My guest today is perhaps the most sensitive and accomplished fashion designer to hit us of all times. He is gorgeous… and single. Haters, eat your heart out – I have a raw interview with Dato’ Rizalman Ibrahim.
It’s not about the brand, it’s about style. Betul atau tidak?
Ada yang betul dan ada juga yang tidak betul tentangnya. Betul kalau orang itu bijak dalam fesyen, sebaliknya tidak betul kalau dia sekadar mengikut apa orang lain buat. Jenama tidak sangat membantu orang yang pandai berfesyen untuk kelihatan fashionable. Kehadiran jenama adalah untuk mengukuhkan komoditi fesyen. Tanpanya kita masih boleh tampil bergaya jika kita arif tentang gabungan persalinan, mengikut mesej yang kita mahu sampaikan dan yang berkait dengan gaya hidup kita. Kebanyakan orang tidak celik fesyen dan hanya membabi buta menuruti apa yang dihidangkan oleh Tok Dalang dalam dunia fesyen. Itu berbezaannya.
Definisi stail dalam perkataan Dato’ sendiri?
Kehidupan manusia ibaratnya seperti sebuah filem yang ada plot cerita yang begitu panjang. Kita adalah pelakon yang terlibat di dalamnya dan kita memilih watak yang kita mahu bawakan. Saya nak berlakon sebagai seorang pereka fesyen yang berjaya dan disegani ramai, jadi saya mengenakan fesyen yang sesuai untuk watak atau untuk orang lain mengenali saya melalui profession saya. Tetapi saya tidak mahu mereka dengan mudah boleh berkomunikasi dengan saya, jadi sebab itu saya sering memakai warna hitam. Dan saya juga tidak bergaya sangat di khalayak ramai sebab saya tidak mahu orang perasan kehadiran saya kerana ada masanya saya tidak mahu diganggu. Maka saya memilih penampilan yang secara tidak langsung dapat menyampaikan mesej tersebut kepada mereka.
Sama juga dengan editor, penyanyi atau pelakon, mereka memilih fesyen yang mereka rasakan boleh berdialog kepada orang ramai tanpa perlu bercerita. Ada juga orang yang fesyennya bertukar-tukar yang mana mungkin kerana dia mahu tunjukkan yang dia miliki pelbagai personaliti. Orang membaca karakter kita melalui gaya yang kita tampilkan. Seperti orang alim ulama, mereka memilih stail yang memperlihatkan mereka sebagai orang berilmu. Tetapi ramai yang tidak perasan, dalam stail ada sempadannya. Jika tidak dibendung boleh memberi satu misinterpretation betapa kuatnya stail atau betapa kuatnya fesyen sehinggakan seorang pencuri atau pembunuh, kerana penampilannya yang berserban dan berjubah, membolehkan dia terlepas daripada dikenakan tindakan. Ini menunjukkan fesyen termasuk dalam kod kehidupan yang begitu tinggi, bukan sekadar kod berpakaian menghadiri majlis, tetapi boleh menjadi satu watak atau topeng untuk kita berhadapan dengan masyarakat tanpa perlu bersuara.
What is considered in style and not in style?
Berbalik kepada jawapan saya tadi, stail adalah watak. Manusia berubah watak; cara dia memandang sesuatu akan berubah-ubah. Benda yang kita tengok cantik sekarang, lagi dua tahun nampak tidak cantik. Kita dilahirkan dengan sifat dan nafsu yang berbagai-bagai dan ada naik turun. Itu lumrah naluri manusia. Saya rasa kenapa kita dilahirkan sedemikian adalah untuk menjalankan waktu peredaran di dunia ini. Kalau tidak diberikan nafsu sebegitu maka tiadalah berlakunya pertumbuhan ekonomi contohnya. Maksudnya juga kalau bosan pakai Toyota kita tukar kereta lain. Kalau kita pakai kereta yang sama sampai lingkup, tidak akan hidup industri automobil. Jika hanya diberikan satu nafsu dan bertahan sehingga ke akhir hayat, saya rasa dunia ini tidak akan berputar. Tidak akan ada rencah dalam kehidupan. Jadi berbalik kepada in style atau not in style, terpulang kepada seseorang itu. Ada yang cepat perubahan in style ada yang makan berbulan dan bertahun, jadi tengok pada karakter dan wataknya.
Apakah do’s and don’ts dalam fesyen?
