SKINMADE, jenama penjagaan kulit wajah milik Malaysia yang terkenal dengan inovasi dan formula yang terbukti secara saintifik yang memberikan perbaikan kulit yang luar biasa, dengan ini memperkenalkan Skin Boost Broad Spectrum + Blue Light Sunscreen SPF 50+ PA++++ – pelindung matahari hibrid berwarna yang diformulasikan untuk memenuhi keperluan perlindungan kulit harian anda dan menjadikan kulit lebih remaja. Ia memastikan kulit mendapat pertahanan Spektrum Luas daripada sinaran matahari yang berbahaya, termasuk UVA ultra panjang, UVB dan Cahaya Kelihatan Tenaga Tinggi (cahaya biru).
Teknologi Terkini Meningkatkan Kecerahan Kulit
Faedah utama produk inovatif ini termasuk menyediakan perlindungan yang terbaik terhadap sinaran matahari; meningkatkan pengoksigenan kulit, kilauan dan cahaya; dan meningkatkan kesihatan kulit untuk jangka panjang.
Dengan gabungan padu perlindungan matahari dan peremajaan kulit, pelindung matahari hibrid ini dirumus dengan Multimineral Active Bio-Energizer yang dipatenkan. Formula inovatif ini berfungsi untuk meningkatkan pengoksigenan kulit, mengekang radikal bebas, mengecas sel kulit dan memberikan perlindungan terhadap tekanan oksidatif, glikasi dan pencemaran. Dengan penggunaan pelindung matahari SKINMADE ini, kulit diremajakan untuk menghasilkan wajah yang sihat dan berseri. Kini, anda dapat mengucapkan selamat tinggal kepada kulit kusam dan helo kepada kulit yang bersinar dan muda!
SKINMADE juga telah melangkah lebih jauh dengan menggabungkan teknologi termaju: Smart Drone Light-Activated Complex. Bagi memanfaatkan kuasa sinaran cahaya matahari, teknologi pintar ini diaktifkan apabila cahaya matahari ‘menyentuh’ kulit dan mengubahnya menjadi tenaga selular, justeru merangsang pengeluaran kolagen dan memperbaiki tona kulit yang tidak sekata serta menjadikan kulit anda lebih muda, cerah, berseri dan lebih bercahaya.
Kajian telah menunjukkan peningkatan terhadap kulit– 33% dalam kecerahan dan kesan 55% lebih berseri dicapai dalam masa empat minggu sahaja. Dengan setiap penggunaan, kulit bertransformasi menjadi lebih berdaya tahan dan berseri. Bukan sekadar pelindung matahari biasa, ia juga mempunyai perisai terkini terhadap unsur- unsur yang membahayakan kulit.Selain daripada perlindungan optimum, pelindung matahari
SKINMADE ini juga memberikan tenaga semula dan memulihkan kulit kepada keadaan sihat sambil memberikan tahap perlindungan tertinggi. Teknologi Penyesuaikan Kulit Sejagat Yang Dipaten Khas. Kini, anda boleh melangkah keluar dengan yakin walaupun tanpa solekan kerana SKINMADE
Skin Boost Broad-Spectrum + Blue Light Sunscreen SPF 50+ PA++++ yang berwarna ini mempunyai Teknologi Penyesuaian Kulit Sejagat yang dipatenkan oleh SKINMADE. Teknologi ini membolehkan ia dipakai sesuai seakan warna kulit dan dapat menyingkirkan kebimbangan tentang pemilihan warna yang kurang sesuai.
Bukan sekadar itu, salah satu daripada ciri penghalang terbesar kebanyakan pelindung matahari ialah tekstur yang berat dan melekit. Namun, pelindung matahari SKINMADE ini, terasa sangat ringan dan mudah diratakan pada kulit anda, memberikan pengalaman pemakaian yang mudah. Anda akan merasa bahawa anda tidak memakai pelindung matahari kerana ia akan sekata ke dalam kulit tanpa meninggalkan sebarang sisa berminyak dan kesan memutih.
Cara penggunaan:
Sapukan beberapa picitan pada hujung jari dan oles rata ke seluruh muka, leher dan telinga, termasuk di bawah mata. Sapukan secara konsisten setiap hari, pada siang hari. Anda disyorkan untuk membuat sapuan semula untuk perlindungan sepenuhnya sepanjang hari. Harga RM 91.