GAYA HIDUPHidangan, Resipi & Petua

BUBUR ASYURA RAHSIA DAN RESIPINYA

Peristiwa Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s., Ibn Abbas r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. tiba di Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada hari 10 Muharam. Nabi s.a.w. bertanya apa yang yang mereka lakukan? Orang Yahudi menjawab bahawa hari ini (10 Muharam) ialah hari soleh (baik). Allah s.w.t. menyelamatkan pada hari ini Musa a.s. dan Bani Israel daripada musuh mereka. Maka Musa a.s  berpuasa pada hari tersebut. Maka Nabi s.a.w. bersabda bahawa baginda lebih berhak dengan Musa daripada kamu (orang Yahudi). Nabi s.a.w. berpuasa pada hari itu dan mengarahkan sahabatnya berpuasa. (Riwayat Bukhari).

Ada juga anggapan bahawa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Nuh selepas diselamatkan daripada banjir besar, maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. Makanan yang dimasak itu ialah bubur. Lalu terbitlah satu makanan namanya bubur Asyura. Apapun yang pasti hari 10 Muharam berkait dengan peristiwa Nabi Musa dan ada anggapan ia berkaitan juga dengan Nabi Nuh.

Puasa hari Asyura pula merupakan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Ini ditegaskan dalam satu sabda maksudnya: Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah. (Riwayat Bukhari).

Bubur Asyura

Bubur Asyura ialah bubur yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan pada 10 Muharram iaitu pada Hari Asyura. Ia juga dikenali sebagai sugha.  Bubur Asyura dikatakan mesti mempunyai 10 jenis ramuan, jikalau lebih atau kurang, maka bubur tersebut bukan bubur Asyura. Setiap negeri, terutama negeri-negeri di semenanjung Malaysia, mempunyai bubur Asyura yang berlainan rasa dan ramuan. Hal ini, menyebabkan pelbagai cara untuk membuat bubur Asyura.

Bubur Asyura Utara – Disebut buboq syura, teksturnya kental malah ada juga yang kadangkala boleh dipotong seperti kuih sama seperti bubur Asyura Pantai Timur. Campuran beras, tepung, gula, kekacang, pisang, jagung, ubi-ubi seperti keladi, keledek dan sangat manis rasanya. Dimasak dengan masa yang agak lama.

Bubur Asyura Pantai Timur – Lebih tepatnya disebut suro di Kelantan dan sure di Terengganu, teksturnya sangat kental dan sama seperti jenis kuih talam dan perlu dipotong untuk dihidangkan. Bahan yang digunakan agak sama dengan bubur Asyura Utara tetapi dimasak bersama tumisan bawang, halia, lengkuas, daging, ayam dan rempah khas. Juga dimasak dengan masa yang lama.

Bubur Asyura Selatan – Tekstur yang lebih ceroi dan cair serta tidak manis, sama seperti bubur lambuk cuma ditambah pelbagai jenis kekacang.

10 Muharram sudah berlalu (dan sepatutnya itulah harinya anda menghidangkan ahli keluarga dengan hidangan amat istimewa yakni Bubur Asyura. Dan sebagai orang Utara, Perak, saya terjumpa sebuah resipi Bubur Asyura Orang Perak. Izinkan saya juga untuk berkongsi resipi ini dengan pembaca Majalahwm.com. 

RESIPI BUBUR ASYURA PERAK

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg tepung beras
  • 1kg gula pasir
  • ½kg gula merah (masak dan ditapis)
  • ½kg kacang kuda (direbus)
  • 1kg kacang hijau (direbus)
  • ½kg kacang tanah(digoreng tanpa minyak)
  • 2kg ubi keledek (dipotong kecil dan direbus separuh masak)
  • 2kg pisang
  • 3 tongkol jagung segar
  • 1kg pati santan
  • Garam secukup rasa
  • 2 helai daun pandan

CARA-CARA: 

  1. Bancuh tepung beras bersama tujuh liter mair, kacau di atas api.
    Masukkan pati santan dan daun pandan.Kacau lagi sehingga pekat.
  2. Masukkan gula pasir,gula merah dan garam.
  3. Masukkan kacang hijau,kacang kuda, jagung dan keledek.
  4. Masukkan kesemua bahan yang lain dan kacau sehingga masak.
  5. Bila sudah masak tuang ke dalam acuan dan sejukkan sebelum dipotong.

 Kredit resipi: drzeze drzeze.wordpress.com

Related posts

Jennifer Lawrence Akui Sudah Lama Tidak Melakukan Hubungan Seks

admin

Bila Persahabatan dan Cinta Bertembung

adminwm

Beli Stok Makanan Sihat di ‘Eat Well’ Marks and Spencer

admin

Leave a Comment