GAYA HIDUP

Cinta Sejati Aiman 

Aiman Sidek sekali lagi menghasilkan karya terbarunya yang dilancarkan minggu lepas yang diberi tajuk, Cinta Sejati. Lagu Cinta Sejati adalah hasil ciptaan sepenuhnya penyanyi dan komposer, Aiman Sidek yang popular dengan single Cinta Terakhir yang pernah meraih lebih 10 juta tontonan di Youtube sejak lebih sedekad yang lalu. Diterbitkan oleh 4U Entertainment, Cinta Sejati dirakamkan secara duet bersama adik kandungnya sendiri, Alin Sidek, yang membuat penampilan sulungnya dalam industri muzik tanah air.

“Cinta Sejati mengisahkan tentang cabaran dan dugaan dalam

mencari erti cinta sebenar yang tidak dapat ditukar ganti,’’ kata Aiman.

Sejak dilancarkan pada 1hb April yang lalu, jumlah tontonan di channel Youtube 4U Entertainment telah mencecah lebih 200,000 tontonan, selain tersenarai dalam carta trending di Youtube selama lebih seminggu dengan pencapaian terbaik pada tangga ke-8. Lagu Cinta Sejati juga telah mendapatkan lebih 15,000 perkongsian di TikTok dengan anggaran jumlah tontonan lebih 10 juta sebelum ianya dilancarkan pada 1 April yang lalu, selain perkongsian yang aktif di platform-platform media sosial yang lain seperti Instagram, Facebook dan WhatsApp.

Untuk mendengar dan menonton lirik video Cinta Sejati :

Cinta Sejati di Youtube 4U Entertainment – https://www.youtube.com/watch?v=Xg3HKyh_8zQ

Cinta Sejati di Youtube Aiman Sidek – Topic – https://www.youtube.com/watch?v=iQID64lIabw

Cinta Sejati di Platform Digital – https://bfan.link/cinta-sejati-1

Kongsian muzik di TikTok – https://vt.tiktok.com/ZSdjvbvYa/

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button