Daripada segi kesedapan mata saya memandang orang lain (di luar konteks seorang pereka) kita tidak boleh anggap simplicity adalah yang paling penting, terutamanya apabila kita memasukkan elemen cultural kerana kebanyakan elemen yang ada di dunia ini tidak bercirikan simplicity. Elemen budaya adalah berserabut tidak kira yang di benua Asia, Amerika atau Eropah. Dan sebenarnya fesyen memang dilahirkan sebegitu tetapi kita yang telah meminimalkan ia supaya selari dengan kehidupan kerana sekarang kita lebih aktif, masa makin pendek ditambah dengan global warming jadi kita meringkaskan supaya ia boleh dipakai dengan selesa ketika kita buat kerja. Selain itu disebabkan populasi dunia, jumlah wanita yang bekerja lebih banyak berbanding lelaki jadi tak kan wanita kena pakai korset masa bekerja. Sebab itu sewaktu zaman korset dulu Chanel reka seluar, supaya wanita dapat bergelumang dalam bidang sukan bersama kaum lelaki. Ini adalah evolusi fesyen daripada zaman berserabut jadi tak berserabut, sampailah sekarang bertukar minimal. Fesyen adalah satu gaya hidup dan ia berkaitan dengan watak kita. Seperti yang saya sebutkan di atas tadi, saya seorang designer yang tidak mahu didekati. Saya tak mahu menonjol di tempat awam. Kalau saya pergi Ikea sebolehnya saya tak nak orang perasan, “Eh itu Rizalman!” Jadi tak adalah macam artis yang dengan beg dan baju yang meriah, dari sebatu lagi orang dah nampak. Oleh kerana watak saya yang tidak mahu dilihat maka do’s saya adalah memakai pakaian yang blending dengan orang biasa, manakala don’ts saya pula ialah do not stand out.
Siapa pada pandangan Dato’ insan paling stylish dan mengapa kata begitu?
Stylish bukan pada orang yang memakai hanya yang berjenama tetapi orang yang celik fesyen. Saya tak suka tengok orang yang head to toe berjenama mewah, kasutnya Valentino, beg Ferragamo, blaus Hermes. Pada saya walaupun dia dilimpahi rezeki yang teramat banyak, boleh membeli apa saja, tetapi apabila apabila dia memberikan fesyen satu level yang setaraf dengan ketuhanan atau satu puncak yang amat tinggi hinggakan bangun pagi saja sudah memikirkan tentangnya, itu adalah sesuatu yang amat jelik. Tidak kisahlah dia berbelanja dengan duit sendiri atau menghabiskan duit suami. Skop fesyen begitu luas, bukan hanya pada jenama kerana fesyen juga adalah pada cara kita bercakap, gaya kediaman, bagaimana kita menjelma. Jika hanya fokus pada penampilan diri, maknanya kita adalah Barbie dalam kotak yang dipamerkan. Sedangkan manusia harus bekerja kerana walau sekaya mana pun, kita sudah diberikan otak, tangan dan kaki. Saya bagi Dayang Nurfaizah sebagai contoh, di atas pentas dia nampak cukup gah dengan penampilannya. Itu adalah tugas dia sebagai penyanyi. Di luar pentas, orangnya biasa saja. Amat molek apabila kita tahu membahagikan diri kita mengikut di mana kita berada ketika itu. Bagi saya kalau orang tu berfesyen atas bawah nampak macam perempuan simpanan. You know, macam Russian slut – they dress like that.
Is fashion a tough industry?
It is very tough. Saya bagi contoh perbandingan antara Karl Lagerfeld dan saya. Orang lain saya tak nak sebut sebab tak setanding. Kami bukan saja terpaksa memikirkan karya untuk tahun depan, tetapi juga untuk lima dan enam tahun akan datang. Untuk berkarya, perlu cari idea, inspirasi. Perlu peka dengan apa yang sedang berlaku, sebagai contoh semasa saya buat video Ribag ketika pilihanraya tahun lepas. Ia adalah karya saya sebagai seorang pereka fesyen yang peka dengan isu semasa. Jadi, saya gunakan suasana ketika itu untuk mempromosikan beg rekaan saya. I’m not in a big house brand. Macam Chanel, ada Karl dan di bawah Karl ada berpuluh designer lain. Itu belum termasuk marketing department dan lain-lain. Sebaliknya saya bersendiri. Kalau saya nak launch something, saya kena fikirkan daripada sisi marketing, akaun, media sosial. Perlu fikir bagaimana nak buat orang ketawa dalam video berdurasi satu minit. Untuk berjaya bukan hanya sekadar pegang pensil, buka Pinterest dan tiru design. Fashion is getting harder and harder. Bukan mudah untuk bertarung dalam perlagaan ini. Sekarang, kerana Karl sudah tidak ada, everyone has to be like Karl to maintain his career in fashion. Dan ini jaminan saya, saya akan jadi lebih lagi daripada Karl. Saya dengar ramai orang mahu menyaingi saya. Jadi saya sudah step ahead. Dan kalau saya ambil satu langkah ke hadapan bermakna orang lain kena ambil lebih banyak langkah lagi daripada sebelum ini, kerana saya akan jadi lebih tinggi lagi Inshallah selepas ini, untuk takeover tempat Karl. Jadi mereka akan jadi saya, saya pula akan jadi Karl. Tetapi saya rasa mungkin saya akan lebih tinggi lagi daripada dia kot sebab Karl tidak ke arah drama, stage pertunjukan pun dia suruh orang buat. Sedangkan I do everything. Masa Karl meninggal tu pun saya rasa macam, hem tidak sedih, cuma saya rasa…
You rasa ada spot untuk you?
