DESPERADO

Diari Seorang Pencabul, Pendusta dan Pemusnah

Saat aku menulis ini, aku tidak tahu lama mana lagi aku akan hidup. Namun aku percaya aku tidak mungkin hidup lama, kerana bengkak pada jantungku ini semakin membesar. Ini telah disahkan oleh doktor bahawa keadaannya semakin teruk. Aku sebenarnya telah menjalani pelbagai operation, bukan sahaja kepada jantung tetapi di bahagian lain juga. Aku juga pesakit kanser tahap empat, kanser kolon yang mana dikatakan tiba tahap ini, hanya menunggu maut sahaja. Aku redha sebenarnya kerana inilah balasan daripada segala pembuatan aku pada masa lampau. Aku seorang yang jijik, seorang pencabul, pendusta, pemusnah dan segala jenis kerja maksiat telah aku lakukan demi pangkat dan kuasa. Dan demi wang aku sanggup melakukan apa sahaja waima membunuh anak sendiri.

Cerita aku bermula semenjak aku membabitkan diri dengan politik. Politik mengajar aku menjadi manusia rakus dan durjana, sebenarnya. Daripada seorang pegawai biasa, kerana pandai bercakap tetapi lebih banyak bercakap bohong dan penuh tipu helah ramai termakan cakap-cakap bohongan aku. Ramai juga terpedaya dengan kefasihan aku bercakap terutamanya dalam bahasa Inggeris. Untungnya aku kerana ibu dan ayah aku memang lebih banyak menggunakan bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu. Sejak dari kecil memang telah diajar bercakap Inggeris. Ya lah pada sesetengah orang bila seorang itu pandai bercakap bahasa Inggeris dia memang menyerlah. Aku teringat sewaktu aku bekerja sebagai pegawai dulu, aku selalu ke tengah kerana boleh berbahasa Inggeris, sedangkan pegawai-pegawai yang tinggi pangkat pun kekuk menggunakan bahasa Inggeris. Malah kerana terlalu yakin dengan hari depan aku, aku ambil keputusan berhenti kerja lalu berniaga dan aktif berpolitik. Bila masuk politik mestilah mudah berniaga. Aku bukan bodoh, aku jadi orang parti yang memerintah 60 tahun sebab senang cerita bila ikut kerajaan memerintah. Pada aku perjuangan aku bersama pada yang memerintah sebab kalau lawan arus, susah hidup. Itu prinsip hidup aku.

Anak bini aku sudah sah lah makan duit haram, sebab bisnes-bisnes yang aku dapat pun kerana tidak ikut saluran yang sah. Aku ada orang dalam, kami pakat, kalau kontrak ini diberikan kepada aku, aku beri dia sekian-sekian persent. Dulu memang mudah, pandai lah aku cari jalan untuk mendapatkan pelbagai kontrak kerajaan khasnya, dan kerana itu aku kaya. Kau orang bayangkan, kalau aku kaya, orang yang di dalam tak kaya ke? Ah cerita rasuah melampau di dalam orang politik bukan rahsia lagi. Malah mereka tidak malu pun untuk menayangkan kekayaan mereka, Anak-anak mereka enjoy life, belajar di Amerika, di United Kingdom, dan habuk pun tak ada, balik bukan bawa ijazah tetapi pegang jawatan besar, CEO ini CEO itu semua sebab mereka punya connection yang kuat. Jadi anak orang kaya akan jadi lebih kaya, ayah arah sahaja pihak tertentu beri kontrak ini itu. Aku pun dapat habuan nya, sebab jadi orang tengah.

