GAYA HIDUP

BELLE FEMME: DEVILS WEAR PRADA, FRIENDSHIP WEARS TIMELESS LOVE

“Years may change the mirror,
but never the laughter we share.

Distance may fill our calendars,
but never the space within our hearts.

For true friendship is not measured by how often we meet,
but by how quickly we pick up where we left off.”

Sungguh ada persahabatan yang hadir untuk satu musim, dan ada persahabatan yang kekal menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup kita.

Belle Femme yang ditubuhkan bertahun-tahun lalu kembali berkumpul dalam sebuah malam bertemakan Devils Wear Prada dengan warna hitam, merah dan putih sebagai tema pilihan. Sebuah malam yang bukan sekadar meraikan hari lahir, tetapi meraikan sebuah ikatan yang telah bertahan merentasi masa.

Jika suatu ketika dahulu kami mampu bertemu empat atau lima kali setahun, hari ini masa sering mencemburui kami. Masing-masing mempunyai kerjaya, keluarga, komitmen dan tanggungjawab yang perlu didahulukan. Justeru, kali ini kami memilih untuk menggabungkan sambutan hari lahir bagi sahabat-sahabat yang lahir antara Januari hingga Jun dalam satu malam yang cukup istimewa.

Kerana persahabatan juga perlu dijaga.

Perlu dipupuk. Diraikan. Dan sesekali perlu diberi ruang untuk kembali berbunga.

Bertempat di Royal Selangor Golf Club, suasana klasik dan penuh karakter kelab itu terasa cukup sesuai dengan kami yang kini berada dalam fasa kehidupan yang lebih matang. Ada ketenangan pada ruangnya, ada nostalgia pada setiap sudutnya, seolah-olah meraikan perjalanan yang telah kami lalui bersama selama ini.

Hidangan malam itu juga cukup mengesankan. Bermula dengan chicken salad yang menyegarkan, diikuti sup cendawan yang kaya dengan rasa asli dan begitu memikat. Untuk hidangan utama, pilihan daging lembu atau ikan bakar yang dimasak sempurna membuatkan kami menikmati setiap suapan. Ikan bakar dengan sos istimewanya menjadi antara bualan di meja makan malam itu. Dan pencuci mulut ais krim bersama kek buah, sebelum kek harijadi dipotong untuk dirasai bersama.

Yet what nourished us most was not the food.

It was laughter. The conversations.

The familiar comfort of being among women who know your stories, your victories, your heartbreaks and your dreams.

As songs from our younger days filled the room, the girls sang, danced and laughed as though time itself had decided to join the celebration. For a few precious hours, we were not mothers, grandmothers, executives or retirees. We were simply friends.

The celebration continued until almost midnight, with everyone reluctant to leave.

Perancangan awal sudah mula dibuat untuk meraikan pula sahabat-sahabat yang lahir antara Julai hingga Disember. Tetapi hakikatnya, persahabatan tidak seharusnya menunggu hari lahir.

A gift does not always need an occasion.

Sometimes we buy something because it reminds us of someone.

Sometimes we share a meal simply because we miss one another.

Apabila musim durian tiba, atau ketika rambutan dan manggis mula berbuah, Mahani sering membuka pintu rumahnya untuk kami berkumpul. Dan bagi mereka yang mengidam pulut serta rendang, saya sentiasa bersedia untuk memasaknya. And to Nikkie geng Belle Femme rindu Nasi Bukhari yang you hidangkan lewat Aidilfitri lalu, baliklah selalu kami rindu masakan you. (Nikkie sekarang menetap di New York). Kejauhan bukan asbab kami melupakan dia.

Because that is what friendship is.

Not grand celebrations. Not expensive gifts. But the simple act of showing up.

Sharing food.

Sharing time.

Sharing life.

And perhaps that is the greatest luxury of all.

To friendship.

To sisterhood.

To Belle Femme.

And to many more beautiful evenings around the same table.

Terima kasih Kak Nora (Datuk Paduka Temenggong Nora Abdullah), Kak Gee, kak Atek dan yang lainnya, yang bertungkus-lumus mengatur dan menjayakan malam tersebut. Daripada dekorasi ruang makan persendirian hinggalah kepada setiap sentuhan kecil yang menceriakan suasana, semuanya dilakukan dengan penuh kasih sayang.

Related posts

Sidang Media Majlis Makan Malam Gala Jubli Perak Ulang Tahun MAHO Ke-25

Afiza Kamarulzaman

Revolusi Keselesaan dan Keselamatan untuk Kulit Sensitif

adminwm

MOMEN MAGIS DI PARIS AND LOS ANGELES

adminwm

Leave a Comment