AGAMA

AKHIR DAN AWAL TAHUN

Mukaddimah : Hari ini (Selasa/18.07.23) bersamaan dg 29 Zul Hijjah 1444 H dan esok (Rabu/19.07.23) bersamaan dg 01 Muharram 1445 H.

S : Apakah amalan paling baik yg umat Islam perlu lakukan pada Akhir dan Awal Tahun ?

J : Al-Muhasabah (Re-Evaluasi atau Koreksi Diri atau Intro Speksi).

S :Bagaimana cara paling baik atau paling tepat kita Muhasabah Diri ?

J : Dengan cara memperingkat sifat KETAQWAAN kita kepada Allah.

S : Apakah makna TAQWA ?

J : Kita buat apa saja suruhan² Allah dan jauhi apa saja larangan²-Nya.

S : Adakah dalil atau petunjuk dari Al-Quran tentang panduan di atas ?

J : Betul ada. Terdapat dlm Al-Quran isyarat yang menyebut tentang perinsip tsb iaitu Surah Al-Hasyr/59 : 18. Oleh sebab itulah Ulama’ Tafsir menamakan ayat tsb dg ( أية المحاسبة ) : Ayat Muhasabah (Ayat Koreksi Diri).

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اتَّقُوا اللّٰهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍۚ وَاتَّقُوا اللّٰهَۗ اِنَّ اللّٰهَ خَبِيْرٌۢ بِمَا تَعْمَلُوْنَ

Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(Al-Hasyr / 59 : 18)

Pengajaran Ayat :

  1. Allah awali ayat Muhasabah Diri ini dg panggilan Hai Orang-Orang yang beriman.
  2. Selanjutnya Allah ikuti dg 3 (tiga) perintah :
  3. Bertaqwalah kpd Allah
  4. Muhasabah diri.
  5. Bertaqwalah kpd Allah
  6. Perintah Muhasabah disini : Hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang dia bakal bawa sebagai bekal untuk akhiratnya.
  7. Perintah kedua, yakni Muhasabah Diri diapit oleh perintah yg sama, sebelum dan sesudahnya iaitu : Bertqwalah kpd Allah.
  8. Perintah ini sangat sesuai dg firman Allah pd ayat yang lain :

( وتزودوا فان خير الزاد التقوى )
Buatlah perbekalan. Sesungguhnya bekal yang paling baik adalah Taqwa(Al-Baqarah:197 )

RINGKASAN :

  1. Sikap terbaik sempena Awal dan Akhir Tahun ialah Menilai Kembali Diri Kita Sendiri (Muhasabah)
  2. Bukan menyibukkan diri dengan membaca DOA Awal Tahun dan DOA Akhir Tahun atau amalan² tertentu. Nabi SAW tidak pernah suruh semua perkara² itu.
  3. Muhasabah yg paling tepat ialah dg pertingkat TAQWA KEPADA ALLAH Itu sebagaiman isyarat dari ayat 18 surah Al-Hasyr di atas.
  4. Imam Al-Ghazali berkata : Manusia ketika hidup di dunia bagaikan PEDAGANG. Dan pedagang tidak tahu pasti dagangannya membawa untung atau rugi kecuali dg membuat kira² atau perhitungan pd awal atau akhir tahun.
  5. Membuat perkiraan awal atau akhir tahun inilah yg disebut dengan MUHASABAH DIRI.

SEMOGA PENCERAHAN INI MEMBERI MANFAAT KEPADA KITA SEMUA.

Ditulis oleh UDAY (Ustaz Dr. Abdullah Yasin) – Hp : 012 205 6040 pada 29 Zul Hijjah 1444 / 18 Julai 2023.

Related posts

Dalil dan Sandaran Doa Awal dan Akhir Tahun

admin

MUTIARA KATA IMAM AS-SYAFIE

admin

Cinta Yang Diajar Rasulullah Dalam Islam

admin

Leave a Comment