CANTIK

Lisa Surihani Berkongsi Cara Penjagaan Kulit Yang Sihat Dengan Produk Cetaphil®

Cetaphil® dengan rakan jenamanya, Lisa Surihani mendekati dan memberi inspirasi kepada para pengguna dalam acara ‘Syok Raya’ anjuran Watsons.

Sejajar dengan komitmen Cetaphil® dan Lisa sendiri untuk menggalakkan penjagaan kulit yang sihat, orang ramai di IOI City Mall, Putrajaya telah menyaksikan secara peribadi bagaimana Lisa berkongsi caranya menjaga kulit sepanjang bulan Ramadan dan dalam persediaannya untuk menyambut Lebaran.

Berikut antara rutin yang Lisa lakukan untuk mengekalkan kulit yang sihat:

  • Membersih: Membersih dengan sempurna boleh meningkatkan kualiti kulit kita dan menyerlahkan seri wajah. Pembersih Kulit Lembut Cetaphil® dipercayai oleh pakar dermatologi kerana ia lembut, tidak menyebabkan iritasi, bebas sabun dan pewangi serta selamat untuk semua jenis kulit. Ia mudah dibilas, jadi kulit rasa bersih dan kekal hidrat.
  • Melembap: Pelembap membantu untuk memulihkan lapisan pelindung semula jadi kulit. Lisa menggunakan Krim Pelembap Cetaphil® untuk penghidratan yang tahan lama agar kulit halus dan lembut. Seperti pembersih, ianya bebas pewangi, tidak menyebabkan iritasi, sesuai untuk semua jenis kulit dengan formulasi yang tidak berminyak.
  • Melindungi: Kita tinggal di negara di mana matahari menyinar terik setiap hari. Samada ketika cuaca mendung mahupun berada di dalam rumah, Lisa tidak pernah lupa menyapu Pelindung UVA/UVB SPF 50+ Cetaphil®. Ia melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB yang merbahaya.

Related posts

Kim Kardashian Berkongsi Rutin Kecantikan Bernilai Lebih $4,500

admin

Tampil Secantik Rihanna & Mandy Moore Dengan Teknik Solekan Ini!

admin

Menghidupkan Semula Kulit Anda Musim Bunga dengan ‘NEW SK-II LIMITED EDITION PITERA™ESSENCE

admin

Leave a Comment