CANTIK

Nanowhite Spot Correction Advance Serum – Kulit Licin lagi Cerah

Nanowhite memperkenalkan rangkaian baharu yang dipertingkatkan keberkesanan serta penampilan produk serba baharu. Turut hadir, produk utama terkininya, Nanowhite Spot Correction Advanced Serum. 

Nanowhite jenama pilihan bagi pengguna yang mengalami masalah pigmentasi kulit dan kebimbangan terhadap bintik-bintik gelap di wajah. Menerusi pengenalan serum baharu ini, ia berhasrat memberikan hasil yang lebih baik dalam masa singkat.

Nanowhite Spot Correction Advanced Serum telah diuji secara dermatologi dan klinikal, terbukti dapat mengurangkan bintik-bintik gelap lalu wajah yang lebih berseri dalam masa empat hari.  Arbutin adalah ramuan utama serum, ekstrak molekul daripada tumbuhan bearberry berkesan untuk mencegah pembentukan melanin, mencerahkan bintik hitam secara efektif, mengurangkan kesan parut jerawat serta memperbaiki penampilan wajah dengan tona kulit yang lebih rata. Nanowhite Spot Correction Advanced Serum juga mengandungi Niacinamide, sejenis nutrien yang diformulasi khusus untuk memperhalusi pori-pori dan tekstur kulit, kulit lebih licin dan cerah.

Di samping itu, teknologi pengkapsulan nano bertindak sebagai ejen pencerah hingga ke bahagian dalam kulit dan melepaskannya apabila diperlukan. Menerusi gabungan teknologi penjagaan kulit inovatif serba baharu yang melengkapkan ramuan utama, formulasi istimewa ini melengkapkan Nanowhite Spot Correction Advanced Serum.

Menerusi pelancaran semula ini, Nanowhite bukan sahaja menukar penampilannya dengan rekaan lebih moden bagi kesemua rangkaian utama produknya, tetapi juga berusaha  meningkatkan formulasi produk agar dapat memberikan solusi yang terbaik kepada pelanggan. 

Menerusi pelancaran ini, Nanowhite menawarkan dua rangkaian produk yang memenuhi keperluan dua jenis kulit berbeza: Rangkaian Nanowhite Spot Correction untuk Kulit Berminyak/Kombinasi dan rangkaian Nanowhite Double Action untuk Kulit Normal ke Kering.  Harga RM25.50 sehingga RM79.90.

Produk-produk daripada rangkaian Nanowhite Spot Correction terdiri daripada:

Nanowhite Spot Correction Microfoliating Clay Cleanser 

100g RM25.50

Nanowhite Spot Correction Brightening Treatment Toner 

180ml RM32.90

Nanowhite Spot Correction Microfoliating Clay Cleanser 

100g RM25.50

Nanowhite Spot Correction Mattifying Moisturizer 

50ml RM 59.90

Produk-produk daripada rangkaian Nanowhite Double Action termasuk: 

ABOUT Nanowhite 

Nanowhite is an established brand specializing in producing brightening skincare products in Malaysia since 2006. Their journey to provide customers with the best solutions is made possible with their innovative use of nanotechnology, delivering highly effective key ingredients deeper into your skin, helping you achieve smooth, clear, and radiant skin.

Related posts

Foundation Multi-Tugasan Dan Faedah Yang Terbukti Secara Klinikal

adminwm

Pengalaman Saya Bersama SK-II Facial Treatment Essence

admin

Kerana Produk Ini, Sering Saya Dipuji Lepas Mandi!

Shaufik Yunus

Leave a Comment