Hahaha. Yes, exactly… saya ada tersenyum sinis dalam kesedihan itu. Like you said, I have a spot. Tetapi saya masih merasakan, kalau dia yang dipuja satu dunia pun at one time he will go away just like this dan dia pernah kata, “I don’t want to be remembered. I just want to disappear like the animals in the virgin forest.” I think it’s quite beautiful how he mentioned it. Karl tahu satu hari nanti dia akan pergi, dan begitu juga saya. Saya post tentang ini di Instagram dan ada seorang tu faham, dan dia mengatakan dia juga rungsing satu hari nanti benda yang sama akan berlaku kepada negara kita. I think that is something so sweet. Saya sudah lama merasakan benda ini – bukan sepatutnya sudah lama saya pergi tetapi ketika saya buat filem Pulang, semasa curtain call saya terfikir what have I not accomplished yet? Saya rasa kalau Tuhan nak tarik nyawa ketika itu, saya redha kerana sudah bermacam perkara saya telah lakukan.
Bigger daripada Karl? Maksudnya adakah Dato’ akan ke overseas juga?
No. itu yang akan membezakan saya dengan Karl. Saya pernah katakan sebelum ini walau macam mana besar pun offer, saya tidak akan terima. Sebab saya seorang Muslim, saya kena fikirkan tentang after life. Saya bukan macam Karl, dia tak payah pergi masjid. Kita kena pergi masjid apatah lagi saya yang sudah hampir usia 50 ni. Sampai masa, saya akan tinggalkan kerjaya ini sepenuhnya. Macam yang Karl cakap, akan terus disappear. Cuma tidak tahu bila. Dan saya tak nak bila sudah tinggalkan dunia fesyen, ‘sudah berubah’ tiba-tiba satu hari saya keluarkan pula koleksi lain. Bukan kita nak mengata orang, Shaufik, tetapi benda ini berlaku depan mata kita – at one time you are like this, kemudian berjanggut dan berkopiah, tiba-tiba you naik stage buat performing. Well, kita pun tidak tahu mungkin dia ada buat pahala kat tempat lain, bersedekah pada tahfiz dan sebagainya tetapi maksud saya, begitulah kehidupan manusia; naluri dan nafsu akan sentiasa ada dengan kita sampai mati. Hanya perlu sedikit cucuhan saja daripada syaitan untuk mulakan balik benda yang kita sudah tinggalkan dulu.
Alhamdulillah Tuhan panjangkan umur, saya sempat bertaubat. Saya tak mahu mengulangi balik benda yang pernah saya lakukan dulu. Mati adalah penutupan kita, jadi bagaimana penutupan saya nanti? Saya sentiasa berdoa, saya nak mati ketika bersujud atas tikar sejadah. Setiap kali sedang curtain call saya berdoa, “Ya Allah jangan bagi aku rebah di atas lantai yang sebentar tadi ada muzik, ada model berlenggang-lenggok. Walaupun itu sebahagian kerja pereka fesyen, tetapi saya tidak mahu pengakhiran saya di situ. Jadi oleh kerana saya ada impian sedemikan, saya kena ada perancangan. Tetapi tak tahu juga, kerana perancangan Tuhan lain pula. Mungkin kata Dia, “Okey since kau nak mati bersujud atas tikar sembahyang, aku matikan kau dalam keadaan bersujud, tapi atas tikar sembahyang di Paris!”
Di Place Vendome? Haha
Ya! Itu juga merupakan satu impian. Janji pengakhiran kita berlaku dengan cara yang bagus. Tambahan pula saya dengan Paris memang tidak dapat dipisahkan sebab ia adalah Makkah bagi pereka fesyen.
Best jugakan kalau mati di Paris masa tengah sembahyang. It is such a beautiful scenery. Mesti orang kata, “Tengoklah Rizalman tu walaupun dia pereka fesyen tapi dia meninggal masa tengah sembahyang. Engkau mampu macam tu?” Allahuakbar! Betapa hebatnya Islam. Bukan saja saya menaikkan nama sebagai seorang rakyat Malaysia tetapi sebagai seorang Muslim yang di mana saja berada, agama tetap diutamakan. Wow!
Ramai berpendapat, kerana fesyen itu sendiri berubah mengikut masa dan pereka semakin berumur, apakah mungkin pereka boleh berkarya sesuai peredaran waktu?
