GAYA HIDUP

20,000 Naskah Al-Quran Bakal Diterbangkan ke Bosnia

Bertempat di Hotel Maya, Kuala Lumpur pada hari Ahad yang lalu, diadakan Malaysia-Bosnia & Herzegovina Business Council MBBC Annual Dinner yang diserikan dengan kehadiran TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka, TYT Dr. Edin Jahic, Duta Besar Bosnia & Herzegovina ke Malaysia dan YBhg. Tan Sri Mohamed Al-Amin Abdul Majid, Presiden MBBC.

Majlis makan malam yang dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan alu-aluan daripada Tan Sri Mohamed Al Amin Abdul Majid, President MBBC itu disusuli dengan persembahan daripada Cakial Band dan pertunjukan fesyen oleh Yani Bakhtiar yang menghimpunkan koleksinya yang classy dan modest.

Kemuncak majlis diteruskan dengan gimik pelancaran Sarajevo Business Dialogue 2024. Lebih istimewa lagi apabila WM Heart turut diumumkan sebagai rakan kerjasama menerusi usaha kita untuk mewakafkan 20,000 naskah AL-Quran ke Bosnia. Juga perlancaran laman sesawang rasmi MBBC yang dikendalikan oleh Majalah WM. Gimik pelancaran turut disertai oleh Puan Wirda Adnan, Pengasas dan Ketua Pengarang Majalah WM.

Kita mengharapkan usaha ini dapat memberi sebanyak manfaat kepada rakyat Bosnia untuk terus mendalami Al-Quran.

Firman Allah swt yang maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat serta menginfaqkan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau terbuka dengan mengharapkan (daripada amalan yang demikian) sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian”. [Fathir:29]

Terima kasih kepada semua yang hadir pada majlis ini, semoga setiap usaha kita dirahmatiNya dan memberi kebaikan kepada semua yang terlibat.

Related posts

COWAY NEO PLUS WATER PURIFIER EARNS NSF CERTIFICATION

admin

Meraikan Piala Dunia Fifa 2018

admin

PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK ISTIMEWA SELANGOR (ORKIDS)

adminwm

Leave a Comment