Cerita sebelum PKP, di Pavilion. Seandainya Bee tidak menegur saya berselisih baru pun saya tidak akan mengenalinya. Sungguh saya tidak percaya yang menepuk bahu saya ialah Bee, teman rapat bertahun-tahun sehingga dia berpindah ke Pulau Pinang mengikut suaminya yang kenaikan pangkat. Puas bersembang, saya tanya dia, beritahulah rahsia kurus. Ketawa, ha ha, “Aku amalkan diet keto.”
Apa itu diet keto? Diet keto ialah diet yang dilakukan dengan cara menerapkan pola makan rendah karbohidrat, namun tinggi lemak. Method diet ini kian popular kerana dianggap cepat menurunkan berat badan. Selain itu, diet keto masih menjadi kontroversi kerana jika tidak dilakukan dengan betul, mungkin boleh membahayakan kesihatan.
Menurut penerangan yang saya perolehi daripada internet bagi memastikan penurunan berat badan yang cepat daripada diet keto, pastikan anda mendapat pelbagai maklumat tentang diet keto, termasuk cara menjalani dan risikonya. Ini membolehkan anda faham dan kemudian memilih jenis yang sesuai dengan keadaan tubuh dan kemampuan fizikal anda.
Diet Keto: Ketahui Manfaat, Cara Menjalani dan Risikonya
Apakah diet keto? Diet keto hampir mirip dengan diet Atkins dan diet rendah karbohidrat yang dilakukan dengan mengurangi pengambilan karbohidrat dan meningkatkan pengambilan lemak. Tujuan menambah mengambil lemak dalam jumlah tinggi yang demikian tubuh akan membakar lemak sebagai sumber energi utama. Lemak juga akan diubah menjadi keton di organ hati, sehingga dapat memberi tenaga pada otak.
Ketosis sebenarnya merupakan kondisi ringan daripada ketoasidosis, sebuah kondisi berbahaya yang banyak dialami penderita diabetes tahap satu.
Meski masih banyak pro dan kontra, beberapa ujian makmal menunjukkan bahawa diet keto amat berkesan untuk dilakukan, terutama oleh penderita masalah berat badan berlebihan atau obesiti.
Hingga kini, manfaat dan pengaruh diet keto pada tubuh masih berterusan diteliti. Sebaiknya lakukan diet keto untuk sekian waktu tertentu sahaja dan di bawah pengawasan pakar.
Manfaat Diet Keto
Sebelum digunakan untuk menurunkan berat badan, diet keto sebenarnya dianjurkan sebagai cara untuk merawat beberapa jenis penyakit, terutamanya untuk mengurangkan kekerapan kejang pada anak-anak penderita epilepsi yang tidak berjaya dirawat dengan ubat.
Beberapa keadaan yang mendapat manfaat daripada diet keto, antaranya:
- Mengawal gula dalam darah bagi penderita diabetes tahap dua
Bagi penderita diabetes tahap dua, diet keto adalah diet yang digalakkan selama lemak yang diambil adalah jenis lemak sihat, seperti lemak yang berasal dari ikan salmon misalnya dan kekacang dan aprikot.
Pengambilan karbohidrat dalam jumlah rendah dengan lemak tinggi, dipercayai dapat memperbaiki tubuh dalam menyimpan dan memproses tenaga. Hal itu kemudian akan meringankan gejala diabetes yang dialami.
Untuk memantau diet keto bagi penderita diabetes, disarankan agar penderita melakukan pemeriksaan gula dalam darah setiap hari. Jangan biarkan tahap gula dalam darah anda terlalu rendah. Ujian tahap keton juga diperlukan untuk mengelakkan ketoasidosis.
- Meringankan gejala epilepsi pada anak
Berdasarkan beberapa penelitian, diet keto mampu meringankan gejala epilepsi pada anak. Diet ini sangat berkesan, khususnya anak dengan gejala epilepsi yang sukar ditangani dengan pengubatan biasa.
Satu penelitian yang diuji pada 150 anak dengan epilepsi menunjukkan bahawa setelah menjalani diet keto selama setahun, setengah anak-anak mengalami penurunan frekuensi kejang sebanyak 50%.
- Mengurangi risiko penyakit jantung
Diet keto yang dijalankan dengan memperbanyak pengambilan lemak sihat kemungkinan mampu mengurangi risiko menderita penyakit jantung. Ini disebabkan diet keto mampu menurunkan kadar insulin, sehingga pengeluaran kolesterol dalam tubuh juga ikut menurun. Keadaan ini akan mengurangi risiko penyakit jantung maupun tekanan darah tinggi.
