FESYEN

Pelaburan Trend Fesyen Musim Luruh/Sejuk 2018

Musim panas terik sudah berlalu, sekarang tibanya musim hujan.

Kerana cuacanya bertukar, fesyen yang dikenakan juga harus ikut sama antara lain supaya yang disarung sesuai dengan keadaan sekitarnya, supaya diri kekal dalam aliran trend semasa atau sekadar menikmati hidup dengan berfesyen sementelah masih muda dan masih terletak cantik pakaian-pakaian yang trendy belaka itu.

Berikut kami cadangkan apa trend fesyen yang boleh dilabur dalam musim Luruh/Sejuk 2018;

Fesyen kalis air

Kalau beli sut lateks nak pakai ke mana? Nak ke pejabat sememangnya tak sesuai, tetapi nak ke acara parti koktel di Marini57 atau pertunjukan fesyen di Mandarin Oriental apa salahnya. Banyak jenama mengenengahkan pakaian daripada fabrik kalis air ini, bukan saja bahan lateks tetapi juga vinyl dan plastik. Kiranya apa saja pakaian daripada bahan kalis air merupakan trend utama musim ini.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Baju berkait

Cuba ke pejabat memakai jumper kait dengan seluar jean. Baju berkait juga popular musim ini. Di pentas Erdem, mereka memadankan jumper kait dengan skirt sekuin warna perak bersama fur sebagai aksesori tambahan – menjadi satu gaya menarik dipakai ke parti fesyen.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Seluar slack

Permintaan terhadap sut berbahu lebar kekal hingga musim ini, tetapi padanannya bukan lagi seluar slack tetapi skirt. Di Chanel jaket berstruktur dipadankan denan skirt mini, begitu juga jaket kulit berstruktur dipadankan dengan skirt pensil di Louis Vuitton

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Warna coklat pengganti hitam

Banyak sangat aura fesyen 70-an dicedok dalam pentas musim Luruh/Sejuk 2018 tetapi yang akan mempengaruhi gaya peribadi anda adalah melalui nada warna coklat. Banyak jenama daripada Sies Marjan, Rochas, Dior dan Etro menggunakan karamel, coklat dan terokota dalam koleksi.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Corak berkotak

Musim panas lalu popular dan membawa ke musim sejuk ini. Kalau disarungkan satu set pakaian penuh corak ini cantik juga. Lihat contoh stail di bawah daripada Michael Kors manakala jenama Mansur Gavriel di bawah mengingatkan saya pada kemeja yang kerap saya pakai sewaktu belajar di UITM 10 tahun dulu.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Corak haiwan

Haiwan, ular dan apa saja yang eksotik boleh dilihat di merata pentas fesyen musim luruh tahun ini. Dan yang paling menonjol corak harimau bintang. Tampil dengan kot atau kemeja bercorak harimau bintang dengan padanan seluar jean dan but hitam paras buku lali dan terhasillah fesyen musim luruh yang trendy.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Fabrik tweed

Selain cetakan berwarna-warni seperti skaf-skaf di pentas Richard Quinn, Ferragamo dan Celine, tweed juga kembali ke landasan trend musim luruh. Blazer, seluar panjang, sut dan dress mini dikeluarkan dalam pelbagai jenis tweed dan boleh didapati daripada jenama seperti Mango dan Topshop, juga Zara.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Jaket labuh

Kalau di Eropah sedang hangat dengan kot trench klasik daripada suede dalam warna tanah, beige atau coklat, di sini saya kongsikan jaket labuh #MinLunaxFashionvalet berwarna merah jambu. Diperkenalkan ketika KLFW2018 lalu jaket ini sekarang dipakai selebriti dan pekerja-pekerja industri fesyen yang mana saya rasakan mereka ini influencer di Instagram.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

But paras buku lali

Coach dan DSquared membawa masuk trend ini untuk musim luruh jenama mewah dan sudah tentu ianya mengalir terus ke butik-butik jenama fesyen jalanan kegemaran ramai seperti Zara dan Aldo. Bayangkan memakai seluar jean biru muda paras buku lali dengan but warna perang, hitam atau putih. Sarungkan pula jaket bercetakan ular jadinya anda menggabungkan beberapa trend hit musim ini dalam satu padanan.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Related posts

Koleksi Chanel Cruise 2020 Selepas Kematian Karl Lagerfeld

admin

Pertunjukan Zang Toi NYFW 2020, Lokasi Pertemuan Suku Sakat Donald Trump

admin

Memori Silam HABIB di Semua House

adminwm

Leave a Comment