COVER STORY

Jilliyana & Emmilyana “The World Needs Strong Women…”

Tetamu saya untuk isu ini bukan sekadar gorgeous dan hebat ber’ootd’. Mereka ada dimensi berbeza dalam personaliti; ada great sense of humor, genuine warmth, juga keunikan dan kepandaian.

Saya bawakan kepada anda, Jilliyana dan Emmilyana, orang kuat syarikat pengeluar minyak wangi yang bauannya, aduh, sungguh memikat jiwa. Mereka hadir berbual secara kasual bersama saya, bercerita tentang diri mereka, tentang kerjaya dan sedikit tentang kehidupan peribadi untuk kita kenali dengan lebih lagi.

[thb_gap height=”40″]

Emmilyana

Enam tahun lalu, ketika saya sebaya Emmil, saya masih tercari-cari arah tuju, masih mencari identiti diri dan hanya tahu nak berseronok daripada malam sampai ke pagi. Sebaliknya Emmil di usia 24, sudah ada skil yang menggembirakan bosnya di 8to8 Perfume dan dia juga ada banyak rancangan yang mahu dilakukan untuk menaikkan lagi status diri.

Emmil asalnya pramugari bersama Malaysia Airlines, dan satu hari menghantar notis berhenti kerja untuk menyertai syarikat yang masih kecil, 8to8 Perfume Sdn Bhd. Apakah yang membuatkan Emmil yakin untuk menukar kerjaya?

Kalau diikutkan bekerja dengan Malaysia Airlines lebih terjamin dan dapat pula peluang travel ke pelbagai negara, tetapi 8to8 seperti satu pintu yang menawarkan banyak pengalaman baru. Dan kerana saya masih muda, seeloknya saya meneroka peluang ini dan saya tahu saya dapat belajar macam-macam jika bekerja dengan syarikat kecil yang baru memulakan operasi.

Ada yang memberi galakan?

I will say, nobody. Saya motivate diri saya sendiri untuk mencuba bidang baru. Saya masih muda dan perjalanan saya masih panjang. Saya tidak tahu adakah ianya keputusan yang tepat tetapi saya tahu ia jalan yang terbaik untuk saya.

[thb_image full_width=”true” image=”10036″]
[thb_gap height=”40″]
Apa pengalaman ketika bersama MAS yang Emmil ingat sampai sekarang? Mungkin ada insiden dengan passengers yang Emmil ingati sampai sekarang?

Saya pernah merasai tempias bencana alam ketika berada di Kathmandu, Nepal. Ketika itu berlaku gempa bumi sekuat 7.5 skala richter dan saya bersama krew lain terkandas selama lima hari. Saya teramat risau, walau apa pun yang berlaku, tidak mahu saya berjauhan dengan famili.

Kini Emmil menguruskan sales untuk 8to8. Apakah kelebihan jenama ini yang Emmil rasa menarik ramai pembeli dan orang luar menjadi stokis?

8to8 miliki banyak kelebihan, salah satunya bauan yang 99% sama dengan pewangi original. Harganya juga tidak merosotkan digit dalam akaun bank anda. Bayangkan bila membeli produk yang mahal, kita akan gunakan dengan berhati-hati, pakainya pun sedikit demi sedikit kerana bimbang cepat habis. Sebolehnya kita nak kan produk tersebut tahan sampai tiba tarikh luput. Sebaliknya dengan 8to8, harganya sangat affordable dan membuatkan kita tidak perlu berkompromi dalam membeli produk penjagaan diri.

Selain bersama 8to8, adakah projek lain yang Emmil usahakan atau barangkali yang you mahu lakukan?

I’m happy with 8to8 tetapi dalam masa yang sama saya juga berkira-kira melakukan perniagaan menerusi platform Instagram. Apa bisnesnya, saya rahsiakan dulu 😉

Saya lihat Emmil agak daring (merujuk pada gambar di IG) and you are unapologetic about that. Kini banyak berlaku gangguan seksual dan orang boleh gunakan gambar you untuk macam-macam benda. Tidakkah Emmil sebenarnya memberi kebebasan pada seseorang melakukan apa saja yang terlintas dalam kepala mereka?

Saya hanya menjadi diri saya dan saya mahu melakukan apa yang saya suka. Jika ada yang tidak suka dengan posting saya atau mahu melakukan apa saja dengannya, itu di luar batasan saya.

Adakah personaliti Emmil sama daring dengan penampilan?

Yes, saya daring! Ha ha. Bagi saya hidup ini hanya sekali saja, so do it while you can.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” image=”10034″][thb_gap height=”40″]
Tell me about your personal style? Suka shopping di mana?