- Mengurangi risiko terkena gangguan sistem saraf
Selain epilepsi, diet keto juga diyakini memiliki manfaat dalam menangani gangguan sistem saraf seperti alzheimer, gangguan tidur dan penyakit parkinson. Ini disebabkan oleh keton yang dihasilkan oleh badan mengurangkan lemak menjadi tenaga, sehingga melindungi sel otak dari menjadi rosak.
Diet keto juga dapat memberi beberapa manfaat lain, seperti mengurangi jerawat, membantu penanganan PCOS dan menghalang perkembangan kanser. Selain itu, method diet ini juga menghadang peradangan pada urat saraf.
Cara Menjalani Diet Keto Yang Tepat
Jika berminat melakukan diet keto, anda mesti mengurangkan pengambilan karbohidrat setiap hari dalam jumlah yang cukup besar. Diet keto standard (standard ketogenic diet) meliputi pola makan berupa 75% pengambilan lemak, 20% pengambilan protein dan 5% karbohidrat.
Sementara itu, diet keto tinggi protein (high-protein ketogenic diet) memiliki jumlah protein lebih banyak. Pola makan yang diterapkan adalah 60% lemak, 5% karbohidrat, dan 35% protein.
Ada pula diet keto jenis lain yang lebih umum dilakukan oleh atlet atau ahli bina badan iaitu cyclical ketogenic diet (CKD) dan targeted ketogenic diet.
Makanan yang anda harus dihindari atau disarankan dalam diet keto? Berikut ini adalah makanan kaya lemak yang digalakkan dalam diet keto:
- Telur, terutama yang mengandung omega 3
- Daging, ayam, ayam belanda, sosej, stik dan produk daging lain
- Ikan tuna, salmon dan makarel
- Krim, mentega dan keju
- Sayur hijau, tomato, bawang, cili dan sayur lain yang rendah karbohidrat
- Kacang dan biji-bijian seperti almond, bijan, chia dan biji labu
- Aprikot, minyak zaitun, minyak aprikot atau minyak kelapa
- Garam, lada dan berbagai-bagai rempah asli
Jenis karbohidrat yang perlu dihindari termasuk:
- Nasi, pasta, bijirin dan produk gandum
- Kacang dan biji-bijian
- Umbi-umbian seperti ubi, kentang,
- Makanan atau minuman manis seperti ais krim, kek, jus buah dan soda
- Lemak tidak sihat dari minyak sayur atau mayonis
- Minuman beralkohol
Diet keto dianjurkan dilakukan dalam jangka pendek (mulai daripada dua ke tiga minggu hingga maksima enam hingga 12 bulan) terhad untuk mengurangi lemak tubuh dan memperbaiki kesihatan, selanjutnya diikuti dengan pola hidup sihat.
Hal tersebut bertujuan untuk menghindari risiko gangguan kesihatan yang mungkin terjadi jika diet keto dilakukan dalam jangka panjang.
Mempertimbangkan Risiko Diet Keto
Beberapa risiko yang berpotensi terjadi bila menjalani diet keto jangka panjang:
- Kekurangan pengambilan karbohidrat sihat, seperti dari buah, gandum penuh, kekacang, bijirin penuh dan sayuran kaya karbohidrat.
- Kehilangan manfaat vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh.
- Gangguan ginjal, bila pengambilan protein melebihi jumlah yang dianjurkan secara terus menerus dalam jangka panjang.
Ketoasidosis
Perlu diketahui semasa menjalani diet keto, awalnya anda mungkin akan mengalami beberapa keluhan. Hal ini dikenal sebagai ‘keto-flu’ yang akan muncul selama proses penyesuaian. Beberapa keluhan yang mungkin timbul antaranya:
- Tubuh terasa lemas
- Gelisah
- Sukar tidur
- Mual
- Rasa lapar yang mengganggu
- Penurunan kemampuan penumpuan terhadap sesuatu perkara (concentration)
Meski tidak selalu terjadi, keluhan tersebut terkadang terasa berat bagi anda yang baru mulai menjalani diet keto. Begitu pun ia akan berkurang seiring waktu dan setelah anda terbiasa dengan pola makan ini.
Pertimbangkan pelbagai manfaat dan risiko diet keto sebelum menjalaninya. Jangan hanya memikirkan, ‘kalau aku jalani diet keto aku akan cepat kurus, aku akan jadi cantik’ dan sebagainya kerana ada risiko-risiko termasuk ketoasidosis yang berbahaya yang perlu diambil kira.
Pada dasarnya diet apa pun yang dilakukan ia tidak akan selalu memberikan hasil yang sama pada setiap orang. Yang demikian, menyesuaikan jenis diet dengan keadaan dan kemampuan tubuh sangatlah dianjurkan. Apa pun nasihat pakar diperlukan sebelum anda menjalani diet ini.
