GAYA HIDUPTULAR

“Allahuakhbar, isteri dah semakin depression jaga anak sorang2.” “Bantu saya rakan2.” Isteri Kemurungan, Cikgu Alami Kesukaran

Setiap dari kita melalui kisah hidup yang berbeza. Ada yang gembira, ada yang berpanjangan duka. Dalam apa saja keadaan kita bersyukur tetapi jika dalam kekurangan, kita sedaya upaya memperbaikinya.

Saya terjumpa satu bebenang di Twitter, dimuat naik oleh seorang guru bernama Mohd Syauqi bin Abu Hassan tentang kesukaran yang sedang dilalui dia dan isteri. Cikgu Syauqi kini mengajar di Kapit manakala isteri dan anak lelakinya bernama Anaqi yang berumur lima bulan tinggal di Subis, Sarawak. Jarak tempat tinggal antara suami dan isteri ini dalam 12 jam perjalanan.

Dalam rantaian tweet tersebut, Cikgu Syauqi berkongsi tangkapan skrin mesej perbualan bersama isteri yang kini nampaknya seperti mengalami kemurungan. Si isteri antara lain mengadu dia takut kiranya tidak dapat mengawal diri daripada melakukan perkara yang bukan-bukan terhadap anaknya, Anaqi.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]
Paparan skrin perbualan antara Cikgu Syauqi dan isterinya.
[thb_gap height=”40″]

Hubungan jarak jauh banyak rintangannya. Apatah lagi ketika baru memiliki cahaya mata. Sukar menguruskan anak kecil seorang diri kerana yang menjaganya perlukan bantuan fizikal dan emosi. Usahlah disebut hal membasuh dan memasak kalau menjaga anak kecil saja memakan hampir keseluruhan 24 jam; baru nak lelap anak sudah terjaga, baru nak melepas hajat anak dah teresak-esak. Dan bayangkan bagaimana sesaknya kalau perlu menguruskan anak kecil dan dalam masa yang sama masih perlu bekerja, seperti yang berlaku pada isteri Cikgu Syauqi?

Cikgu Syauqi sudah lima tahun mengajar di Kapit dan sudah setahun berjauhan dengan anak dan isteri. Masalah utama buat mereka adalah kedua-duanya tinggal di kawasan yang mengalami masalah kemudahan asas, antaranya masalah air dan elektrik yang dicatu (masalah biasa di pedalaman Sarawak.) Maksudnya, isu belum tentu selesai walau Cikgu Syauqi berpindah ke Subis atau isterinya berpindah ke Kapit. Jadi, yang diharapkan sekarang adalah mereka sama-sama berpindah ke semenanjung supaya dapat menjalani kehidupan berkeluarga yang lebih baik.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]
Paparan skrin perbualan antara Cikgu Syauqi dan isterinya.
[thb_gap height=”40″]

Sudah kerap kali dia memohon ditukarkan ke semenanjung, termasuk memohon dengan alasan masalah kesihatan, tetapi tidak mendapat kelulusan dari pihak atasan. Cikgu Syauqi kini menderita bilateral choric otitis media atau masalah pecah kedua-dua gegendang telinga (pendengaran sebelah kirinya semakin berkurang akibat kesan ujian audiologi.) Dan untuk pulih memerlukan dia menjalani pembedahan yang mana selepas pembedahan, dia perlu berada dalam penjagaan rapi, antara lain tidak boleh melakukan tugas berat, tidak boleh naik kapal terbang dan naik lift dalam tempoh paling kurang tiga hingga enam bulan selepas pembedahan kerana semua itu memberi tekanan pada telinganya. Jadi, jika pihak atasan memberi kelulusan untuknya berpindah ke semenanjung, dapatlah dia menjalani rawatan susulan di pusat perubatan di sini.

Ketika artikel ini ditulis, tweet Cikgu Syauqi mendapat lebih 2,000 tanda kicauan. Banyak warganet yang memberikan tanda sokongan, dan salah seorang daripadanya berpendapat, mungkin isteri Cikgu Shauqi mengalami postnatal depression (komplikasi selepas melahirkan.)

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”10068″][thb_gap height=”40″]
Komen daripada pengguna Twitter https://twitter.com/IMMikhailHafiz
[thb_gap height=”40″]

Kelahiran bayi boleh mencetuskan emosi kuat; daripada keterujaan dan kegembiraan boleh berubah kepada ketakutan dan kebimbangan. Dan ia juga boleh mengakibatkan sesuatu yang kita tidak jangkakan – kemurungan. Menguruskan anak secara bersendirian bukanlah satu jenaka. Dan seperti kata seorang lagi pengguna Twitter, “Suami tidak lagi relevan apabila berada jauh dari anak dan isteri.”

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”10069″][thb_gap height=”40″]
Komen daripada pengguna Twitter https://twitter.com/rasyaik
[thb_gap height=”40″]

Mungkin anda yang membacanya tidak faham kesukaran yang dialami. Mungkin ada yang mempersoal, “Kenapa tak upah pembantu rumah?” “Kenapa isteri tak berhenti kerja?” “Aku pun pernah lalui juga dulu tapi aku okey. Aku tak tinggal solat dan tak putus berdoa…” dan sebagainya. Oh, jangan samakan kondisi kita dengan orang lain. Setiap orang tidak sama, waima kekuatan fizikal dan mental dan cara kita berdepan dengan situasi. Kita mungkin boleh bertahan tetapi tidak bagi sesetengah orang. Jadi sebaiknya kita berdoa semoga pihak atasan yang punya kuasa akan memahami situasi yang melanda keluarga Cikgu Syauqi, seterusnya meluluskan permohonan perpindahannya supaya dia dan keluarga dapat hidup bersama menjalani kehidupan yang jauh dari derita.

Psst: Macam mana nak melahirkan generasi yang hebat jika guru yang mendidiknya hidup merana?

Sumber: Twitter https://twitter.com/qiqiqiqiqiqie

Related posts

Bebaskan Diri Daripada Dermatitis Atopik Dan #Uncoverlife

admin

Sumac – Betulkah Sumac Boleh Menghilangkan Pelbagai Penyakit Penyakit?

admin

9 Sebab Mengapa Rasa Sakit di Vagina Ketika Melakukan Hubungan Intim

admin

Leave a Comment