CANTIK

DAIYAN TRISHA DUTA KOSMETIK “Perfect Stay Velvet Matte Cushion”

SKINTIFIC mengumumkan pelancaran produk Perfect Stay Velvet Matte Cushion. Produk kusyen yang inovatif ini bakal merevolusi industri solekan dengan liputannya yang sempurna serta manfaat tambahan pada kulit. Sehubungan itu, SKINTIFIC juga berbangga untuk memperkenalkan Daiyan Trisha sebagai duta kosmetik jenama bagi kategori produk solekannya.

Berjaya menempa nama dalam tempoh yang singkat di rantau ini, SKINTIFIC merupakan jenama yang terlaris dalam kategori penjagaan kulit dan kosmetik di cawangan rakan-rakan runcit yang terkemuka seperti Watson dan Guardian, termasuk di platform e-dagang seperti Lazada, Shopee, dan juga TikTok. 

Produk solekan SKINTIFIC telah melakar pelbagai kejayaan di serata dunia. Produk-produk kusyennya mendapat perhatian dan sambutan yang amat baik daripada para pelanggan dan juga selebriti. SKINTIFIC Cover All Perfect Cushion yang popular misalnya telah menjadi teras kepada banyak rutin solekan ekoran teksturnya yang ringan beserta ciri liputannya yang tinggi, digandingkan dengan keupayaan untuk menyuburkan serta menguatkan benteng kulit melalui ramuan 5X Ceramide, Centella and Hyaluronic Acid.

SKINTIFIC Perfect Stay Velvet Matte Cushion: Kesempurnaan dengan Satu Sentuhan.

SKINTIFIC Perfect Stay Velvet Matte Cushion memberikan hasil persis matte baldu, dengan liputan yang tinggi lagi sempurna, justeru menyembunyikan sebarang kecelaan seperti tompok hitam dan juga kegelapan bawah mata, hanya dengan satu sentuhan. 

Daya tahan kusyen baharu ini telah dikaji secara ekstensif, membuktikan ia dapat mengekalkan hasil yang sempurna dan bebas kilauan dengan ciri pengekangan minyak selama 12 jam, disumbang oleh teknologi Pengekang Minyak Pintar. 

Sementara hasil matte naturalnya terus berpanjangan, kulit juga akan kekal terhidrat. Rahsianya terletak di sebalik Agen Pembentukan Lapisan 3D yang inovatif, ia mencorak struktur jejaring berbentuk heksagon yang mengadaptasi dengan sempurna pada kulit muka bagi mengekalkan warna serta meningkatkan daya kalis air.

Di samping hasilnya yang sempurna beserta ciri tekstur yang ringan, kusyen baharu ini juga disulam dengan bahan-bahan penjagaan kulit yang meliputi Antioksidan Gandaan Tiga untuk mengelakkan kekusaman serta bahan seperti Niacinamide untuk mengekang kewujudan minyak yang berlebihan pada bahagian muka, Copper Tripeptide-1 yang membuahkan hasil yang tampak halus lagi sempurna, Astaxanthin yang berfungsi sebagai penangkis UV semula jadi untuk melindungi kulit daripada penuaan pramatang, dan Tocopherol, antioksidan yang mencegah pengoksidaan. 

SKINTIFIC Perfect Stay Velvet Matte Cushion baharu didatangkan dalam lapan tona, ia mencakupi tona asas yang cerah, neutral, dan sawo matang dari tona kulit cerah hingga gelap. Tona-tona tersebut ialah Porcelain, Vanilla, Ivory, Petal, Almond, Beige, Sand, dan Honey.

Memperkenalkan Daiyan Trisha: Duta Kosmetik Jenama SKINTIFIC Terbaru.

Daiyan Trisha sebagai Duta Kosmetik Jenama mereka yang terbaharu bagi kategori solekan di Malaysia. Penulis lagu, penyanyi, pelakon, penulis buku terlaris, dan ikon fesyen, Daiyan melambangkan keyakinan, dedikasi, cita, kebingkasan, dan etika kerja yang tinggi. 

Personaliti mesra beliau serta keazaman yang dimiliki adalah selari dengan nilai-nilai yang menunjangi SKINTIFIC, menjadikan beliau duta kosmetik yang paling ideal bagi jenama ini.

“Saya amat teruja untuk berkolaborasi dengan SKINTIFIC. Pendekatan mereka yang inovatif terhadap penjagaan kulit dan solekan memperkenalkan sebuah era baru aksesibiliti bertemu kualiti, justeru memberi nafas baharu kepada standard kecantikan bagi semua.

Usaha sama ini menandakan satu lembaran baru yang mengujakan bagi SKINTIFIC sedang ia terus menginovasi dan mencetus inspirasi, membawakan standard kecantikan yang tertinggi buat khalayak yang lebih luas.

Related posts

Buds Organics Meraikan Ulangtahun ke 18 Tahun 

adminwm

Rahsia Cantik Wanita Korea

admin

Cara Delevingne Model Terbaru Produk Dior

admin

Leave a Comment