Well, you tengoklah I ni. Kita kena evolve. Tuhan menganugerahkan kita otak yang merupakan organ yang sangat kompleks dan kita hanya menggunakan 50% daripadanya. Saya rasa geram kerana otak saya banyak digunakan dalam bidang akaun; macam mana nak cari duit, nak pasarkan koleksi, fasal gaji. Sebahagian daripada otak saya digunakan untuk mathematical effort. Kalau saya diberikan kebebasan atau kesenangan seperti Karl untuk Chanel dan Fendi, Galliano untuk Maison Margiela atau Hedi Slimane di Celine, yang mana mereka hanya travel and go to through the archives untuk mendapatkan idea, I’m sure I will come out with something extravagant. Saya selalu berdoa pada Tuhan jangan berhenti memberikan saya kreativiti. Kita kena minta Allah berikan kreativiti yang luas supaya boleh terangkat hijab kita berbanding orang lain supaya kita boleh buat yang orang lain tak buat. Saya ini ibaratnya seperti satu perantara untuk Allah tunjukkan bagaimana lazatnya bila kita melihat sesuatu yang datang daripada Dia dan dipamerkan sebagai manusia yang dipilihNya dan yang diaminkan doanya.
Kalau Karl Lagerfeld masih hidup, apa yang Dato’ mahu katakan pada dia?
Saya kagum sebab dia boleh design untuk banyak rumah fesyen. Saya kagum daripada aspek bagaimana dia memecahkan DNA setiap brand. Selebihnya yang dia buat fashion show dalam supermarket, di tepi pantai, saya tak begitu kisah sebab dia ada duit dan dia ada team yang buatkan untuk dia. In fact, saya rasa dia tak masuk campur pun sebab saya tengok dalam dokumentari, dia tak pergi pun tengok site. Kalau you tengok dokumentari Valentino Garavani, dia hanya muncul dihari fashion show dan di belakang pentas dia betulkan sikit-sikit baju model. Itu saja. Betapa mudahnya kerja seorang pereka fesyen yang kita kagumi selama ini. Sebaliknya cuba tengok saya punya kerja? Saya kena mengukur stage, pilih muzik, lampu, kira koreografi. Tersangat susah. Saya tak pernah nampak ada fashion show lain yang macam saya. Adalah juga baru ni Tommy Hilfiger buat yang tema 70’s tu. Alah setakat panggil selebriti keluar catwalk, macam tu Jakel pun boleh buat.
Berbalik kepada soalan Karl tadi, saya akan kata, “Okey Karl that’s it!” Kau dapat fashion house Coco Chanel kot, pastinya ada banyak reference. Kau boleh panggil siapa saja untuk bekerjasama, telefon saja semua orang datang. And it became big just like that. Propa saja sebenarnya. Dia buat filem yang ada Cara Delevigne dengan Pharrell Williams tetapi plotnya tak cantik, jalan cerita pun tak kena. Cuba buat Pulang yang bagi orang menangis tu. Boleh? So, Karl move aside and let somebody else take over your place. Bukannya saya nak mereka discover saya, “Oh Malaysia ada designer yang sebagus Karl.” No, I don’t want people to discover me. Saya hanya nak berkarya, nak jadi pereka fesyen, nak buat filem. Saya mahu lakukan semuanya kerana ia ada dalam diri saya. It’s a creative jewels yang you perlu kumbahkan keluar.
Pada pendapat Dato’ apa yang masih belum diteroka dalam industri fesyen?
They have discovered me and that’s it. That is the end of the discovery. There’s nothing else to be discovered.
Tentang penampilan artis tempatan. Ada antaranya yang kerap mendapat kritikan peminat. Salah siapakah ia, adakah artis atau designer yang membuat bajunya?
Artis salah, pereka pun salah. Peminat tak salah sebab saya rasa banyak peminat yang celik fesyen. Even semenjak dulu lagi ada fashion designer yang terbawa-bawa dalam membuat rekaan untuk artis. Actually, artis tidak boleh memakai rekaan pereka yang sama saja. Jika mahu setia dengan satu jenama, designer harus mempelbagaikan rekaan agar penyanyi itu nampak seperti memakai koleksi pereka berbeza setiap kali dia membuat persembahan. Dan artis mesti berhati-hati, jangan biarkan diri mereka ‘diratah oleh pereka fesyen.’
Soalan terakhir saya, pendapat Dato’ tentang founder majalah ini, Puan Wirda Adnan? I think you have a long journey with her?
She’s been my friend longer than anyone else in this industry. In our fashion circle, today you are in, the next day you are out. I’m happy to offer her my generosity and my time. I think she understands individuality, she understands the people that she talks to. She gives me chances and everything. I think only great people choose to be friends with great people. But in her case, I see her as one good example when a creative people is not being given a chance.