FESYEN

Pereka Fesyen Dan Muse Yang Menginspirasi – Fiziwoo

Muse yang sempurna untuk jenama anda setakat ini dan mengapa?

Neelofa kerana dia mewakili wanita Fiziwoo dengan tepat sekali – keperibadian yang kuat, pintar dan mempunyai citarasa fesyen yang hebat. She is easy to work with and trusted us fully and giving her the best Fiziwoo got to offer.

 Momen paling glamor yang anda pernah lalui bersama muse anda?

Detik yang paling mengujakan dengan Neelofa semasa kami menggayakannya untuk acara Swarovski di Milan, ketika dia diumumkan sebagai duta antarabangsa Bersama Karlie Kloss dan nama-nama besar lain dalam industri fesyen global. Buat pertama kalinya dia memakai turban di acara terbuka dan dia suka sangat dengan gaya tersebut dan ia telah mengubah penampilan Neelofa sepenuhnya setiap kali kami menggayakan dia selepas itu.

Pereka fesyen dan muse mereka yang anda suka dan mengapa?

Kami menyukai Christian Dior ketika mereka memilih Marion Cotillard sebagai muse. Dia menggambarkan jenama itu dengan cemerlang kerana Christian Dior menjadi lebih romantik, feminin dan koleksinya boleh diakses sebagai pakaian sehari-hari dengan caranya yang effortless ketika menggayakannya.

Kriteria yang dicari untuk memilih muse? Pilih dari satu hingga empat – satu adalah yang paling penting. 1) Populariti 2) Rupa paras 3) Stail 4) Kejayaan

1. Stail

2. Personaliti dan pesona

3. Kejayaan dan rupa paras

4. Populariti

What does your muse actually do?

Muse adalah extension kepada jenama, seseorang yang mencerminkan keperibadian jenama, visi dan mempunyai kumpulan pengikut yang sama. Jadi, muse mestilah seseorang yang punya kapasiti dalam membawa jenama dengan baik. Untuk Neelofa, dia memilih rekaan kami untuk dipakai ke merata majlis dan acara anugerah. Dia mengetengahkan jenama kami dan menghadiri pertunjukan fesyen kami.

Mereka ini adalah bintang-bintang Malaysia yang paling glamor daripada dekad berbeza, antara kelima-lima nama ini yang mana satu anda teringin memilih sebagai muse dan kenapa?
– Datin Hajah Umi Kalthum
– Noor Kumalasari
– Aida Rahim (Aida Khalida)
– Camelia
– Neelofa

Neelofa telah menjadi muse kami dan kami menikmati detik hebat setiap kali bekerja dengannya, tetapi nama lain yang kami pasti teruja jika dapat bekerjasama adalah Camelia. Dia mengingatkan kami kepada Marion Cotillard; miliki pesona yang sama dan citarasa fesyennya juga luar biasa.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”8947″][thb_gap height=”40″]
Neelofa dibaluti busana Fiziwoo di acara Swarovski di Milan

Related posts

NIGHT CAPSULE – AFTER MIDNIGHT

adminwm

Minum Petang Anya Hindmarch @Lounge On The Park MOKL

admin

MEMANCAR CARTIER DI PESTA FILEM ANTARABANGSA VENICE KE 80

adminwm

Leave a Comment