CANTIK

Tampil Secantik Rihanna & Mandy Moore Dengan Teknik Solekan Ini!

Gaya solekan Rihanna ketika menghadiri parti ulangtahun Fenty Beauty

Priscilla Ono, juru solek global yang menggalas tugas merias wajah Rihanna berkongsi teknik menyolek wajah penyanyi berkenaan sebelum menghadiri parti ulang tahun pertama Fenty Beauty dan pelancaran keluaran baru Diamond Collection.

Priscilla menggunakan keseluruhan produk Fenty Beauty untuk menyolek Rihanna.

Pertamanya, Priscilla menggunakan Pro Filt’r Soft Matte Longwear Foundation (bayang 330) untuk menampakkan kulit yang lembut dan sempurna, juga menggunakan sekali Match Stix Matte Skinstick dalam Truffle dan Mocha untuk kontur dan mengukir wajah.

Untuk mendapatkan mata yang ‘sultry’ Priscilla menggabungkan Quicksand (dalam warna satin betik) dan Cumin Get It (terracotta matte) daripada Moroccan Spice Eyeshadow Palette. Dia kemudian mengoles Mirage (warna gangsa metalik) di kelopak mata. Untuk lebih menaikkan lagi solekan mata, Priscilla mengoles bulu mata Rihanna dengan Flyliner Longwear Liquid Eyeliner dan menambah Killawatt Freestyle Highlighter (warna girl next door) di tulang kening dan sudut dalam mata untuk memberikan kemasan halus.

Bagi mencapai kemuncak berseri, Priscilla mengoles lapisan ringan Killawatt Freestyle Highlighter (warna chic phreak) ke tulang pipi membawa ke bahagian tepi mata.

Untuk melangkapkan solekan, Priscilla menyapu Diamond Bomb All-Over Diamond Veil yang mempunyai tekstur serbuk jeli yang secara langsung cair di kulit bagi menampakkan kilauan berlian di badan Rihanna.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”7532″][thb_gap height=”40″]

Solekan Monokromatik untuk Mandy Moore ke Emmy Awards

Juru solek Jenn Streicher diberi tanggungjawab merias wajah pelakon hebat Mandy Moore untuk ke anugerah Emmy yang berlangsung baru-baru ini. Menurut Streicher, dia mahukan Mandy nampak cantik, tetapi dengan cara yang lebih toned-down.

Pertamanya Streitcher memakaikan serum Lancôme Advanced Génifique Serum, diikuti krim Lancôme Énergie De Vie Day. Wajah Mandu terlebih dahulu disapu Lancôme La Base Pro Pore Eraser sebelum menggunakan Lancôme Teint Idole Ultra Wear Liquid Foundation (nombor 260).

Untuk pemerah pipi, Streicher mengoles Proenza Schouler for Lancôme Chroma Eyeshadow Palette (nombor 01 warna chroma hangat) dari baris bawah palet mata hingga ke pipi Mandy. Untuk menambah highlight, Streitcher menggunakan  Lancôme Dual Finish Highlighter (nombor 05 warna sparking peche)

Untuk mata, Streicher mencipta solekan smokey eyes bernada oren dan burgundy terbakar menggunakan Proenza Schouler for Lancôme Chroma Eyeshadow Palette dengan dua warna iaitu coklat gelap dan nude yang lebih ringan dan mengolesnya di bahagian lipatan dan di bawah mata. Serum Lancôme Big Lashes Extension Fibers and maskara Monsieur Big pula dioles sebagai penamat solekan mata.

Untuk bibir, bibir Mandy dioles gincu Lancôme L’Absolue Rouge (nombor 237 Timide) dan Streicher menambah olesan penamat warna gangsa gelap daripada Proenza Schouler for Lancôme Chroma Eyeshadow Palette untuk memberi kesan matte pada bibir.

Streitcher memberi sentuhan akhir dengan pembayang mata Proenza x Lancôme.

Related posts

SHISEIDO PERFECT GIFT FOR MOTHERS

adminwm

Produk Kecantikan Paling Disenangi Rakyat Malaysia

admin

Kulit Bersinar Bagai Berlian

admin

Leave a Comment