Baru-baru ini KimK memuat naik senarai produk kecantikan yang digunakannya dalam website dan aplikasi miliknya Screenshop App. Menurut majalah People, jumlah keseluruhan rutin penjagaan kulitnya itu melebihi $ 4,500.
Sebut Kim K. dalam blognya, “Saya suka mencuba produk kecantikan dan penjagaan kulit yang baru di pasaran, tetapi ada beberapa produk yang saya tidak akan tinggalkan,” tambahnya dia melakukan rutin yang bagus kerana menggunakan produk berbeza tetapi boleh ‘saling bekerjasama’ dan memberikan hasil yang berkesan.
Antara senarai produk kecantikan yang digunakan Kim K. termasuk pelbagai jenis serum, seperti Dr. Barbara Sturm Hyaluronic Serum ($ 300) yang membuatkan kulitnya lebih plump, Dr. Barbara Sturm Super Anti-Aging Serum dibuat dengan asid hyaluronic ($ 350), La Mer Genaissance de La Mer Serum Essence ($ 630) dibuat dengan ekstrak rumpai laut yang menenangkan dan minyak badam yang menyihatkan, La Mer The Concentrate ($ 470) yang menenangkan kulit dan dan Guerlain Orchidée Impériale Longevity Concentrate memerangi garis halus ($ 510).
Kim K. juga merupakan peminat minyak muka dan berkongsi beberapa produk magik (dan mewah) termasuk La Mer The Renewal Oil ($ 245) yang diformulasikan dengan pelembab minyak benih meadowfoam dan Anastasia Beverly Hills’s Hydrating Oil ($ 64 ), dibuat dengan jojoba dan minyak rose hip.
Kim K. nampaknya juga suka menggunakan beberapa produk di bawah jenama yang sama dan digunakan sekaligus seperti The Lancer Method’s Polish ($ 75), Cleanse ($ 55) dan Nourish ($ 125), bersama dengan The Cream ($ 455) dan Eye and Lip Contour Cream ($ 200) yang mana kesemuanya dalam barisan produk Guerlain’s Orchidée Impériale.
Ini senarai produk lain yang digunakannya:
- Barbara Sturm Sun Drops ($145)
- La Mer The Perfecting Treatment ($245)
- La Mer Crème de la Mer Moisturizing Cream ($475)
- Bio-Oil Specialist Skincare ($15)
- The Lancer Method’s Contour Décolleté ($185)
Ini bukan kali pertama Kim Kardashian berkongsi rahsia kecantikan. Pada Januari lalu, di telah berkongsi senarai produk anti penuaan kegemarannya dan mendedahkan dia sama seperti peminatnya yang merupakan penggemar tegar produk The Ordinary Granactive Retinoid* 2% Emulsion yang berharga 10USD dan produk best seller, Drunk Elephant T.L.C. Sukari Babyfacial ($80).