Siapa di sebalik jenama Kree. Boleh ceritakan tentang latar belakang dan personaliti orangnya?
Di sebalik jenama KREE ialah dua orang anak muda; Pengarah Eksekutif Qayyum Iskandar dan Pengarah Kreatif, Ridzuan Alias. Berbeza personaliti, Qayyum seorang yang suka berkomunikasi dan Ridzuan pula seorang yang pendiam. Kedua-duanya menyukai cabaran dan menghargai hasil kerja tangan yang berkualiti.
Nampak seronok memiliki jenama sendiri, ada glamornya dan lagi seronok jika koleksi laris terjual. Yang tak seronoknya, apa?
Yang tak seronoknya bila idea rekaan KREE tidak difahami oleh pelanggan.
Where do you turn for inspiration?
Tentunya daripada para pelanggan kami. Ada masa kami mencabar mereka untuk mencuba sesuatu yang baru untuk gaya harian mereka. Arena fesyen antarabangsa juga menjadi sumber ilham kepada kami.
Jika diberi pilihan untuk berkolaborasi dengan pereka tempatan, siapa pilihan anda?
Tentunya pereka-pereka yang tidak konvensional. Mungkin pereka tekstil batik, pereka kasut Christy Ng atau jenama sukan.
Jenama dan pereka tempatan tidak begitu berminat membeli iklan di majalah atau akhbar (tempatan). Kenapa agaknya?
Akses media sosial kini memudahkan kami untuk berhubung terus dengan pelanggan kami. Majalah dan akhbar tempatan banyak memainkan peranan semasa kami sedang membangun. Mungkin cara pengiklanan kini tidak lagi seperti dulu
Satu persatu butik besar tutup kedai dan begitu juga jenama antarabangsa termasuk retail company yang besar. Pendapat anda tentang ini dan apa langkah yang anda lakukan untuk survive dalam kesengsaraan ekonomi ini?
Persaingan sengit bukan sahaja datang daripada jenama besar, malah jenama kecil juga memiliki kuasa yang sama dan mempunyai suara yang sama lantang. Pelanggan mempunyai akses kepada jenama-jenama baru yang fresh. Jenama kecil seperti kami perlu lebih berhati-hati dalam perbelanjaan, perlu lebih kreatif dan berani selain mengambil berat akan suara pelanggan yang setia dengan jenama kami. Kami juga perlu memudahkan hidup pelanggan melalui servis kami, antaranya seperti “alteration” yang boleh didapati secara online di https://kree.my/“