FESYEN

Rasta Rashid Harung Arus – Jelajah Active Wear

Dalam suasana sepi dunia fesyen, pereka batik terkenal negara Rasta Rashid muncul dan bertarung nasib melalui koleksi terkininya RASTA BATEK Active Wear. 

Menurut Rasta, keputusan tersebut diambil setelah terkurung dalam PKP selama tiga bulan kesan pandemik Covid-19.

“Tiga bulan adalah waktu yang panjang dan bila terkurung di rumah, fikiran kita akan merewang jauh. Lalu saya terfikir, apakah yang masyarakat mahukan selepas pandemik ini? Apakah dunia akan kembali seperti sedia kala atau sebalik? Kita semua tahu jawapannya. The new normal is our way of life now.

Rasta sedar dalam keadaan dunia yang menjadi serba ringkas dan banyak yang kekurangan, pastinya masyarakat dunia mahukan sesuatu yang lebih ringkas, ringan, selesa namun berkualiti dan boleh dimiliki dalam harga yang berpatutan. Dan itulah yang RR cuba hasil buat penggemar gaya santai hari ini.

[thb_gap height=”40″]
[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”12957″]
[thb_gap height=”20″]

Barisan model menggayakan koleksi RASTA BATEK Active Wear

[thb_gap height=”40″]

Datang dalam corak yang ringkas namun menawan juga dalam gabungan warna-warna neutral biru, kelabu, putih dan hitam yang membibit ciri-ciri gelap atau dark moments kala PKP, Rasta yakin ia akan menjadi pilihan mereka yang aktif bukan sahaja kala beriadah namun sebagai pakaian santai harian atau boleh dijadikan ‘smart casual’. Bagi yang kreatif ia boleh digayakan dengan jaket, cardigan atau apa saja asalkan bijak menata gaya. Koleksi ini juga merangkumi aksesori seperti beg tangan dan kasut bertumit tinggi ala but yang memang anggun termasuk topi dan aksesori terkini 2020: topeng muka!

Dengan kerjasama agen peruncitan online moden berteknologi canggih, syarikat Vettons yang memberikan perkhidmatan berbelanja value for money, Rasta yakin usahanya bakal berjaya bukan saja di dalam negara namun Rasta berhajat untuk meredah jauh dengan RASTA BATEK Active Wear tersebut ke peringkat antarabangsa.

 Majlis turut dihadiri oleh Encik Derek Ng Kien Fai, Ketua Bahagian Pasaran dari Vettons dan turut dirasmikan oleh tetamu kehormat, Pengarah Bahagian Gaya Hidup dan Sains Kehidupan, MATRADE Encik Naim Abdul Rahman.

[thb_gap height=”40″]
[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”12958″]
[thb_gap height=”20″]

Rasta Rashid bersama En. Derek dan En Naim.

[thb_gap height=”40″]

Related posts

Maison Valentino launches a clothing VTO pilot project with WANNA

adminwm

THE ART OF EVERYDAY LIFE

admin

Bersama The Glamorous Zang Toi

admin

Leave a Comment