GAYA HIDUPkesihatan

Buah Tin yang Disebut dalam Alquran, Cegah Kanser dan Kesihatan Jantung

Buah tin atau yang memiliki nama latin Ficus Carical L M buah subtropika termasuk dalam famili Moraceae. Buah Tin ini disebut Alquran dalam surah At-Tiin kerana mengandung banyak manfaat dan keutamaan.

Buah Tin mengandung vitamin A, vitamin B kompleks, vitamin C, magnesium, kalium, tembaga, dan zat besi. Selain itu buah tin juga sangat rendah kalori, tinggi serat, serta tidak mengandung lemak, sehingga baik untuk menjaga berat badan. Tanaman buah tertua di dunia dan dianggap sebagai simbol kehormatan serta kesuburan. Buah tin juga memiliki banyak manfaat bagi kesehatan tubuh. s

Buah Tin menyihatkan pencernaan

Dalam buah Tin terdapat kandungan serat dan juga zat pektin, yang berperan dalam sistem pencernaan sehingga membantu memperlancar metabolisme tubuh., sehingga dapat mencegah risiko pelbagai gangguan pencernaan seperti sembelit, diare, dan gangguan kronis seperti IBS.

Dapat membantu mencegah kanser

Tidak hanya baik bagi sistem pencernaan, ternyata buah Tin juga memiliki potensi untuk mencegah kanser pada tubuh terutama jenis kanser yang menyerang area usus.

Menjaga kesihatan jantung

Dalam buah Tin terdapat kandungan kalium, tembaga, dan juga zat besi. Ketiga kandungan mineral tersebut memiliki fungsi vital dalam sistem kardiovaskuler, yang mana kandungan kalium dapat membantu mengendalikan denyut jantung serta tekanan darah.

Menjaga kesehatan kulit dan rambut

Kandungan yang cukup terkenal di buah Tin adalah kandungan antioksidan dan dapat merangsang koleksi kolagen yang mengencangkan dan juga melembabkan tubuh.

Lagi Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Buah Tin

Buah ini mempunyai banyak mineral, vitamin dan serat yang biasa ditemui di dalam buah-buahan. Ia juga mempunyai vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, kalsium, zat besi, fosforus, mangan, sodium, potassium dan klorin.

Terdapat lima gram serat dalam setiap tiga hidangan buah tin. Ketinggian kandungan seratnya membantu terutama pada bahagian usus iaitu mengelakkan masalah sembelit dan juga cirit-birit.

Kandungan serat ini juga membantu mengurangkan berat badan. Justeru, ia selalu dicadangkan kepada mereka yang mengalami obesiti. Namun, kandungan kalorinya yang tinggi pula boleh menyebabkan peningkatan berat badan terutama bila ia dimakan bersama-sama susu.

Buah Tin mengandungi pektin, iaitu sejenis serat boleh larut. Ia membantu membuang kolesterol berlebihan dari dalam badan. Serat dalam buah ini juga membantu merawat kanser yang menyerang usus besar. Ia juga melindungi diri dari serangan kanser payudara. Buah tin yang kaya dengan serat juga membantu mengawal diabetes.

Daun pokok Tin pula mengurangkan jumlah insulin yang diperlukan oleh pesakit diabetes yang perlu kerap mengambil suntikan insulin. Selain mengandungi kimia semulajadi yang menjadikannya komponen untuk teh. Ia terkenal digunakan untuk masalah pernafasan seperti bronkitis. Daunnya juga baik untuk mengelakkan atau mengurangkan simptom asma.

Buah Tin yang dikeringkan mengandungi phenol, omega 3, dan omega 6. Asid-asid lemak ini berfungsi mengurangkan risiko penyakit jantung.

Kandungan potassium yang tinggi dan sodium yang rendah di dalam buah tin merupakan pertahanan terbaik untuk kesan hipertensi. Jadi, ia bagus untuk memberikan ketenangan kepada individu yang memakannya.

Masyarakat India menggunakan buah Tin sebagai salap bagi penyakit venereal. Sejak beratus tahun lamanya, buah ini digunakan untuk mengubati atau mengurangkan masalah disfungi seksual. Mitos dan budaya menerimanya sebagai makanan tambahan untuk kesuburan. Ini mungkin disebabkan oleh vitamin dan mineral di dalamnya yang menggalakkan tenaga dan stamina.

Buah Tin kaya dengan kalsium iaitu komponen penting untuk menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis. Buah ini juga menghalang kehilangan kalsium menerusi air kencing. Ia meminimakan kehilangan kalsium sementara membuang asid urik dan toksin berbahaya keluar dari tubuh.

Buah Tin kaya dengan fosforus di mana ia juga menggalakkan pertumbuhan tulang terutama jika berlakunya kerosakan.

Kehilangan penglihatan pada usia tua adalah disebabkan oleh kemerosotan makular. Buah tin membantu mengelakkan tanda penuaan seperti ini.

Buah Tin membantu menyembuhkan dan memulihkan sakit tekak.

Kemanisan buah tin dan kelembutannya seringkali digunakan sebagai pengganti gula. Buah tin yang telah diproses dijadikan pai, puding, kek, jem, jeli, jeruk, dan pelbagai lagi.

Keburukan Jika Diambil Berlebihan

Seperti makanan lain yang jika dimakan secara berlebihan akan memberikan kesan buruk kepada tubuh, begitu juga dengan buah tin; ada beberapa keburukannya jika diambil berlebihan, iaitu;

Makan buah Tin secara berlebihan boleh menyebabkan cirit-birit.

Buah tin yang dikeringkan pula boleh menyebabkan kerosakan gigi kerana kandungan gulanya yang tinggi.

Anda juga dinasihatkan agar tidak memakan buah Tin beberapa minggu sebelum pembedahan kerana ia boleh menyebabkan pendarahan. Terdapat juga individu yang alergi dengan buah Tin.

Ada sesetengah orang yang alah atau  alergik  dengan buah ini, dapatkanlah nasihat doktor terlebih dahulu.

Oleh itu, kenalah pada tempatnya dengan gelaran buah tin ini sebagai ‘buah syurga’, lantaran banyak keistimewaan yang terkandung di dalamnya yang masih ramai belum ketahui. Walaupun kecil tetapi khasiatnya melimpah ruah.

Related posts

Tanya Dr. Edmond Oktober 2020

admin

Jurusolek Linda Rossa Memberi Tips Solekan Menjelang Hari Bahagiamu

adminwm

 BMW i4 eDrive35 Dalam Dua Varian Elektrik

adminwm

Leave a Comment