Yang Anda Perlu Tahu
Tubuh manusia menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga dan ia biasanya diperoleh daripada diet harian. Bekalan glukosa biasanya hanya boleh bertahan selama 24 jam selepas pengambilannya. Selepas tempoh itu, sistem metabolisma akan mengatur mekanisme alternatif untuk membakar simpanan lemak yang disimpan di dalam tubuh. Pada saat itulah, jadual diet ketogenik bermula.
Cara pemakanan diet akan memaksa tubuh membakar lemak secara berterusan dengan memastikan bekalan karbohidrat sentiasa dikawal pada tahap rendah. Justeru, makanan yang kaya dengan sumber lemak harus dibekalkan kepada tubuh.
Sumber lemak mewakili hingga 80% keperluan kalori manakala bakinya barulah datang daripada sumber karbohidrat dan protein.
Setiap menu harus mengandungi empat kali ganda sumber lemak berbanding dengan karbohidrat dan protein. Sumber minuman juga turut dipantau kerana minuman membekalkan sumber tenaga kepada tubuh.
Diet ketogenik lebih kepada satu peraturan pemakanan dengan penekanan kepada makanan tinggi lemak dan rendah karbohidrat.
Matlamat utama jenis pemakanan tersebut ialah bagi membolehkan tubuh membakar lemak dan bukan glukosa untuk tenaga memandangkan diet ketogenik tinggi lemak dan protein.
Peraturan makanan diet itu akan memaksa tubuh dalam keadaan ketosis yang mana keton akan digunakan sebagai sumber bahan bakar lemak.
Keton merupakan hasil sampingan daripada metabolisme lemak (membakar lemak).
Kajian awal menunjukkan diet ketogenik membantu dua daripada tiga kanak-kanak yang mengalami penyakit sawan (epilepsi).
Diet jenis ini perlu diurus dengan ketat dan memerlukan komitmen seluruh ahli keluarga.
Difahamkan para doktor masih belum memahami dengan pasti kaitan antara tenaga daripada lemak dan bagaimana sumber tenaga dapat membantu penderita penyakit sawan mengatasi kekejangan.
Penggunaan diet meniru gaya berlapar dikenal pasti sebagai cara terbaik menangani serangan sawan berbanding penggunaan ubat sintetik dan pembedahan. Bagaimanapun, tidak semua penderita penyakit sawan menerima kesan yang sama daripada pelaksanaan diet keto.
Kebanyakan pakar pemakanan mengatakan diet ini patut dicuba setelah dua atau lebih ubatan gagal mengawal kekejangan. Penggunaan ubatan boleh mendatangkan kesan sampingan yang membimbangkan.
Bagi diet ketogenik, amalannya sesuai untuk penghidap kencing manis kerana menu makanan tidak akan meningkatkan gula dalam darah.
Banyak manfaat sebenarnya diet itu terutama kepada mereka yang mempunyai penyakit sawan, kanser, ketumbuhan, ekzema, autoimun memandangkan jadual pemakanan tiada melibatkan gula.
Untuk menguruskan badan melalui diet ini tidaklah susah. Seseorang hanya perlu mengambil makanan yang mempunyai kalori rendah dan mempelbanyakkan lemak bagus.
Kena ambil tahu glisemik indeks (GI) pada makanan yang diambil kerana diet ketogenik kena ambil GI rendah.
Apa itu GI? GI mengukur kepantasan karbohidrat menaikkan paras glukosa dalam darah. Insulin akan dirangsang naik ke sel lemak dan itu menyebabkan kegemukan.
Atas faktor itu, diet ketogenik tidak menggalakkan mamakan nasi dan sebagai pengganti, perlu ditukar kepada barli.
GI barli sangat rendah dan boleh dipelbagaikan resepi bagi menggantikan nasi. Ini menu mudah dan murah sesuai dengan cita rasa orang kita dan ada menu lain yang mahal harganya ettapi ikut kemampuan masing-masing.
Satu lagi zucchini pun sedap dimakan. Boleh jadi pengganti mi atau spageti. Sebenarnya kita kena kreatif mencipta menu sihat ikut selera sendiri.
Telur juga satu makanan diet yang cukup hebat. Lagi bagus ayam kampung sebab apa yang kita perlukan semuanya ada dalam sebiji telur itu.
Amalan diet ketogenik atau kaedah lain tidak akan berjaya jika seseorang itu masih gagal mengamalkan cara pemakanan sihat dan tidak menjaga usus.
Kena ambil maklum mengenai kesihatan usus sebab bila tidak sihat, bakteria baik rosak, jadi semua yang kita makan diserap dalam darah sekali gus menjadi punca diet tak kurus-kurus.
Kena rawat terlebih dulu dan kalau boleh, buatlah amalan detoks sebulan sekali untuk mencuci usus.