AGAMA

PERCERAIAN FAST TRACK

Tiga tahun sudah berlalu tetapi Suhana masih digantung tidak bertali. Usianya semakin meningkat dan berharap sangat untuk dilepaskan supaya dia dapat membina hidup baru. Jika sudah meniti angka empat, dia takut dia tidak mampu beroleh zuriat. Namun suami masih enggan menjatuhkan talak, sedangkan dia di sana sudah lama berkahwin. “Kejam lelaki ini, apa masalah kamu tidak mahu menceraikan aku? Kalau sudah benci aku, dan muak tengok muka aku, ceraikan saja aku. Kamu kata alasan kamu berkahwin kerana aku mandul, tetapi kenapa setelah tiga tahun kamu berkahwin kamu tidak pun mendapat anak?” katanya di hati.

Mengapa proses perceraian mengambil masa yang lama? Ada yang bertahun baru selesai. Situasi sebegini sebenarnya memberi beban emosi kepada isteri terutamanya. Bila suami enggan lepaskan, dan isteri sudah tawar hati dan tidak mahu lagi hidup bersama, apa caranya untuk mendapatkan perceraian sesegeranya.

Fast Track Mudahkan Proses Perceraian Ambil Masa Hanya Enam Jam

Perwujudan proses kerja kes cerai secara ‘fast track’ yang diperkenalkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) pada 2015 bukan proses yang diwujudkan semata-mata untuk menyelesaikan kes cerai dengan sewenang-wenangnya. Bermakna pemohon juga perlu melalui langkah-langkah sewajarnya dalam memenuhi prosedur cerai fast track ini.

“Sebelum ini pasangan suami isteri yang datang ke mahkamah untuk memfailkan kes cerai, mereka akan berjumpa dengan Pegawai Runding Cara Keluarga di unit Undang-undang Keluarga, Pejabat Agama Islam Daerah. Di situ mereka mencari jalan penyelesaian konflik dalam rumah tangga mereka.”

“KES AKAN DIFAILKAN DI MAHKAMAH SYARIAH APABILA SEMUA USAHA MELALUI RUNDINGCARA GAGAL. BERMAKNA PERKAHWINAN ITU TAK DAPAT LAGI DISELAMATKAN.”

Cerai Fast Track Selesaikan Aduan Pelanggan 

Dengan itu tujuan diwujudkan kerja kes cerai secara fast track ini bertujuan menyelesaikan aduan dan rungutan pelanggan di Mahkamah Syariah Selangor yang didakwa mengambil masa terlalu lama untuk selesaikan kes-kes cerai di negeri Selangor. Ini adalah satu prosedur operasi standard yang dibangunkan oleh JAKESS untuk kurangkan kerenah birokrasi dalam pengendalian kes-kes cerai yang difailkan atas persetujuan bersama suami isteri. Sedangkan prosedur sebelumnya mengambil masa sehingga 90 hari untuk diselesaikan.

Syarat Pelaksanaan Cerai Fast Track

Dokumen telah lengkap
Suami isteri hadir di mahkamah
Wujud persetujuan antara suami isteri untuk bercerai secara baik dan harmoni.
Isteri dalam keadaan suci dan tidak berlaku persetubuhan dalam tempoh suci tersebut
Mahkamah berpuas hati bahawa telah berlaku pecah belah (shiqaq) dalam perkahwinan yang tidak dapat dipulihkan

Langkah Untuk Para Suami ‘Bebaskan’ Isteri Secara Baik

Prosedur ini dilihat telah menggalakkan para suami yang melalui perkahwinan yang berpecah-belah, menceraikan isteri mereka secara baik. Selaras dengan Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 229 yang bermaksud, “Talaq (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali, sesudah itu boleh lah ia (ruju’ dan) dipegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau dilepaskan (diceraikannya) dengan cara yang sepatutnya atau dilepaskan (diceraikannya) dengan cara yang baik.”
Secara tak langsung, ia juga dapat mengurangkan masalah wanita yang mendakwa diri mereka telah ‘digantung tak bertali’.

Ramai yang pernah menempuhinya terpaksa hadap kes ini berbulan-bulan malah bertahun-tahun lamanya.

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah memperkenalkan kaedah proses perceraian secara ‘fast track’. Melalui proses ini, pasangan yang bersetuju untuk bercerai akan diselesaikan dalam tempoh enam jam daripada masa pemfailan kes dan ia memudahkan proses dan dapat menjimatkan masa serta kos pasangan tersebut.

Bukan Cerai Sewenang-Wenangnya

Namun perlu ambil perhatian, kaedah proses perceraian ‘fast track’ yang diperkenalkan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) ini bukan untuk menyelesaikan kes cerai dengan sewenang-wenangnya.

JAKESS dalam satu kenyataan berkata, sistem diperkenalkan pada 2015 itu perlu melalui pelbagai fasa, termasuk jalan penyelesaian bagi konflik rumah tangga dihadapi setiap pasangan bermasalah.

Katanya, pemfailan kes di Mahkamah Syariah hanya dibuat selepas usaha menerusi kaedah runding cara itu gagal menyelamatkan perkahwinan pasangan terbabit.

“Pewujudan proses kerja kes cerai secara ‘fast track’ adalah untuk menyelesaikan rungutan dan aduan pelanggan Mahkamah Syariah Selangor yang mendakwa mahkamah mengambil masa terlalu lama untuk menyelesaikan kes cerai di negeri ini.

“Ia adalah satu prosedur operasi standard (SOP) dibangunkan JAKESS bagi mengurangkan kerenah birokrasi dalam pengendalian kes cerai difailkan atas persetujuan bersama suami dan isteri yang sebelum ini mengambil masa hingga 90 hari untuk diselesaikan,” katanya.

“Syarat itu ialah dokumen lengkap, suami isteri hadir di mahkamah dan wujud persetujuan antara suami isteri untuk bercerai secara baik serta harmoni.

“Selain itu, isteri dalam keadaan suci dan tidak berlaku persetubuhan dalam tempoh suci itu, dan mahkamah berpuas hati bahawa sudah berlaku pecah belah (shiqaq) dalam perkahwinan yang tidak dapat dipulihkan,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, kaedah terbabit bukanlah untuk menggalakkan masyarakat Islam bercerai sehingga menyumbang kadar kes tinggi di Selangor.

“Sebaliknya, kadar perceraian tinggi tercatat disebabkan jumlah penduduk yang ramai di Selangor berbanding negeri lain di seluruh Malaysia,” katanya.

Sumber
JAKESS

Related posts

BERSAMA ORANG JUJUR

adminwm

ZULKEADAH BULAN BEREHAT

adminwm

Adakah Free Thinker Dianggap Murtad?

adminwm

Leave a Comment