AGAMA

Perkahwinan Menurut Islam

Binalah sebuah perkahwinan yang berlandaskan al-Quran dan syariat Islam. Tujuan perkahwinan yang dipelihara pada awalnya akan membawa kepada pembentukan keluarga sakinah, mawaddah, wa rahmah. 

Dalam agama Islam, perkahwinan itu besar tujuannya. Bukan sekadar penyatuan dua hati yang saling mencintai sahaja tetapi lebih daripada itu. Ada beberapa tujuan yang lebih baik melakukan pernikahan daripada hidup membujang.

Berkahwin untuk Ibadah

Perkahwinan itu menyempurnakan sebahagian daripada tuntutan agama. Jadi, niatkanlah perkahwinan untuk menjalankan ibadah.

Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya:

“Benarkah kalian telah berkata begini dan begitu, sungguh demi Allah, sesungguhnya akulah yang paling takut dan taqwa di antara kalian. Akan tetapi aku berpuasa dan aku berbuka, aku solat dan aku juga tidur dan aku juga mengahwini perempuan. Maka barangsiapa yang tidak menyukai sunnahku, maka ia tidak termasuk golonganku.” Riwayat Imam Bukhari.

Berkahwin untuk Memenuhi Fitrah Kemanusiaan

Islam sangat menganjurkan bagi mereka yang telah mampu untuk berkahwin, supaya segera bernikah. Nikah memenuhi fitrah kemanusiaan.

Jika naluri dalam diri tidak dipenuhi melalui jalan yang benar (iaitu perkahwinan), dikhuatiri akan membawa seseorang itu ke jalan yang sesat. Kecenderungan melakukan perbuatan yang Allah larang seperti berzina, rogol dan liwat.

Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa’i, Darimi, Ibnu Jarud, dan Baihaqi, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Wahai para pemuda! Barang siapa antara kalian berkemampuan untuk nikah, maka menikahlah, kerana nikah itu lebih menundukan pandangan, dan lebih membentengi farji (kemaluan). Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia puasa (shaum), karena shaum itu dapat membentengi dirinya.”

Berkahwin untuk Memelihara Martabat Manusia

Seperti yang disampaikan dalam hadis di atas, berkahwin membantu menghindarkan seseorang daripada perbuatan keji dan kotor yang dapat menurunkan atau merendahkan martabat dirinya.

Ikatan perkahwinan sebagai benteng kehormatan seseorang seterusnya memelihara martabat dan maruah dirinya di hadapan Allah S.W.T dan makhluk yang lain.

Berkahwin Menjemput Ketentraman Hidup

Sesiapa sahaja boleh jatuh cinta dan jatuh sayang kepada seseorang.

Hanya apabila cinta itu berlebihan membuatkan seseorang menjadi gila, stress, cemburu, kecewa ditinggalkan dan sakit hati ditolak. Lalu bagaimana mahu mendapatkan ketentraman hidup?

Sebab itu kita disuruh bersolat untuk memohon petunjuk dari Allah agar diberikan penyelesaian dan ketenteraman jiwa. Jika sudah yakin dengan pilihan hati, persediaan juga sudah mencukupi maka jangan tangguh lagi untuk berkahwin.

Berkahwin untuk Mendapatkan Keturunan

Dalam al-Quran, Allah S.W.T telah berfirman. Maksudnya: “Dan Allah menjadikan bagimu pasangan (suami atau isteri) dari jenis kamu sendiri dan menjadikan anak dan cucu daripasa pasanganmu, serta memberimu rezeki yang baik. Mengapa mereka beriman kepada yang bathul dan mengingkari nikmat Allah? Surah an Nahl -72

Bermula dengan memilih pasangan yang soleh dan solehah dan diharapkan zuriat yang lahir juga beriman, berakhlak dan ihsan sesama makhluk. Betapa pentingnya membentuk generasi yang beriman dan berkualiti supaya syariat Islam dapat ditegakkan.

Berkahwin untuk Hubungan Silaturrahim Kekeluargaan

Tidak mungkin selepas berkahwin, kita hanya berhadapan dengan pasangan kita seorang. Pasti kita akan berkenalan dengan keluarganya, saudaranya sehingga ke sepupu-sepupu yang masih memiliki hubungan darah dengan pasangan kita.

Jadi, sekadar ingatan, bernikah bukan hanya menyatukan dua karakter pasangan yang berbeza tetapi juga menyatukan karakter, budaya, adat dan pemikiran kedua keluarga.

Sumber Jakim

Related posts

Adab Selepas Pernikahan

adminwm

Musibah, Sabar dan Syukur

admin

Musibah Bukan Bahan Gurauan

admin

Leave a Comment