Disokong oleh lebih 120 tahun penyelidikan dan dikuasakan oleh bahan aktif penjagaan kulit, REVITALESSENCE SKIN GLOW Foundation SPF 30 PA+++ yang baharu memberikan hasil bercahaya yang tahan lama walaupun selepas solekan ditanggalkan. Dua prebiotic mujarab- Kefir+ yang difermentasi dan Niacinamide- menjana keupayaan untuk mengekalkan mikrobiom yang sihat untuk kulit yang cerah dan berseri secara semula jadi. Hanya dalam satu minggu*1, garis-garis halus kelihatan berkurangan dan kulit yang terdedah kelihatan lebih licin dan cerah.
“Kami memanfaatkan kepakaran kami dalam sains dan teknologi kulit untuk membangunkan foundation yang mempunyai multi-tugasan dan faedah yang terbukti secara klinikal,” kata Deborah Ross, Naib Presiden Kanan Pemasaran Global SHISEIDO Makeup. Dimuatkan dalam botol mutiara yang diperbuat daripada bahan kitar semula selepas digunakan oleh pengguna, formula ringan ini terasa seperti penjagaan kulit sambil memberikan 24 jam penghidratan dan 12 jam liputan sederhana yang boleh dibina*2 dengan kemasan yang berseri. Gandingkan REVITALESSENCE SKIN GLOW Foundation dengan Ultimune Power Infusing Serum terlaris SHISEIDO untuk 2X kekuatan*3 dan keserian*4.
Salah satu wajah legenda pelancaran ini ialah Jenny Shimizu, model dan pelakon Jepun-Amerika yang muncul dalam kempen solek Inoui ikonik SHISEIDO yang dirakam oleh jurugambar Steven Meisel pada tahun 1993. “Sebagai jenama, kami sentiasa melangkaui sempadan kecantikan dan itulah yang Jenny tampilkan,” kata James Boehmer, Pengarah Artistik Global SHISEIDO Makeup, “Saya sangat gembira kerana dia kembali ke SHISEIDO selepas 30 tahun.”