Bila duit di pokek tebal, di bank-bank pun angkanya besar, apa lagi? Bila wang adalah Raja segalanya, orang pun sayang. Sayang sebab hendakkan duit aku bukan? Itu aku pun tahu tapi aku tidak kisah. Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai. Perempuan hendak mempermainkan aku? Mari cuba aku? Siapa yang akan buncit perut bukan lelaki, tapi perempuan kan? Mereka hendak duit aku, bukan senang, kenalah menyerah atau sorrylah. Mengapa tidak bijak, pelbagai alat mencegah kehamilan di pasar, kamu boleh pilih yang mana satu. Mengapa pula aku yang disuruh pakai kondom dan sebagainya? Bagi aku senang aje, kalau kau rasa kau mahu, aku okay aje, kau kata kau hamil anak aku, bolehkah aku percaya, kalau kau boleh buat dengan aku, apa kau tidak boleh buat dengan jantan lain? Tapi kalau kau betul-betul percaya kandungan itu anak aku, yang mampu aku tolong ialah kau pergilah buang kandungan itu dan aku akan tolong bereskan bilnya.

Begitulah aku menggangap perempuan adalah barang ‘permainan’ ku dan entah berapa orang lah yang telah mengandung anak aku dan aku suruh mereka gugurkan. Begitu mudah aku ambil keputusan sebab walau apa pun aku tidak mahu bertanggung jawab. Aku tidak mahu menyusahkan diri. Aku mahu hidup bebas. Bini di rumah itu pun sebab aku sudah ternikah dengannya, kalau tidak berbini pun aku tidak mahu. 

Aku pesan sama bini aku, kamu duduk diam-diam sebab kamu hendak apa lagi. Kamu hendak tinggal di rumah agam, aku sediakan. Kamu hendak pandu kereta mewah, aku belikan, hendak driver, itu pun aku adakan. Jadi jangan banyak cakap, kalau kamu tidak suka boleh belah… jadi bini aku pun cukup takut dengan aku menjadikan aku ini terlalu bebas untuk melakukan apa sahaja.

Hidup ini menjadi lebih excited bila aku menjadi lebih susah untuk mendapatkannya. Adalah beberapa perempuan itu, yang konon hendak jual mahal, konon hendak perangkap aku supaya berkahwin dulu sebab hendak menjaga kegadisannya. Orang yang macam ini yang aku lebih suka. Aku suka menjadi fighter, jadi jangan marah aku kalau kau konon hendak perangkap aku, silap hari bulan kamu aku rogol. Oh la la, entah berapa orang lah yang terkena habuannya, sorry kamu hendak repot polis, pergi lah kerana aku tidak takut. Aku ada connection sana sini. Lagi-lagi polis ternyata mereka kuat makan rasuah, maaf cakaplah mana polis yang tak makan rasuah? Namakan mereka yang tulus dan ikhlas, mungkin ada seorang dua, tapi itu dalam seribu.

Masa berlalu, lagi tua lagi menjadi. Lagi pun orang terdesak untuk hidup ramai sekali, dan untuk hidup mereka mesti mencarum. Ya mereka mencarum dengan aku lah. Ya. aku jadi ceti kepada mereka yang memerlukan, hutang begini begini jumlahnya, dan jumlah yang perlu dibayar meningkat lebih tinggi. Yalah cara Along berniaga memang sebegitu tetapi bila orang sesak orang terpaksa buat apa sahaja. Lalu ramai pula yang mencari Along ini bila mereka ketandusan wang ringgit. Ya aku pun bertambah lah kaya, dan bertambah lah ‘strong’. Bila ada orang menceritakan penderitaan mereka, aku ambil kesempatan.

Sejak orang menggila menggunakan sosial media, aku pun terikut untuk aktif. Hey penat juga belajar bersama anak bagaimana hendak mengendali kan facebook dan IG. Kena lah aku belajar dari mereka. Belajar untuk apa? Sudah tentu untuk mendapatkan lebih ramai teman. Seronoknya bila kawan ramai, kita buat sana sini posting, jadi ramai juga yang like. Hal demikian buat ramai request kawan. Jadi kerja aku men ‘check’ aku tengok statusnya dulu, kalau rasanya boleh dijadikan kawan, aku pun menerima, yang penting kalau rasa-rasa boleh goda-goda mereka.

