FESYEN

KLFW 24 BEST MOMENTS

Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2024  baru sahaja melabuhkan tirainya pada 4 Ogos, (bermula 29 Julai 2024). Syukur segalanya berjalan lancar. Suasananya jauh lebih meriah baik di dalam khemah khas (marquee) itu sendiri dengan aneka sudut menarik mahupun di luar kawasan yang berlatar belakang menara berkembar KLCC.

Saat melangkah ke dalam marquee, ternyata ia menghidupkan suasana kesenian. Bau sedap kopi Moccona menyambut rasa segar tetamu. Sudut pameran alat solek (boleh touch up makeup, atau disolekkan), ruang bergambar dengan latar belakang penaja sungguh buat tetamu mahu mengabadikan saat di situ. Oh ya ada sofa khas yang tetamu bisa menandatangani, sempatlah saya menurunkan tanda tangan dan pulang dengan sebiji kusyen. Manakala di luar khemah juga happening dengan peminat-peminat fesyen mengambil peluang bergambar terutama bila ada kelibat selebriti di situ. Sekitar kawasan Esplanade, KLCC, menjadi lokasi bergambar pengunjung lain yang sekadar datang untuk makan angin. Yang lebih untung ialah restoran-restoran berdekatan dengan marquee, nah terpaksa menunggu lama untuk secawan kopi kerana waiter tidak menang tangan.

Sementara laman sosial menghidangkan gambar-gambar dan coretan yang menarik, mengenai pertunjukan itu sendiri, tentang kreativiti sang pereka, tentang rekaan yang melonjak ilham pereka sesuai dengan tema koleksi.

Seperti disebut, Pengasas KLFW, Andrew Tan, ‘KLFW 2024 aims to push fashion forward with renewed diversity in style, presenting contemporary designs that expand fashion horizons, bold deconstructed pieces that challenge traditional norms, sophisticated streetwear, and hybrid designs that blend comfort with high fashion.

Mengambil pentas pertama KLFW 2024 jenama ‘ready-to-wear’ Akudesign, Corak, Ghostboy, LARNEY, SHALS, and Tact, tidak disangsikan oleh peminat fesyen, koleksi yang dipersembahkan segar menguatkan lagi keupayaan mereka untuk terus maju dalam dunia yang diceburi.

Jenama Ghostboy, tema Devotion, dengan koleksi edge, daripada Relic Baby Tee dan seluar bubble kepada seluar whip dan skirt gatherer. Jenama ini meraikan tahun ke empat di pentas KLFW. Larney oleh Zuhurah Zaibidi, dialah individu di belakang jenama yang dikatakan, ‘created to instil confidence in anyone who wears them.’ Kerana tekstur dan chic top, betul ia membuat anda seselesanya apabila memakai Layney. SHALS daripada Shalma Ainaa tidak kalah membuat tetamunya pada senja 2 Ogos di KLFW 24 tidak mahu bergerak sekali pun pertunjukan sudah tamat. “It’s all about stylish comfort, its sleek and versatile design,” kata Jantra yang mewakili WM di petang itu. Sungguh dia bangga SHALS mengotakan janjinya untuk memberikan tamparan hebat kepada pengunjung, dan mencipta namanya sendiri di petang itu.

Saya tidak boleh menolak jemputan teman baik Peter Lum, yang terkenal dalam dunia fesyen dan industri seni gaya. Sebagai fashion stylist, Lum lebih senang menghadirkan koleksi yang boleh dipakai hari-hari, dari tempat kerja ke majlis santai sebelah malam. Comfort, ease of wear, style and elegance often does not always appear on the same outfit. Confidence for a lady is often seen as her effortless manner in her dressing style with clothes that fit well and wear well,” kata pereka kepada jenama ‘Style by Peter Lum’. Ilhamnya ‘Something for Audrey’ mencipta beberapa tema seperti Ingenue, Navy Blue with white polka dotted, Oscar 54,white broderie Anglaise dress, Miss Bettina, Paris,, Saint Tropez antaranya.

Di pentas sama seorang lagi teman pereka, Ashley Wong yang sekian lama dalam industri ini terus memberikan saingan kepada rakan pereka muda. Barisan koleksinya lengan besar panjang, bahu yang besar betul nampak pelik tetapi wearable

Di sebelah petang pentas dikuasai oleh Tangoo Romantic Rendezvous antara yang menarik perhatian ialah gaun-gaun hitam bertaburan kuntuman bunga-bunga besar, sulaman, tampalan. Begitulah jika mahu tetamu tidak kerlip mata mengikuti seorang demi seorang model melangkah di pentas dengan ciptaan yang tidak boleh dibeli di mana-mana, tentu Tangoo memenuhi impian individu yang gilakan ciptaan dua pereka ini. 

Meraikan fesyen moden dan teknik tradisional, KLFW 2024 tidak terlepas pandang untuk mengangkat kraf batik dalam segmen bertajuk “Fashion Forward Batik Malaysia,” menghidangkan pembatik Kelantan daripada jenama Ruzzgahara. Kelihatan pelakon Arja Lee a.k.a. peragawan menyerikan pentas jenama ini. Saya difahamkan Arja juga di bahagian perhubungan awam, pemasaran dan pengiklanan Ruzzgahara. Kalau ada yang mengatakan batik kita hampir menuju jalan buntu dan membosankan, sangkaan kamu sebenarnya meleset. Ruzzgahara membuktikan keupayaannya bukan sahaja dari segi corak dan warna tetapi rekaan bertepatan dengan kehendak penggemar batik masa kini.

Dan pastinya kemunculan pertama Fuzana Mokhtaza di pentas fesyen KLFW menjadi tanda tanya, ‘mampukah Fuzana Mokhtaza, dikenali dengan ciptaan bespokenya bersaing dengan nama-nama besar seperti Nurita Harith, Alia Bastamam, Kit Woo, Rizman Ruzaini dan Fiziwoo?” Ternyata Fuzana Mokhtaza dengan ciptaan mewah, sophistikated dan authentiknya, dikatakan ‘one of the most anticipated shows.

Fuzana Mokhtaza’s design philosophy centres on creating timeless, elegant pieces that blend traditional elements with modern aesthetics.
Credits: www.minimeinsights.com

Saya hadir memberikan sokongan kepada pereka paling saya kagumi, Fiziwoo. “Fiziwoo has expanded its influence and impact on the fashion industry. Their designs, which once adorned the elite through bespoke services, are now accessible to a wider demographic and making a statement that quality and creativity should not be confined to niche markets’ – kenyataan daripada The Woo Times. 

Benar Fiziwoo Ready To Wear SS25, sesuatu yang cukup menggoda dan membanggakan, dalam bahasa ringkasnya; Amazing. You’re the best. Pentas anda setaraf pentas fesyen di empat kota fesyen besar dunia; London, Paris, Milan dan New York. An unforgettable night at KLFW. Fiziwoo wowed us all with his stunning creations, blending elegance and innovation. 

Seramai 50 pereka mengambil bahagian pada KLFW 24 dan ini adalah tahun ke 12 pentas KLWF menemui peminat fesyen Malaysia.

Related posts

Zenith – DEFY Revival A3642

adminwm

The Big Aidilfitri Fashion Show

admin

Baju Aidilfitri

admin

Leave a Comment