AGAMA

Bertunang

Bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Soalan: Ustaz apakah syarat-syarat pertunangan di dalam Islam? 

Jawapan:

Dalam Islam apa saja urusan ada adab dan peraturannya, jika tanpa pengetahuan walinya wanita tadi belum sah menjadi tunang orang dan orang lain boleh masuk meminang melalui walinya dan jika walinya setuju secara asasnya boleh terjadi kerana walinya ada hak terhadap anak perempuannya dan dia sendiri tidak mengetahui bahawa ada orang lain yang telah menyatakan hasrat hati kepada anaknya melalui anaknya sendiri. 

Hukum-hakam dan Adab-Adab Pertunangan Menurut Mazhab al-Shafi`i.

Adab dan akhlak sering diabaikan oleh mereka yang dalam tempoh pertunangan. Adakalanya mereka tidak memerhatikan adab-adab serta hukum-hakam yang berkaitan dengannya, sehinggakan pertunangan itu dianggap seperti telah berkahwin. 

Berdua-duaan Dengan Tunang dan Bercampur Dengannya

Pertunangan di sisi Islam adalah sama sahaja hubungannya sebelum berkahwin. Oleh yang demikian, orang yang bertunang masih dianggap ajnabi. (Muhammad al-Zuhayli (2010), al-Mu`tamad Fi al-Fiqh al-Shafi`i, j. 4. Dar al-Qalam: Dimashq, h. 47). Dalam hal ini, perbezaan antara bertunang dan sebelum bertunang adalah dari sudut ikatan perjanjian yang dibuat sebelum berkahwin. Namun, dari sudut hubungan antara lelaki dan perempuan, sama sahaja hukumnya dengan orang lain yang masih belum bertunang. Ikatan perjanjian yang dibuat akan berterusan sehingga mereka berdua berkahwin.

Apabila hukum perhubungan antara lelaki dan perempuan adalah sama sahaja sama ada sebelum bertunang atau setelah bertunang, maka mereka berdua haram untuk berkhalwat di tempat sunyi, mereka juga tidak boleh bersentuhan tangan, bercampur tanpa ditemani mahram. Dalam hal pertunangan ini, mereka tidak boleh mendakwa bahawa dengan keluar berdua-duaan itu akan lebih mengenali antara satu sama lain. 

Hukum Lelaki Memandang Wanita

Bagi kes lelaki yang telah baligh, maka haram bagi lelaki melihat susuk tubuh wanita ajnabi, walaupun lelaki yang memandang itu terdiri daripada warga emas sekalipun. (Muhammad al-Zuhayli (2010), al-Mu`tamad Fi al-Fiqh al-Shafi’i, j. 4, h. 49). Ada orang faham bahawa memandang wajah dan telapak tangan wanita ajnabi adalah dibolehkan kerana ianya bukan aurat. Namun menurut mazhab Syafi’i, memandang wajah dan dua telapak tangan wanita ajnabi juga dikira haram sekiranya tiada keperluan untuk memandangnya, walaupun berada dalam keadaan aman daripada fitnah sekalipun. Demikian juga wanita haram melihat lelaki ajnabi sekiranya tiada keperluan. (Muhammad al-Zuhayli (2010), al-Mu’tamad Fi al-Fiqh al-Shafi`i, j. 4, h. 49.) Keperluan dalam hal ini seperti untuk bermuamalah dan sebagainya yang memerlukan seseorang lelaki memandang wanita atau sebaliknya. Atau memandang kepada tunang mendorong kepada perkawinan.

Related posts

Kenali KekasihMu..

admin

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

adminwm

HADIS DHAIF BOLEHKAH BERAMAL DENGANNYA?

admin

Leave a Comment