Hem, terpulang juga. Ada masanya saya suka gaya yang sederhana. Saya tidak begitu kisah dengan jenama selagi yang saya pakai itu nampak cantik dan sesuai dengan diri saya.

Benda paling sweet yang Emmil pernah lakukan pada seseorang atau pada stranger?

Tak mahu cakap pasal yang jauh. Pada saya, moment yang sweet apabila saya ada duit lebih dan dapat memanjai ibu saya dengan sesuatu yang istimewa.

Wish list Emmil sebelum menginjak usia 30?

Saya nak travel solo selama enam bulan. Sekarang dalam proses mengumpul wang dan mencari lokasi yang sesuai. Saya suka adventure dan mahu melihat negara orang dan belajar budaya mereka.

Tell me about Jil and how’s your interaction with her?

Jill can be serious when it comes to business. Dia banyak motivate saya dan sentiasa menegur dan memberi pandangan jika saya melakukan kesilapan.

The world needs strong women. Why?

Because women are more than just a companion. We are here to be the role models for other women out there.

Untuk orang yang tidak mengenali you, siapa Emmilyana?

I am someone soft and friendly on the outside but firm and strict on the inside.

[thb_gap height=”40″]
[thb_image image=”10053″]

Jilliyana

Jilliyana atau Jil, kini melalui fasa three series. Di usia ini portfolionya cukup baik; memiliki beberapa perniagaan seperti 8to8 Perfume Sdn. Bhd, Wan Avance Sdn Bhd (pes makanan), firma guaman yang mula dibuka sekitar dua tahun lalu, Messrs Wan Sharifah Raj & Partners dan beberapa lagi.

Bagaimana kehidupan harian Jilliyana sebagai entrepreneur? Pastinya role yang pelbagai ini memerlukan Jil bekerja 24 jam setiap hari?

Betul, my brain is always thinking about business sampai I tak boleh tidur. Setiap hari saya bangun sama ada jam lima atau enam pagi, dan urusan kerja saya bermula sebaik selepas solat subuh. Ketika itu saya akan duduk depan laptop, menyiapkan kerja atau paling tidak membaca berita di internet. Jam sembilan saya akan workout. Walau macam mana pun saya mesti exercise kerana kalau badan saya sihat, minda saya juga akan turut sihat. Kemudian akan ke pejabat sampai lima petang dan seterusnya masa saya bersama keluarga. Saya tidur seawal jam 10, tetapi ada masanya apabila berkeperluan, saya akan keluar, itupun hanya untuk urusan penting. I’m more than happy to keep myself busy.

[thb_gap height=”40″]
Kita melalui usia 20-an dengan berseronok-seronok, dalam masa yang sama kita juga bekerja keras dan ada banyak pelan, tetapi bukan semua yang kita harapkan menjadi seperti yang dirancang, membuatkan kita rasa seperti melalui banyak kegagalan di usia tersebut. Jil pernah rasai benda yang sama?

Semestinya ada! Sebagai seorang ibu saya rasa saya gagal untuk meluangkan masa bersama anak saya, sebagai seorang anak saya rasa saya gagal meluangkan masa kepada ibu bapa saya. I am too workaholic sometimes. Gagal tak semestinya dalam kerjaya sahaja. Gagal bagi saya juga daripada segi kekeluargaan. I wish I could have spent a little more time with my family. Now that I have realized my mistakes, I learn from them and Insyaallah saya cuba perbaiki. It’s never too late.

Yes, it’s never too late. Dan apabila kita menginjak usia 30-an, kehidupannya berbeza. Priority, pemikiran, kewangan semuanya berbeza dan termasuk juga relationship. Jadi, apa persediaan Jil sebelum menginjak ke alam 30-an nanti?

Actually tahun ni saya dah 30 dah. Memang berbeza. Saya dah rasa yang kebanyakan kawan saya kini adalah mereka yang banyak membantu saya dalam bisnes dan kesihatan mental saya. Ha ha. Kawan-kawan untuk have fun dah semakin kurang. Dan saya rasa saya sudah mula luangkan lebih banyak masa dengan famili, dah malas nak keluar malam lagi. Mungkin kerana faktor usia, tetapi mungkin juga sebab saya dah sedar apa yang saya patut dan tidak patut buat.

Apakah yang Jil rasa best sangat dengan kehidupan sekarang?

Saya rasa benda paling best dalam kehidupan saya sekarang adalah keluarga saya dan perniagaan saya.

IG you private. Pengikutnya pun tak ramai. Adakah Jil tidak selesa untuk membuka atau menunjukkan kehidupan pada stranger di media sosial?

