cerita gembira… ya sebelum ini, 2020, memang sudah dirancang, tetapi dunia terhenti akibat pandemik, maka rancangan asal untuk konsertnya pun terhalang. Dan kini tiada lagi halangan untuk beliau kembali memenuhi hajat dan janjinya bertemu semua peminatnya dalam konsert Dato’ Shake Live at Zepp KL 16 December 2023- 8pm. “It’s so good to be back in Kuala Lumpur, I cannot wait for my big day at Zepp KL which is a state-of-the art concert hall.”

Sedikit mengenai yang bakal anda saksikan, konsert ini akan mempamerkan perjalanan menakjubkan penerokaan kronologi kerjanya muzik Shake. Semua repertoire terbaik dalam kerjaya muzik Shake akan dipersembahkan, iaitu lagu-lagu Melayu dan Perancis yang terkenal dan tidak dapat dilupakan, yang merupakan koleksi malar hijau kegemaran ramai rakyat Malaysia dan luar negara. InTour Live Events menyifatkan Konsert Dato’ Shake Zepp KL sebagai destinasi buat peminat kembali mengembara masuk ke masa silam dengan karya-karya hit Dato’ Shake yang sudah menjadi siulan sejak era 70-an, 8-an dan 90-an.

“Dato’ Shake pulang dengan menggamit nostalgia menerusi lagi-lagu Melayunya malah akan terpesona dengan genre pop dan Inggeris yang menjadikan beliau penghibur yang disegani,” Bonor Seen wakil penganjur, InTour Live Events.

Ikuti sambungan cerita Dato’ Shake di mana beliau sendiri menjawabnya secara bertulis, what a blessing, hanya dalam masa sejam soalan dihantar saya sudah mendapat jawapan.  

Sementara menanti the big day… ceritakan tentang persediaan yang dibuat.

Ya  persembahan Konsert di Zepp KL pada 16/12/2023. Untuk persembahan ini saya sudah lama membuat pilihan lagu-lagu. Ia satu persediaan yang mengambil masa yang banyak dan teliti kerana memikirkan  jangan ada yang bosan saat saya menyanyi.  Ini adalah pekerjaan saya sebagai frontMan. Saya mengambil masa mendengar dan membelek album-album lama dan baru berulang-ulang kali sambil memikirkan arrangement yang sesuai dengan peredaran zaman. 

Jadi saya mesti sentiasa alert about my craft. Kerana masa membuat rakaman kebanyakan lagu-lagu saya dari awal sampai akhir, sampai habis semua mixing, and production sampai ke mastering saya mesti ada. Bila rehearsal saya tahu what the musicians got to play and how to guide them. Namun kadang-kadang saya ‘give and take’ kalau musicians ada idea atau cadangan. Untuk mutu, mengapa tidak … kami bekerja membawa spirit fund and joy. We loved what we were doing

Describe your performance style

Saya tahu what is my quality dalam persembahan daripada pengalaman banyak kali membuat persembahan. Kita belajar daripada setiap kesilapan dan menyimpannya untuk dijadikan rujukan.

Sama juga dengan musicians, mereka juga membuat persediaan for their musical playing and sound. Kalau saya terus menyebutnya nanti macam memuji diri sendiri. Nanti bila saya di atas pentas awak boleh describe what is my style kan

Bagaimana Shake memastikan suara sentiasa segar sihat?

Saya sentiasa menyanyi bagi menjaga suara. Saya jaga makan, jaga kesihatan dan stamina dengan coach di jimnasium dan latihan  juga dengan vokal coach bagi membetulkan kesilapan teknik, ia adalah ‘learning process each time. Yes must stay focus.’ 

How do you stay motivated when practising and performing?

Bila you love your job you kena sentiasa ready! Kerana bila dah buat homework terlebih dulu dan bersiap sedia, membuat diri lebih motivate. Saya percaya jikalau diri sudah bersedia kita tidak perlu bimbang dan ready to take the stage.