Terlalu banyak kejahatan yang aku sendiri lakukan tetapi kerana muka aku nampak baik dan gaya aku memang ada kelas, tidak siapa berani kacau aku. Sesekali hendak nampak baik dan hendak sokongan pada masyarakat setempat, apa ke susahnya, derma saja tetapi sebelum itu carilah rakan media. Minta mereka hantar juru foto, dan buatlah cek sebesar poster tepi jalan, dan segekkan wajah yang handsome, pasti masuk surat khabar. Penting nama disebut, dan satu lagi aku tunggu majlis besar besaran, yang orang kenamaan menjadi tetamunya, dan kadang-kadang ada auction jadi masa itulah aku gunakan peluang untuk mencari publisiti, dan bila dapat berjabat salam dengan orang kenamaan pasti lepas itu mereka jadi kawan.

Satu perkara lagi, aku tahu kalau kita duduk diam sudah pasti kita tidak dapat apa. Tugas aku adalah meriuhkan suasana dengan publisiti-publisiti yang aku dapat daripada penaja mahupun tulisan-tulisan untuk pelbagai aktiviti yang dijalannya. Eh hari ini orang yang membuat tugas-tugas ini dipanggil cybertropper (sebenarnya nama aje ciptaan baru tetapi kerja kotor ni sudah lama dikerjakan individu dengan bayaran yang tinggi.. Mereka ini antara lain untuk membuat kerja-kerja fitnah memfitnah dengan pelbagai drama yang menggunakan pengarah dan penulis yang hebat, pasti orang ramai percaya. Dan mereka ini dibayar tinggi, yalah kerjanya membuat dajjal kepada yang menghalang perjuangan mereka.

Bukan sahaja aku pemberi rasuah, aku juga penerima rasuah. Orang hendak hidup mestilah pandai hal-hal untuk membelit kan.

Hari ini aku melihat pelbagai kejadian buruk lagi aneh berlaku dalam masyarakat kita. Banyaknya dihasilkan daripada sikap tidak takut mati, jadi lakukan perkara jahat dan boleh merosakkan keharmonian bangsa dan negara. Bila ini semua terjadi dan diri aku juga sudah tidak lagi seperti dulu, yang maut sudah menunggu, baru aku sedar apa yang berlaku adalah kerana kedurjanaan orang orang seperti aku. Bila ramai pemimpin membuat kerja celaka, ya dalam hal ini aku antara orangnya Allah turunkan bala tetapi yang terkesan daripada bala itu bukan sahaja mereka yang membuat jahat tetapi rakyat jelata turun terkena sempihannya.

Aku tidak tahu apa akan jadi seterusnya, kita tunggu dan lihat. Aku sendiri tidak tahu bagaimana hendak membersihkan segala dosa yang telah aku lakukan, hanya Allah yang akan membalasnya. Yang ternampak sekarang daripada perangai buruk aku ialah anak aku sendiri penagih dadah, itu balasan aku yang tidak pernah ambil tahu tentang tanggung jawab, aku ingat dengan wang ringgit boleh membeli segalanya tetapi aku salah. Wang yang dikata raja juga membawa mangsanya  ke neraka.

Masa aku untuk menyerah diri kepada Allah amat pendek dan mungkin tinggal terlalu sedikit untuk sekian banyak dosa yang telah dilakukan. Namun Allah pengampun lagi Maha Mengasihi, mungkin Allah akan mengampun umatNya ini tetapi bagaimana dosa aku dengan manusia-manusia yang telah aku musuhi, yang telah aku aniaya, yang telah aku sambar kehormatan diri mereka, yang telah aku sekat  rezeki mereka untuk menjadikan hak milik aku dan sebagainya. Aku takut kalau aku mati esok kerana terlalu sedikitnya ibadat yang aku lakukan selamanya ini dan lagi badan pun sudah tidak berdaya. Apa yang dapat aku katakan ialah kesalan demi kesalan, dan memohon agar Allah menerima taubatku.

[thb_gap height=”40″]

Related posts

Ipar Duai Terkejut, Mereka Ingat Aku Janda Merempat

admin

Fake Chanel – Hadiah Daripada Kekasih Orang Kayangan

admin

Tiga Datin: Yang Sombong, Yang Kedekut Dan Yang Suka ‘Brag’

admin

Leave a Comment