Eh, IG saya public dan ada 29k followers! Awak silap IG ni? Ha ha. Saya suka share kehidupan saya dengan followers saya. Tak semua, tetapi 60% daripadanya saya share dengan mereka.

Ops, my bad! Last few days (segera tukar topik) saya terbaca satu posting di Twitter, someone upload gambar dia dengan adik beradiknya sewaktu kecil, bertujuan mencari adik beradik dia (dalam gambar) yang sudah bertahun terpisah. And God blessed them, really. Mereka dapat berjumpa semula kerana ramai yang retweet dan salah seorang adik beradik yang hilang ternampak posting tersebut. I think that is so sweet dan menunjukkan sisi yang bagus dengan media sosial. Apakah kesan positif yang media sosial pernah berikan pada kehidupan Jil?

Bagi saya, media sosial jika digunakan wisely, it will be beneficial to you. Bisnes perfume dan food pastes saya berkembang kerana media sosial. For me, it’s a free marketing tool. Dan kadang kala when I’m down, and when I share it on my IG/ Twitter, I will always get emotional support from my followers although I don’t know them personally. To me, these are all the positive effects that I received from the social media

Can you keep up with the growth of social media?

On IG and Twitter yes, Facebook no. I dah tak reti guna Facebook. Lol.

Apa akaun yang best yang Jil boleh cadangkan orang untuk follow?

Untuk Twitter you boleh follow tuan @nobisha. He shares a lot of useful tips. Untuk Instagram, @alizaaliofficial.

[thb_gap height=”40″]
I pun follow Twitter @nobisha and I like Aliza very much. Saya pernah hantar direct message pada dia tetapi dia bo layan. Tell me about Emmil and how’s your interaction with her?

Emmil is a very independent young woman who knows what she wants and how she can get it. She’s very friendly but firm at the same time. Its very easy to speak to her, we connect on all things and when we disagree on something, we will sit down and have a short discussion about it to find the best solutions.

Jil bercuti dengan Emmil ke Maldives. Best tak? Ke mana lagi tempat yang best yang Jil pernah lawati?

Best! Setiap pelusuk di Maldives sangat insta-worthy. Saya juga pernah ke New Zealand, Iceland dan Norway dan saya rasa itu tempat paling best yang saya pernah lawati. Lagi pula I memang sangat sukakan alam semula jadi, tetapi kalau bandar, I suka New York.

Stan by Eminem & Dido gives me goosebumps. What song gives you goosebumps?

Ka-ching nyanyian Shania Twain. The lyric describes our world so accurately.

[thb_image full_width=”true” image=”10041″]
[thb_gap height=”40″]
Saya suka stail Jil, nampak boyish and cool with you short hair. Tell me about it. Kalau baju, kasut dan sebagainya, Jil suka brand apa?

I am a very simple person. I suka t shirt kosong Topshop dan jeans daripada Calvin Klein. Kalau rasa nak belanja diri sendiri saya akan beli Givenchy. Kasut pula, hem itu kelemahan saya. I love shoes so much! I will spend money on shoes tak kisah jenama apa asalkan ia cantik dan selesa.

What gives you pleasure?

Dapat belanja keluarga saya dengan membawa mereka bercuti. They have sacrificed so much for me. It’s time to give back.

The world needs strong women. Why?

Kerana tangan yang menghayun buaian itu bisa menggoncangkan dunia! To me, women are already strong, tetapi kita kena percaya yang dalam dir kita ini ada kekuatannya.

Untuk orang yang tidak mengenali you, siapa dia Jilliyana?

Jilliyana adalah seorang ibu tunggal yang amat aktif dan sukakan outdoor activities but at the same time, terlalu hardworking sampai tak boleh tidur malam. Ha ha. I am a family person, so I work hard everyday hoping that I will be able to provide everything to me family. InshaAllah.

 

Penghargaan: 
Jurugambar: Allen Soo & Muhammad Tuah daripada Snips International
Pereka Grafik: Faid Zamin daripada Vectoria Graphics
Suntingan Gambar: Ari Ilussi daripada Dimensi by Ilussi
Solekan dan dandanan Jilliyana: Michelle Chan, daripada SCCA
Solekan Emmilyana: Yiman Cheng daripada SCCA
Dandanan Emmilyana: John Yap daripada SCCA
Pakaian: Fiziwoo
Arahan Seni: Wirda Adnan
[thb_gap height=”40″]

Related posts

Dato’ Sri Rozita Ramelan ‘The Hidden Gem’

admin

Lilyana Abdul Latif, CEO MyNEF.. Trend Industri Terkini & Tips Menjadi Entrepreneur Berjaya

admin

Fariz Jamaluddin

Wirda Adnan

Leave a Comment