FESYEN

Bersama The Glamorous Zang Toi

Dalam kalendar dunia, Mac adalah bulan fesyen dan untuk itu tiada yang lebih menyeronokkan dapat mengajak pereka fesyen kebanggaan negara, Datuk Zang Toi untuk temubual bersama MajalahWM.

Sekitar dua minggu lalu Zang mempersembahkan koleksi Fall 2019 – dengan statement stail yang memberi penghormatan patriotik kepada Amerika Syarikat. Sesuai dengan tema ini, pertunjukan Zang dihadiri anak bujang Presiden Amerika, Donald Trump Jr dan teman wanitanya Kimberly Guilfoyle.

Jom baca temubual bersama dengan anak jati Kelantan yang menempa nama yang besar di New York!

Beberapa tahun lalu, selebriti seperti Sharon Stone dan Eva Longoria menyarung koleksi anda ke acara besar seperti Academy Awards dan Screen Actors Guild Awards. Bilakah kita dapat melihat lagi momen seperti itu?

Not sure as it is very costly to dress movie stars for those event, especially for an independent house.

Adakah sukar untuk mendapatkan khidmat selebriti untuk memakai koleksi anda ke acara seperti itu?

Ya, jika melihat pada kosnya yang tinggi.

Selain bakat, apa lagi yang ada pada Zang yang membantu mengekalkan perniagaan di New York? Adakah anda mempunyai rakan niaga?

Etika kerja, kepakaran dalam bisnes dan common sense. I am a self-funded independent house!

Ada tip untuk tackle klien-klien besar?

Perlu keluarkan produk dan menjalankan servis yang bagus, selain itu personaliti yang menarik juga penting kerana ia turut memainkan peranan.

Mengikut kata abang anda, See Luon, selepas mengadakan pertunjukan fesyen Zang akan menjelajah untuk bertemu klien? Ceritakan tentangnya, ke mana destinasi dan siapa audience anda?

Saya akan menjelajah ke seluruh negara untuk melakukan penampilan peribadi atau pertunjukan trunk di 20 butik Saks Fifth Avenue di seluruh US, termasuk juga butik-butik khas daripada sekarang hingga Jun nanti. Pelanggan saya kebanyakannya adalah kalangan rakyat Amerika yang mana mereka tergolong dalam satu peratus berpendapatan tertinggi, yang suka fesyen mewah dan timeless.

Dua model Malaysia kegemaran Zang kini sudah tidak aktif lagi memperaga. Seronok bekerja dengan mereka dulu?

I love working with Nasha Aziz and love her for being a very kind human being

Zang tidak pernah menyertai Minggu Fesyen Paris, London atau Milan. Kenapa agaknya?

Kebanyakan pereka hanya menyertai salah satu daripada empat pertunjukan fesyen ini, dan saya adalah di New York.

Mari melangkau 2019 kerana 2020 nampaknya lebih menarik. Ada plan menarik yang bakal anda lakukan tahun itu?

Saya berharap untuk terus mencipta fesyen timeless dan gorgeous yang membolehkan pelanggan setia saya sentiasa kembali untuk mendapatkan lebih banyak koleksi rekaan saya.

Tidak mahu kembali mementaskan koleksi fesyen di sini?

Saya menanti jemputan untuk mengadakan pertunjukan fesyen yang gorgeous sempena ulang tahun ke-30 Zang Toi untuk peminat saya di Malaysia!

Anda perlu ‘merentasi lautan’ untuk berada di tempat anda sekarang. Adakah anda rasa jalannya lebih mudah untuk pereka muda sekarang?

I think so, selagi mereka sanggup meluangkan masa bekerja keras selama berjam-jam juga ‘dream big and work very hard to turn the dream into reality’.

 

Koleksi Zang Toi Fall 2019

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Related posts

ZALORA 10th Birthday Celebration

adminwm

KATE MOSS WEARS TIFFANY & CO. AT THE 2023 MET GALA

adminwm

HABIB Kembalikan Nostalgia Sambutan Aidilfitri di Kampung Halaman

adminwm

Leave a Comment