FESYEN

Pereka Fesyen Dan Muse Yang Menginspirasi – Alia Bastamam

Muse yang sempurna untuk anda setakat ini dan mengapa?

There hasn’t been a single muse for me. Sebaliknya, saya memperolehi inspirasi daripada wanita tertentu bagi setiap koleksi. Untuk Resort 2014, gaya eksentrik Catherine Baba menghidupkan koleksi saya dengan campuran cetakan dan tekstur daripada renda ke sifon dan pailettes emas, digayakan dengan turban sekuin dan balutan kepala. Tahun yang sama untuk edisi pre-fall, saya terpengaruh dengan sisi maskulin Tina Chow. Wanita lain yang memberi ilham pada saya termasuk Bianca Jagger and Theda Bara. Most times, I’m inspired by a type of woman as opposed to one specific figure – saya menggambarkan wanita Babylon untuk koleksi Atelier & Bridal yang baru saja saya pentaskan. Di masa yang lain, saya terpengaruh dengan filem, muzik dan mood saya ketika itu. Sudah tentu dalam setiap pertunjukan fesyen, model yang saya pilih untuk memulakan persembahan memberi gambaran bagaimana koleksi saya musim itu. Untuk koleksi Atelier & Bridal ini, saya memilih wajah baru, Natalie Prabha.

Moment paling glamor yang anda pernah lalui bersama muse anda?

Setiap kali mementaskan koleksi, saya sepertikan ‘breathless’ ketika melihat barisan model saya dalam look lengkap dengan rambut, solekan dan rekaan yang bakal diperagakan mereka. Sama keadaannya ketika Natalie Prabha dalam dress hitam ketika membuka pertunjukan koleksi Atelier saya.

Pereka fesyen dan muse mereka yang anda suka dan mengapa?

Tentunya Gianni Versace dan barisan supermodel-nya! Tidak dinafikan salah satu moment yang paling diingati dalam fesyen.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”8953″][thb_gap height=”40″]
Kriteria yang dicari untuk memilih muse? Pilih dari satu hingga empat – satu adalah yang paling penting. 1) Populariti 2) Rupa paras 3) Stail 4) Kejayaan

1. Penampilan
2. Personaliti (Saya tambah kriteria ini kerana sangat penting bagaimana keserasian antara saya dengan model-model saya)
3. Stail
4. Populariti
5. Kejayaan

What does your muse actually do?

Bercakap tentang model yang membuka pertunjukan fesyen saya, dirinya mewakili koleksi saya dan menyampaikan cerita tentang koleksi saya melalui cara dia menggayakan look – daripada rekaan yang dipakaikan kepadanya, rambut, solekan, gaya berjalan dan seperti biasa paling penting adalah attitude. I like a strong attitude but not fierce, womanly but not too sweet. Banyak model, muse dan selebriti yang sangat bagus dalam menterjemah sesuatu karakter, tetapi untuk mencari attitude yang seimbang dengan sempurna adalah sesuatu yang perlu sedia dimiliki – ia bukan sesuatu yang boleh dipelajari.

Mereka ini adalah bintang-bintang Malaysia yang paling glamor daripada dekad berbeza, antara kelima-lima nama ini yang mana satu anda teringin memilih sebagai muse dan kenapa?
1. Datin Hajah Umi Kalthum 2. Noor Kumalasari 3. Aida Rahim (Aida Khalida) 4. Camelia 5. Neelofa

Sangat sukar untuk memilih antara Noor Kumalasari dan Camelia – mereka memilik kecantikan yang tiada tandingan. Mereka menjadi ikonik dalam bidang yang mereka ceburi dan pastinya meninggalkan jejak dalam dunia fesyen Malaysia.

Related posts

Carrera Eyewear and Decuti

adminwm

Cantiknya Gaun Pengantin Beropol ala Dress Parti yang Dipakai Pekerja Snapchat Ini

admin

Shoes Always Giving You Blisters?

adminwm

Leave a Comment