Pertunjukan yang Shake tidak boleh lupakan?

Saya buat Road Tour pertama di Malaysia pada 1984 bersama musicians saya dari France. Ia di stadium-stadium dan bandar-badar besar di Semananjung, Sabah, Sarawak dan Brunei Pada pertunjukan pertama di Stadium Negara lebih 20 ribu peminat pelbagai bangsa bernyanyi bersama-sama saya dan yang mengagumkan bila peminat menyanyi dalam bahasa Perancis lagu-lagu saya. Masa tu  wakil dari kedutaan Perancis  terperanjat!. Dan banyak lagi show dan konsert yang tidak boleh dilupai. Ya… tunggu saya nanti. Cepat book saya, jangan terlepas tiket terhad.. Jom ke Zepp, KL.

How do you energise your audience? I think they will energise themselves, I need to feel their enthusiasm to get myself pumped up ! This is part of the show. Public support is important to the artists. That’s how it works. My Musicians tahu rehearsal dan atas pentas totally different feeling. Kita kena ready for it dan mestilah sedap apabila peminat bersemangat kan!

Beritahu kami tentang ahli muzik dari France yang akan mengiringi Dato nanti?

They’re professional Musicians readers, very humble guys. Discipline, they get along with my Malaysian musicians. It will be a Franco- Malaysian band. They want to learn from each other, plus they love playing for me. Dan suka Malaysia. 

What’s your opinion about 90s music?

I loved 90’s music and many hit songs. Too bad, I don’t follow up with our 90’s Malay songs. Unfortunately! Masa tu saya di Los Angeles California USA. Working with American producers merakamkan banyak lagu-lagu Inggeris. Now you can go to Spotify and go to Dato Shake volume 1 / volume 2 / volume 3 . Anda boleh mendengar lagu produksi dari USA saya. Kebanyakannya dirakamkan pada tahun 90-an. 

How do you think social media has changed the music industry?

Totally change the Industry. Dulu lain. I wish masa saya awal-awal nyanyi, ada social media. My time is so unfortunate, kami kena tipu dengan recording company and Privacy -,Cetak Rompak. Mereka yang buat duit, kita jadi hamba. Dia orang masih buat duit daripada recycle music kami. Malangnya, these days they monopolise  our career. Generasi baru sekarang bijak, they are controlling their own career with social media support. Selling record I doubt ! Making money from different methods by using social media platforms. Kan. Ya, ada Good and bad. But that’s the trend. 

Tell us about your life in Paris, city of love and fashion.

I always loved Paris. Masa saya famous tahun 1976 Paris berbeza. Sekarang sudah banyak berubah. Traffic dan masyarakat sudah ramai. Tapi the city of love, light and fashion is still happening

Saya dan Datin lebih banyak menghabiskan masa dengan anak-anak dan cucu-cucu. Kami senang dengan empat musim yang berubah. Datin suka shopping. Saya suka tengok sport events, kerana team France ada yang hebat-hebat. Saya suka Rugby, kini World Cup di France. Hidup kami biasa-biasa je! Banyak tanggungjawab ayah dan suami. 

What is one message that you would like to give to your fan in Malaysia?

Terima kasih kerana masih lagi bersama meminati saya daripada mula sampai sekarang. Ada lagi faithful fans di social media. Jangan lupa kita ada date bersama di Zepp KL 16 December 2023. Let’s celebrate the end of the year di Zepp ok. Kita bertemu lagi InshaAllah. Be healthy with success, happiness and love. Semoga Allah mempermudahkan segala-gala urusan. InshaAllah wassalam selamat sejahtera kapada semua. Wassalam 

Related posts

Datin Saadiah Abdul Rashad Secantik Primadona Filem Melayu Lama

admin

Ziana Zain Start Fresh, Think Big

admin

HALIMA ADEN

adminwm

Leave a Comment